Friday, May 7, 2010

Video Perumahan Pelajar UKM

Sdr. Ramli, Suraya dan Jasril(Hanamichi)

MINGGU ini yang berakhir hari ini, 7 Mei 2010, kami membuat rakaman video untuk penerbitan video Perumahan Pelajar. Hari Isnin kami sudah mula membuat
'shooting' sekitar kampus.


Tumpuan kami lebih kepada kolej kolej kediaman pelajar yang ada di dalam kampus UKM dan di Luar kampus UKM iaitu di Taman Tenaga.




Bilik Sumber Kolej Rahim Kajai.





Berlakon sebagai pelajar...apa nak buat hampir semua
pelajar dah balik negeri...

Lokasi rakaman pertama kami ialah Pejabat Perumahan Pelajar di PUSANIKA.
Kami merakam luar dan dalam pejabat serta temubual dengan
Pengarah Perumahan Pelajar, Encik Zulkafli.


Hari berikutnya kami merayau sekitar kampus untuk merakamkan semua kolej-kolej kediaman pelajar termasuk papan tanda serta kemudahan-kemudahan yang lain.




Masih lagi dalam Kolej Rahim Kajai...




Shooting untuk bahan memakan masa yang lama, yang
diambil untuk penyuntingan
cuma 3 atau 4 saat jer...

Hari Khamis kami membuat rakaman dalam Kolej Rahim Kajai. Di sini kami membuat
shooting agak lama jugak maklumlah penulis skrip Penerbitan Video
berkenaan ialah Puan Akma, Penolong Pengurus Kolej.


Waktu petangnya pula Unit Rakaman membuat rakaman wawancara dengan Tan Sri Naib Canselor di pejabat beliau. Penerbitan video berkenaan adalah sempena 40 tahun UKM serta perkembangan kolej-kolej dari segi pentadbiran dan infrastrukturnya. Apa-apa pun penerbitan tersebut masih belum selesai lagi dan 'dateline'nya ialah 18 Mei 2010.

Dalam Bilik Sumber Kolej Rahim kajai...


daud montak zakaria...
7 Mei 2010; 10.00 pm