Monday, June 3, 2013

gameLAN...oh..GAMElan...




MALAM NI, 3 Mei 2013, kami membuat rakaman video MCP, MAJLIS 
PENUTUPAN KURSUS KEJURULATIHAN TAHAP SATU 
MUZIK GAMELAN....'

...amik foto rakaman sdr. KAMARUL...maaf....
...maaf....paparazzi terpetik kamera hp...
...aturcara...
SEBENARNYA, program ni bertukar lokasi beberapa kali, ia dijangka diadakan
di PANGGUNG SENI namun diubah lokasi ke DECTAR...bukan di ruang 
tengah dewan tapi diatas pentas bersama VVIP dan
semua jurukamera.....whaaa...kali
pertama rakaman macam
ni..... jugak tanpa lampu
warna-warni..
...amik foto sdr. KAMARUL...

emcee...
Bagaimana sekali pon...sebagai krew profesional...ewahhh.., tak kira macam mana
 pon rakaman tetap kami jalankan, walaupon tanpa lampu warna-warni
yang lip lap kami masih mampu membuat rakaman
dengan licin dan memuaskan....tunggu
nanti aku upload ke
youtube...

ucapan perasmi...
persembahan... 
SEBENARNYA matlamat diadakan kursus ini adalah untuk memupuk
minat dikalangan pelajar, melatih pelajar bukan saja
cemerlang dalam akademik tapi juga
aktiviti kokurikulum, meningkatkan
motivasi pelajar supaya
berusaha mencapai
kecemerlangan secara
berkumpulan, mendedahkan pelajar
dengan kampus universiti yang bukan saja cemerlang
dalam akademik tanpa abaikan aktiviti kokurikulum serta
untuk melahirkan pemain yg terlatih dan berketrampilan dalam muzik gamelan...

persembahan..
...akhirnyaaaa.........
Malam ini kami dibantu oleh beberapa orang krew dari jabatan lain. Memang
kami amat perlukan bantuan mereka kerana kami kurang dua orang
krew yang bertugas di MELAKA (sdr. shahrul & hanamichi).
Krew yang dapat hadir malam ini ialah sdr. YUNUS,
HAFIZ, HATA, HIDAYAH & JUNIOR 
MASTERMIND.........
SEMENTARA krew Penerbit
ialah sdr. KAMARUL, RAMLI, HAJI IZAD dan
SITI SURAYA............
AKU ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
dalam rakaman MCP malam ini...terima kasih semua. Sebenarnya
ini merupakan MCP yang terakhir untuk program PUSAT
KEBUDAYAAN UKM.........terima kasih sekali lagi...

...terima kasih juga kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria