Tuesday, October 16, 2012

Video 'NUrSE' da siap...



Penyuntingan video Khidmat Masyarakat di Langkawi oleh
JABATAN KEJURURAWATAN PUSAT PERUBATAN UKM
telahpun siap. Rakaman dan penyuntingan telah dilakukan oleh
JASRIL AMRY ABD. WAHID dan SITI SURAYA
SULAIMAN. Video berkenaan dah pun berada 
di YOUTUBE, silalah tonton dan berilah
komen-komen supaya kami
dapat memperbaiki lagi kerja-kerja
penerbitan video dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya
komen-komen penonton yang ikhlas mampu membantu kami
menjadi lebih baik dan terbaik....

Minggu ni juga kami sibuk dengan tugas biasa rakaman penuh syarahan-syarahan
seperti syarahan perdana, perasmian dan sebagainya. Kami juga minggu 
sibuk dengan perkara berkaitan KONVO KE-40 UKM.
Selain rakaman konvo dari 20 - 23 OKT. 2012
kami jugak sibuk dari segi persediaan untuk majlis berkenaan.
Maksud aku persediaan dari segi teknikal peralatan rakaman MCP
yang akan kami selesaikan sebelum majlis. Namun sebelum itu terdapat juga
rakaman MCP sebelum majlis konvo iaitu majlis pemakaian jubah pelajar
siswazah oleh penyelia masing-masing yang akan berlangsung
pada 19 OKT. 2012 jam 3.00 petang. Terdapat juga 
raptai penuh majlis konvo pada 19 OKT. 2012
sebelah pagi. Tu jer yang dapat ditulis
dan terima kasih kerana sudi 
membaca.....
DAUD.montak.zakaria.