Thursday, June 2, 2011

Raptai....

Hari ini 1 June 2011; aku duduk bersama mereka yang dalam foto ni, mendengar petikan gitar dan juga alunan suara 'seorang penyanyi'.
Ada ketikanya bila kita diam mendengar petikan tali gitar dan alunan suara yang merdu(kalau merdu ler.....) tentu dapat menenangkan fikiran kita, tak percaya? cubalahhhh...
Petikan gitar(kalau merdu lerrr...) ada ketikanya mampu membuatkan fikiran kita 'flashback'
kepada suatu ketika dulu yang kini telah menjadi sejarah,
tak percaya gak? cubalahhhhhh....

Muzik atau alunan muzik beserta suara, JIKA MERDU, tentu boleh membuatkan hati kita gembira, sayu, sedih ataupun bercampur-campur semua perasaan. Itupun jika kita benar2 menghayatinya....tapi jika kita tidak benar2 menghayati tentu kita tak rasa apa2 pun...Oleh itu muzik dan alunan suara mungkin jugak ada ketikanya penting dalam hidup seharian kita sebagai manusia...tak cayer ? cubalahhhhh.....

*paling aku tak suka muzik yang kuat dan bingit, rasa nak jual gitar dan pemainnyer ke kedai besi buruk....

daudmontakzakaria.