Tuesday, October 6, 2009

Titanic...oh...Titanic...


Malam ni, 5 Oktober 2009; aku secara tidak sengaja telah menonton filem Titanic iaitu sebuah filem yang telah dihasilkan dalam tahun 1997. Filem ini menampilkan watak hero yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio dan heroinnya Kate Winslet dan diarahkan oleh James Cameron. Filem ini menelan belanja US200 juta dan telah mengutip lebih 1.8 billion US di seluruh dunia serta telah memenangi 11 Academy Awards.


Foto yang diambil dari sebuah laman web.

Termasuk malam ini, entah berapa puluh kali dah aku menonton filem ini tetapi setiap kali habis menonton, jika ditayangkan lagi aku akan tetap menontonnya. Tak tahu mengapa aku tak jemu menonton filem ini. Hampir setiap babak, macam dah rasa dah hafal semuanya(lebih-lebih lagi babak ketika Jack melukis gambar Rose dan satu babak lagi ketika mereka berdua dalam kereta di dalam kapal Titanic tu...keh...keh...keh...). Bab yang agak menarik bagi aku ialah ketika kapal tersebut hampir karam. Setiap peristiwa dalam keadaan tersebut digambarkan secara terperinci dan berjaya membawa penonton seolah-oleh berada dalam situasi berkenaan.

Sungguh, memang aku tak tau, mengapa aku minat dengan filem ni, sebab kisah cinta ke....sebab kisah bencana ke...sebab kesetiaan mereka ke... atau sebab pengorbanan lelaki untuk wanita. Hmmm...aku pun tak berapa pasti. Ada ke sape-sape di luar sana yang berminat dengan filem ni dan tahu mengape minat dengan filem ni arr....?