Thursday, July 2, 2009

Selamat datang pelajar baru UKM....

Selamat datang ke UKM kepada semua pelajar baru UKM sesi 2009/ 2010. Walaupun sudah terlambat ucapan ini namun takpelah sekurang-kurangnya ada jugak ucapan tu kat blog ini.

Semasa kemasukan pelajar baru ini kami di Unit Audio Visual juga tidak kurang sibuk dengan tugas rakaman video semua program Minggu Mesra Pelajar di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Setiap malam dalam masa seminggu ni kami membuat rakaman video MCP bermula pada hari Isnin 29 Jun 2009 iaitu Majlis Ikrar Pelajar baru di DECTAR serta ucapan Prof. Tan Sri Dato' Naib Canselor pada jam 2.00 petang. Sebelah malam pula kami membuat rakaman MCP Forum Bersama Pemimpin. Malam berkenaan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Timbalan Menyeri Jabatan Perdana Menteri telah hadir. Banyak isu telah diperkatakan dalam forum berkenaan termasuklah Akta Universiti dan Kolej.

30 Jun 2009 iaitu hari Selasa pula rakaman video MCP telah kami lakukan pada sebelah malam. Majlis malam berkenaan ialah Slot Kenegaraan dimana seorang Yang Berhormat telah hadir untuk menyampaikan syarahan dan berinteraksi dengan pelajar baru berkenaan yaqng berjumlah lebih kurang 3, ooo orang.

1 Julai 2009 iaitu hari ini(Rabu) rakaman video MCP telah kami laksanakan. Program malam ini ialah Debat Akhir Piala Naib Canselor. Debat berkenaan merupakan program tahunan setiap kali pelajar baru masuk ke UKM. Perdebatan tersebut ialah perdebatan diantara kolej-kolej kediaman dimana ahli perdebatan terdiri daripada pelajar-pelajar baru UKM.

Kesemua rakaman tersebut telah kami laksanakan dengan sempurna setakat ini. Walau bagaimanapun terdapat juga kesilapan teknikal yang kecil di sana sini telah berlaku tetapi dapat kami atasi. Ramai krew yang datang membantu untuk membuat rakaman berkenaan. Kami menggunakan 3 buah kamera sahaja.

Esok petang lebih kurang jam 2.00 petang kami akan membuat rakaman video MCP Alu-aluan Timbalan Naib Canselor. Pada sebelah malam kami akan membuat rakaman Bersama Angkasawan Negara. Sementara itu di Masjid UKM, unit kami juga akan membuat rakaman video Tahlil sempena Minggu Mesra Pelajar di Pusat Islam atau Masjid UKM.

Lusa iaitu hari Jumaat, 3 Jualai 2009, kami akan membuat rakaman MCP Persembahan Kesenian Pelajar Baru. Diharapkan kami dapat melaksanakan tugas dengan sempurna tanpa sebarang masalah yang timbul.

Setakat ini krew yang membantu dalam rakaman MCP di DECTAR ialah;
Ramli Adnan, Ruhaizad, Kamarul, Yunus, Naziruddin, Ismahashimi, Hata, Zulhimi, Khaidir, Firdaus, Azrul Khaidir, Wafiy, Bukhari, Amri, Hanim, Sulimi, Hasnah dan Aku sendiri.

Selain kami sibuk dengan tugas rakaman MCP di DECTAR, kami juga membuat rakaman program-program yang lain yang dirakamkan dengan sebuah kamera. Bulan ini memang banyak sangat tugas yang ada ketikanya kami rasakan tidak mampu untuk melaksanakan semuanya dengan krew tetap unit kami di Pusat Penerbitan hanya ada 5 orang sahaja yang terpaksa memenuhi permintaan untuk seluruh jabatan dan fakulti dalam UKM ini. Apo nak buek...apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu......jumpa lagi....