Friday, October 24, 2008

Betul ke??? Is it correct??

Ada individu berpendapat membuat sesebuah program video adalah AMAT MUDAH. Cuma ambil kamera video dan terus 'shoot' subjek-subjek yang hendak dirakam... Ibarat seorang yang tak pernah membakar satay kemuadian berkata' bukan susah buat satay, tangkap lembu sembelih kemudian potong dagingnya dan bakar dengan api' . Pandangan saya memanglah satay tersebut akan jadi tetapi tidaklah seenak yang dibuat oleh mereka yang memang tugasnya membakar satay.


Benarkah begitu mudah membuat sebuah program video???. Setiap apa yang hendak kita hasilkan tentu memerlukan ilmu dan pengalaman. Apa jua aktiviti yang hendak dimulakan mestilah dirancang dengan rapi terlebih dahulu....begitu jugalah dengan projek menghasilkan sesebuah program video. Masa yang diperuntukan perlu cukup, bukan hanya hentam keromo sahaja. Kita mestilah mempunyai ilmu, jika tiada ilmu yang sempurna, video yang dihasilkan tak ubah seperti sampah sarap yang dibuang ke longkang dan sebagainya.....