Friday, October 31, 2014

konvo datang lagi...ke-42


....cokmar ukm...

KONVOKESYEN UKM muncul lagi, kali ini ialah keli ke-42. ! hingga 4 November
majlis ini akan berlangsung. Kami dari Unit Audio Visual, Pusat Komunikasi
Korporat, sama seperti staf lain yang terlibat, agak sibuk sebelum
majlis berlangsung. Persiapan dijalankan lebih seminggu
sebelum berlangsung majlis bermula dengan
mesyuarat dengan krew AJKK
Kecil Rakaman
yang terdiri daripada krew
UAV dan juga staf UKM yang terdiri
daripada pelbagai jabatan dan fakulti dalam UKM, 
lebih kurang empat puluh orang jumlah kesemuanya.
Kami dari UAV membuat pelbagai persiapan teknikal iaitu
persiapan alatan rakaman dan tayangan. Kali ini kami menggunakan
lebih kurang enam buah kamera termasuk kamera yang disewa kerana kami hanya
mempunyai empat buat kamera sahaja. Apa yang kami harapkan
kerja2 rakaman selama 4 hari tersebut tidak terdapat
sebarang perkara buruk yang timbul
dan tugas kami berjalan
lancar. Doa sentiasa bermain dibibir
agar tidak timbul sebarang perkara buruk yang
berkaitan dengan peralatan teknikal dan ada yang telah
pon berusia agak lama. Harapkan segala peralatan yang agak dah berusia
ini akan diganti baru supaya tidak berlaku sebarang perkara
yang tidak diingini ketika majlis berlangsung, yang
akan mencacatkan majlis yang
sedang berlangsung.......

.....terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam persiapan dan yang akan bertugas nanti
dan terima kasih jugak kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria.

Sunday, October 26, 2014

....ukm di angkasa...



UKM di ANGKASA yang diadakan di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK
pada 20 Oktober 2014 yang lalu....Perasmian dijalankan oleh mantan PM,
Tun Dr. Mahathir Muhamad....










Terima kasih kepada semua krew yang bertugas.....

terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria

Sunday, October 19, 2014

...seronoknyer kejer...

MALAM tadi, SABTU, 18 Okt. 2014, kami membuat rakaman MCP
'pertandingan muzik band' di Panggung Seni Dectar.
Biasalah, rakaman mcp perlu ramai krew...



siti su & pelajar LI...
8 buah kolej kediaman yang terlibat dalam pertandingan berkenaan.
Apa2 pon rakaman kami berjalan lancar tanpa masalah...




Terima kasih kepada semua krew yang membantu iaitu SITI SU, AHMAD
YUNUS, 3 KREW BARU dari FST...aku da lupa
pulak nama2 dia orang..
sorry...



...terima kasih bebanyak kepada semua krew yang terlibat...
aku akan upload video tu nanti bila da selesai aku edit...

....terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, October 18, 2014

...terus bekerja...

KHAMIS, 16 OKT. 14, kami membuat persiapan pada waktu pagi untuk rakaman
mcp BICARA PERSADA berkaitan BUDGET 2015. Persiapan
dilakukan waktu pagi. Dalam masa yang sama kami jadikan
permasangan alat sebagai latihan
amali peserta BENGKEL
VIDEO yang kami adakan untuk
pelajar LI di tempat kami serta juga peserta bengkel
yang merupakan krew baru kami untuk RAKAMAN VIDEO MULTIPLE
CAMERA PRODUCTION.










AKU akan upload kan video BICARA PERSADA tu bila ia telah siap aku
sunting nanti. Malam ini jugak kami ada rakaman mcp
di panggung seni ukm....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, October 11, 2014

scp & mcp




http://www.youtube.com/user/avukm/videos

MINGGU ini ada beberapa tugas telah dapat kami selesaikan dengan baik.
Semalam 10 Okt. 14, kami membuat rakaman MCP 'Pertandingan 
Dikir Barat' antara kolej-kolej dalam UKM. Terdapat 8 
buah kolej kediaman yang telah 
mengambil bahagian.





Pada 8 Oktober 2014, kami membuat rakaman MCP Perasmian Bangunan
Kedekanan Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Persiapan
peralatan telah kami buat sehari sebelum tu
kerana bilik seminar tersebut
sentiasa saja
mempunyai program sempena hari
terbuka FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI. Rakaman 
MCP telah dapat kami lakukan tanpa sebarang masalah yang besar cuma
terdapat sedikit masalah audio setelah separuh rakaman
kami lakukan. Ia berpunca dari peralatan
siaraya dewan seminar berkenaan...











Selain tugas2 MCP kami juga membuat rakaman scp. Sekarang kami dalam
rangka rakaman SCP berkaitan dengan muzik Gamelan.
Harap dapat diselesaikan dengan licin...

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria