Saturday, February 26, 2011

Video Untuk Seminar SBESA



Ermmmm....nampaknya penyuntingan video untuk seminar Bio Kejuruteraan Ekosistem dan Spesis hampir disiapkan. Ini cuma 'sample' yang masih perlu diperbaiki lagi. Diharapkan akan dapat disiapkan sebelum seminar pada 7 dan 8 Februari 2011 di Puri Pujanggan, UKM nanti.


Rakaman MCP Sambutan Maulidur Rasul di DECTAR

25 Februari 2011, hari Jumaat;
seperti biasa setiap tahun kami dari Unit UAV, Penerbit UKM serta krew2 jabatan lain yang turut membantu telah membuat rakaman Multicamera Production atau penerbitan Kamera Berbilang program Sambutan Maulidur Rasul di DECTAR UKM.

SDR. SHAHRUL sedang memberi arahan kepada krew bertugas.

Ermmmm...cantik pakaian masing2...
Awal pagi, Aku bersama sdr. RAMLI dan SURAYA membuat persiapan memasang kamera2 video dalam DECTAR. RAMLI menguruskan berkaitan audio dan SURAYA menguruskan Grafik. Sementara itu 3 orang krew UAV tidak dapat membantu kerana sdr. KAMARUL diminta untuk membuat rakaman penyembelihan AQIQAH di Kuala Lumpur. Ia merupakan tugas tergempar yang wajib dilakukan. Sementara sdr. Shahrul dan Jasril(Hanamichi) pula bertugas membuat rakaman video ENG perarakan Maulidur Rasul melalui jalan yang telah ditetapkan dalam kampus UKM.


Ramai juga krew yang datang membantu dari jabatan2 dan fakulti lain dalam UKM antaranya SDR. Khaidir, Zulhimi, Naziruddin, Hasnah, Arenim, Wafiy, Sulimi, Bukhari, Mimi, Watie, Syanana, Yan, dan beberapa orang lagi yang aku lupa nama mereka...
Acara sambutan dalam DECTAR ialah nasyid, baca AL QURAN, berzanji, serta FORUM dan akhir sekali penyampaian cenderamata dan hadiah pemenang2 termasuk kumpulan perarakan yang terbaik.
Wah! bergaya sakan....ermmm...women power!
daudmontakzakaria