Saturday, November 19, 2016

Proses Rakaman MCP Majlis Konvo UKM Ke 44..

Proses Rakaman MCP Majlis Konvo UKM Ke 44..



Ditengah-tengah, YBhg. Datuk Naib Canselor UKM
Di tenga-tengah, duduk, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak.

Proses Kerja MCP Majlis Konvo UKM Ke- 44

Sebelum Majlis Konvo ukm kE 44 berlangsung, Ahli Jawatankuasa Kecil Rakaman dilantik. Ia bukan sahaja terdiri daripada kakitangan Unit Audio Pusat Komunikasi Korporat UKM, tapi juga kakitangag fakulti, jabatan dan pusat yang lain dalam UKM. Khusus kakitangan yang dilantik ialah daripada FAKULTI KEJURUTERAAN, FAKULTI EKONOMI, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, FAKULTI PERGIGIAN UKM KL, FAKULTI FSSK, FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT, PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT, JABATAN AUDIT DALAM, HUKM, dsbnya...Mesyuarat diadakan untuk tujuan tugas berkenaan. Dalam mesyuarat pembahagian tugas dan sebagainya diperbincangkan.

Dalam mesyuarat rakaman MCP Majlis Konvo UKM juga, kakitangan diperincikan tugas masing-masing. Tugas-tugas tersebut ialah sebagai...PENERBIT EKSEKUTIF, tentulah Pengarah PKK Prof. Datin Norizan, PENERBIT, EN. HAZRUL, PENGARAH STUDIO, AKU & SDR. KAMARUL, AUDIO, SDR. RAMLI & HAJI SULIMI, FLOOR MANAGER, YAN, WANIE & ASMAHANIM, CG, SURAYA, WATIE, SITI SYARINA, SWITCHER, HAZNI HANIM, HASNAH & MIMI, KAMERA RF (WIRELESS), SHAHRUL & JASRIL, JURUKAMERA 1, 2, 3, 4, & 5, yang ini krewnya ramai jika hendak disebut satu persatu...yang aku ingat YUNUS, YUSRY, HATA, JI, JAMALUDIN SABRAN, CHEF, NAZIRUDDIN, WAFIY, ZULHIM, ERY, FAKRAN, BADRU NIZAM, KHAIDIR....BUKHARI....ermmmm...yang lain nanti aku tulis kemudian, da lupa....



Bengkel MCP juga diadakan untuk ahli mengingati kembali kerja-kerja berkaitan rakaman MCP. Semasa bengkel ni mereka diminta yakni setiap kumpulan diminta menghasilkan sebuah program MCP dalam studio. Hasilnya ditayangkan dan dianalisa dan diberi kritikan..



Bila hampir Majlis Konvo, persiapan teknikal rakaman MCP dibuat. Biasanya tiga hari sebelum majlis. Kabel kamera dipasang, tripod kamera diletakkan dilokasinya, tv monitor atas pentas dan untuk emcee membaca nama graduan dipsang, tv dalam bilik menanti dipasang, tv atas pentas di pasang, tv untuk cctv di luar dewan juga dipasang serta tv di pintu masuk utama dewan. 

Sehari sebelum konvo, krew Caractor Generator atau CG, SURAYA, WATIE, SITI SYARINA akan menyiapkan grafik yang akan keluar dilayar semasa majlis konvo nanti. Buku tertib acara perlu diperoleh sehari sebelum Konvo untuk ditaip ke dalam komputer CG, kalau tidak tentu akan menimbulkan masalah... Sehari sebelum konvo semua peralatan di uji untuk beberapa jam sebelum di tutup dan menunggu HARI ESOK iaitu hari sebenar konvokesyen UKM.


HARI sebenar KONVOKESYEN, Sidang Pertama iaitu Sidang Canselor, seawal jam 6.30 pagi sudah sampai di Dewan Canselor. Kehadiran awal pagi dengan tujuan untuk membuat persiapan lebih awal serta untuk mendapatkan parking berhampiran dewan. Jika terlewat parking akan penuh dan terpaksa parking dekat kolej kediaman berhampiran padang atau di masjid UKM yang agak jauh....Masuk sahaja dalam dewan terus log in kedatangan di komputer yang disediakan di foyer DECTAR. Terus masuk STUDIO UKM.


diantara jurukamera kami...sdr. SHAMSUL & JAMALUDIN IBRAHIM...
yang pompuan tu FM, FAZLIANA....
FAKRAN



KHUSAIRI
JAMALUDIN SABRAN
YUSRI



Tiba di dalam STUDIO UKM terus switch on kan kuasa letrik utama belakang rak alatan, on kan hawa dingin, on kan komputer CG, on kan semua monitor, on kan amplifier, on kan VTR, on kan SWITCHER, on kan VIDEO DISTRIBUTOR, dan on kan semua CCU. Setting SWITCHER untuk semua kamera video, CAM 1, 2, 3, 4, & 5. Setup SWITCHER juga untuk tally light, set jugak untuk signal touch card masuk ke SWITCHER. Bila tugas dalam Bilik Kawalan Utama selesai barulah bergerak untuk pasang kamera di tripod dalam dewan iaitu camera 1, Cam 3, Cam 5...sementara cam 4 dipasang oleh sdr. KAMARUL atau sdr. SHAHRUL. Di belakang pentas Dectar pula switch on kan video distributor utama serta on kan video distributor behampiran meja touch card untuk tv touch card dan tv emcee. Masuk studio dan pastikan signal touch card masuk ke SWITCHER. Kalau tak nanti nama graduan tak keluar di layar....tentu haru jadinya.....Sebenarnya dah lama kami, krew STUDIO UKM berkolaborasi dengan krew PTM dari segi tugas, dari segi hubungan...? Ntah laaa.... Ada sebahagian jer yang sejuk mata memandang dan amat friendly...oooopst!. Dalam STUDIO UKM terdapat tiga kumpulan tugas yang berbeza...kami rakaman MCP, krew touch card PTM dan krew videos streaming PTM....


...kedudukan kamera dan peralatan mcp semasa konvo ukm ke 44...

Kemudian masukkan pita DVCam dalam VTR. Letakkan Buku Tertib Acara di depan kerusi Pengarah Studio, begitu juga dengan teks ucapan, kalau ada. Biasanya teks ucapan diperoleh seketika sebelum event bermula. Apabila semua telah ok, lebih kurang jam 7.30 pagi krew secara beransur ansur tiba di Studio UKM untuk melapor diri dan seterusnya pergi bersarapan....Macam macam cerita didengar daripada mereka.....kisah jem jem di jalanraya... susah nak masuk parking.....susah nak dapat parking dan lain2 lagi.....

Sebenarnya penerbitan sesebuah rakaman MCP diketuai oleh Pengarah Studio. Beliau yang bertanggung jawab dalam keseluruhan kerja rakaman MCP berkenaan. Semua krew yang berada di bawahnya perlu mematuhi segala arahan Pengarah Studio ketika rakaman MCP sedang berlangsung. 
Dalam penerbitan MCP, Pengarah Studio sebagai ketua dan krew2 di bawahnya ialah...
Dalam Bilik Kawalan Utama, Penolong Penerbit atau Script Assistant, Krew CG, Pengendali VTR, Switcher, Jurulampu, Floor Manager (FM), Jurukamera dan Juruaudio.

Graduan masuk ke dewan lebih kurang 8.15 pagi. Semua krew bersedia di posisi masing2 15 minit sebelum graduan masuk. Pengarah Studio beri arahan kepada krew untuk bersedia. Apabila graduan masuk Pengarah Studio beri arahan kepada semua kamera untuk mula bertugas. Minta beri shot-shot untuk rakaman di pita DVCam yang telah di roll sebelum graduan masuk. Sejumlah 6 buah kamera memberikan shot-shot masing2 mengikut seperti yang diminta oleh pengarah studio. Krew Switcher mengikut apa yang Pengarah Studio arahkan iaitu memilih shot-shot yang diminta. Contoh arahan....Ready Cam One...take one...inilah tugas Switcher   yang take shot2 yang diminta oleh Pengarah Studio. Krew switcher, HAZNI HANIM, HASNAH & MIMI, semuanya cute mama...
atau...cute mama to be...bertugas bergilir2 untuk 6  Sidang 
selama 4 hari berturut-turut...


...BERSAMA BOS KAMI, PKK, PROF. DATIN DR. NORIZAN....
PENGARAH STUDIO, KAMARUL & DI BELAKANG, SDR. WAK JELAS JUTA &
YUNUS KREW KAMERA 3....


Sementara itu segala perkara yang berlaku dalam dewan besar dilaporkan oleh Floor Manager comey, melalui walkie talkie ke dalam studio...umpamanya melaporkan barisan graduan yang nak mula masuk ke dewan dan sebagainya. Dengan ini krew dalam Bilik Kawalan Utama akan sentiasa dapat mengetahui segala perkara yang berlaku dalam dewan besar.  Floor Manager comey berkenaan ialah YAN & WANIE.
Floor Manager ASMAHANIM pula penting semasa ucapan Canselor dan ucapan Naib Canselor. Dia yang akan membantu Pengarah Studio mengenal pasti kedudukan VVIP atau sesiapa sahaja yang perlu di highlight kan di layar oleh shot-shot jurukamera semasa ucapan berkenaan. Sian tengok Asmahanim kelam kabut terutama masa ucapan2 sedang berlangsung.....nak tengok muka dia serius giler inilah masanya kut..mencabar betul tugas ini..jika tersilap highlight individu berkenaan, mungkin haru kot..mengigau malam...gamaknyer...ooopst!

Tugas CG atau Grafik juga adalah menurut apa yang di arahkan oleh Pengarah Studio. Tugas mereka ialah memaparkan apa saja grafik yang diminta seperti nama orang yang sedang berucap dan sebagainya. Mereka juga berkolaborasi bersama Floor Manager, ASMAHANIM & Mohd Noor, dalam Bilik Kawalan untuk menayangkan power point berkaitan isi ucapan Canselor atau ucapan Naib Canselor yang sedang berucap dalam dewan....Mereka juga yang mengatur foto bersama Pegawai IT yang sentiasa sanggup bertugas hingga waktu kecederaan, MOHD NOOR, untuk ucapan2 Naib Canselor. Krew Switcher juga yang memaparkan lirik2 lagu di layar tayangan. Krew Grafik yang comey dan penting, tak lain tak bukan ialah SITI SURAYA, SITI SYARINA & NORWATIE.....tidak kurang pentingnya tugas mereka niiii....

foto mimi...

Terdapat 6 buah kamera yang digunakan dalam rakaman mcp konvokesyen. Cam 1, 2, 3, 4, 5 dan kamera RF iatu kamera wireless. Cam 1 penting untuk shot-shot seperti vvip di atas pentas, audien dalam dewan, individu yang nak di highlight kan ke layar tayangan masa ucapan dalam dewan dan juga persembahan koir serta nyanyian  dalam dewan semasa selingan. 

CAM 2 di pintu masuk utama Dewan penting semasa ucapan Canselor dan Naib Canselor serta vvip atas pentas. 
CAM 3 penting untuk shot graduan mengambil skrol di atas pentas, audien dan individu tertentu yang akan dipapar di screen semasa ucapan2. 
CAM 4 ditingkat atas penting untuk shot bentuk WIDE SHOT dari aeriel view atau high angle. 
Kamera 4 tak sesuai untuk CLOSE UP VVIP atas pentas kerana ia akan merendahkan imej VVIP berkenaan dari segi makna shot. Orang yang ada ilmu broadcast tidak akan sekali-kali melanggar peraturan ini. Kerana orang broadcast yang ada ilmu penyiaran akan perasan jika LAW tersebut dilanggar. 
CAM 5 terletak berhampiran pentas. Cam 5 tugas utama untuk shot-shot audien tertentu yag akan di shot semasa ucapan Canselor dan Naib Canselor. Ia juga penting untuk shot-shot vvip di atas pentas, mereka akan kelihatan GAH dari level low angle...sesuai dengan status yang mereka miliki
Krew Jurukamera mesti mahir dengan tugas kamera seperti saiz2 shot, ECU, CU, MCU, MS, FS & WS. yakni Extreme Close Up, Close Up, Medium Close Up, Medium Shot, Full Shot dan Wide Shot.....jika jurukamera tak mahir dengan shot-shot ibarat pemandu kereta tanpa lesen...walau pun mahir memandu, ia masih tidak diiktiraf oleh sesiapa pun........
Mereka juga mesti faham terma2 seperti panning, tilting, crane, dolly ini/out, zoom in/out dan sebagaiya... 
CAM RF pula penting untuk shot-shot di pelbagai lokasi yang boleh dicapai oleh kamera tanpa wayer ini. Shot yang utama ialah shot semasa tabik Hormat Canselor di luar Dewan iaitu pebarisan anggota PALAPES UKM. Cam 1, 2, 3, 4, dan 5 mempunyai ramai krew sementara RF CAM ada dua orang krew sahaja iaitu SDR. SHAHRUL & JASRIL.
Kami juga turut bekerjasa dengan krew Jelas Juta kerana terdapat peralatan
yang disewa daripada mereka untuk melengkapkan lagi peralatan di studio untuk
kegunaan semasa Majlis Konvokesye ini......................................................

Satu lagi bahagian yang belum disentuh dalam rakaman MCP Majlis Konvo ialah
Bahagian Audio. Bahagian ini dikendalikan oleh sdr. RAMLI & HAJI SULIMI. Jika bahagian ini tidak berfungsi, rakaman video kami tentu akan senyap tiada audio. Cuba bayangkan visual ada terpapar di screen tv, sedangkan tiada audio...senyap sunyi jer....
Jadi krew bahagian ini yang berkerjasama dengan Pusat Kebudayaan UKM menyambungkan signal audio ke mixer dalam studio ukm dan
seterusnya dirakamkan bersama visual ke pita dalam VTR di Bilik Kawalan Utama
MCP. Mereka juga meletakkan mikrofon di lokasi tertentu dalam
dewan untuk 'pick up' bunyi dalam dewan besar semasa konvo sedang berlangsung...
KREW penting yang bertanggung jawab dalam tugas ini ialah sdr. RAMLI ADNAN dari PKK dan HAJI SULIMI dari Pusat Pengajian Media.......................................................

Akhir sekali ialah Bahagian yang bertanggung jawab mengendalikan CCTV. Terdapat beberapa buah monitor tv yang diletakkan di pintu masuk utama dectar, lobby A & B, diatas pentas mengadap audien dalam dewan, atas rostrum untuk ucapan NC dan juga monitor di hadapan Canselor. Semuanya perlu di switch on sejak awal pagi dan sentiasa dipantau sepanjang majlis konvokesyen berlangsung. Krew yang terlibat dalam tugas penting ini ialah sdr. HAJI RUHAIZAD ABD. MAJID.

Apa-apa pon dalam rakaman MCP terutama Majlis Konvo UKM kerjasama di antara semua krew di semua bahagian adalah penting semuanya. Tiada siapa yang berhak mengatakan bahagian dia lebih penting....semua bahagian adalah amat penting dan semua krew juga amat penting. Kerjasama mereka semua dalam keadaan baik dan harmoni amat ditagih oleh majlis sebegini...............................................................


YBhg. Datuk Naib Canselor melawat Bilik Audio semasa Konvo Ke 44 UKM 


SDR. RAMLI , HAJI SULIMI....SHAMSUL ( CAM 3)

Akhirnya.....sekian da jumpa lagi di konvo yang seterusnya........................

Terima kasih singgah dan menatap serta membaca ruangan ini......................................................................................................................................................................................


DAUD.montak.zakaria
Hak Cipta

No comments: