Saturday, May 13, 2017

Hari yang PENUH...!

12 MEI 2017, merupakan hari yang penuh dengan rakaman video termasuk MCP atau Multiple Camera Production di DECTAR. Apa tidaknya selain rakaman SCP atau Single 
Camera Production yang dibuat oleh Ruhaizad, mcp juga diadakan 
di DECTAR untuk dua program lain. Program pertama
bermula dari jam 2 petang hingga 5 petang
sementara program kedua
bermula dari jam 8.00 malam hingga 12.00 malam 
lebih kurang. Program pertama iaitu Program Hari Keusahawanan Citra. Aku dan
sdr. SHAHRUL, RAMLI, JASRIL dan KAMARUL bertugas dalam melaksanakan rakaman
video tersebut. Program berkenaan merupakan program tahun satu. Ia merupakan
presentation untuk cadangan2 business oleh setiap kumpulan daripada
13 fakulti yang disampaikan dihadapan para juri.
Para juri akan bertanya pelabagai soalan selepas tamat sesuatu presentation
dan mereka akan memberi markah kepada setiap kumpulan.
dia akhir program disampaikan hadiah kepada 
kumpulan yang menang....
Walau pun keje yang banyak dalam satu hari bukanlah satu perkara yang ajaib
pun...tapi....kali ini agak meletihkan jugak.....mungkin tenaga dah
berkurang gamaknya, sudah tidak selasak dulu lagi...
hermmm...ia mungkin akan diwarisi oleh
generasi kemudian...........................................................................................















PENTER:
Program Kedua merupakan program hiburan kreatif yang dikenali sebagai PENTER.
Program ni sudah berlangsung sejak beberapa tahun dan malam ini merupakan
persembahan yang terakhir yang dianjurkan oleh PUSAT 
KEBUDAYAAN UKM. Rancangan atau
program ini di hos kan oleh
sdr. AMAR BAHARUDDIN dari Pusat Kebudayaan UKM.
Tugas ini merupakan tugas yang kami peroleh secara 'tiba-tiba' atas permintaan
Pusat Kebudayaan UKM. Apa2 pon kami tak kisah sangat....ada keje
buat je...melainkan kalau tak sihat. Tugas yang banyak
sebegini bukan perkara yang menghairankan
terutama hujung semester kerana segala program perlu diselesaikan
sebelum pepereksaan hujung semester dan seterusnya
cuti panjang untuk pelajar. Tugas2 yang
banyak ini juga disebabkan bulan Ramadhan yang akan tiba dan banyak fakulti
pusat dan sebagainya ingin menyelesaikan semua program mereka
sebelum masuk bulan puasa yang akan tiba tidak berapa
lama lagi....GAMAKNYAAA........



foto NUR FAZLIANA...

dengan FAZLIANA jer....



amar baharuddin...









Bila terdapat rakaman atau keje banyak dalam sesuatu masa terutama keje2 mcp maka 
terpaksalah berkampung je dalam studio. Kalau balik tentu sukar nak datang balik 
ke studio kerana biasanya jem kat jalanraya. Jadi untuk lebih mudah duk je kat 
studio dan balik rumah setelah selesai tugas semuanya tapi tengah malam lerrr............

Krew untuk program PENTER agak ramai yang hadir membantu dan terima kasih
kepada semua krew iaitu sdr. FAZLIANA, HATA, ISMA, JI, FAKHRAN,
SULIMI, JASRIL, SHAHRUL, RAMLI, KAMARUL & AIZAT.

Terima kasih jugak kerana singgah di blog ini..........

DAUD.montak.zakaria