Tuesday, March 8, 2011

PhOtOsHoP & Video PaKmA LaTa JaRuM



Hari ini, Selasa, 8 Mac 2011;
Tamat sudah bengkel Photoshop CS4 yang aku hadir sebagai peserta. Ini merupakan basic photoshop, namun ada gak yang sudah pakar turut menghadirinya. Baguslah, masih mahu mengikuti bengkel walaupun dah pandai. Sebagai orang baru yang cuba mempelajari software ini, aku rasa agak seronok tapi macam sukar jer nak mendalami ilmu ni maklumlah dah lama tak perah kepala. Apa2 pun aku seronok dengan bengkel ni sekurang-kurangnya dapat gak sedikit sebanyak ilmu berkaitannya.
Aku juga berasa amat gembira di mana video Rafflesia yang aku sunting dan juga tulisan asal skrip aku yang buat telah tidak mengecewakan semasa tayangannya diadakan ketika Perasmian Seminar XPDC Lata Jarum yang diadakan di UKM dari 7 - 8 Mac 2011. Sekurang-kurangnya video berkenaan dapat memberitahu kewujudan bunga terbesar di dunia di Lata Jarum Raub Pahang. Mereka juga dapat mengetahui serba sedikit berkaitan bunga berkenaan.