Saturday, November 10, 2007

GERAK KERJA KAMERA SECARA 'HAND HELD'




Kamera video yang ringan direka untuk membuat rakaman video secara "HAND HELD' iaitu tanpa menggunakan TRIPOD. Rakaman kamera secara 'hand holding' membolehkan kita merakam dengan bebas dan spontan. Hal ini amat penting kerana ada ketikanya sesuatu kejadian atau perkara yang hendak dirakam terjadi secara spontan dan sebagainya. Sebagai contoh temubual VVIP yang sedang menuju ke kenderaannya, ia penting bagi wartawan berita.

Rakaman kamera secara ini(hand held) memerlukan latihan walaupun ada ketikanya terdapat rakaman subjek yang tidak tetap atau bergoyang. Perlu diingat mereka yang sudah lama atau mempunyai kepakaran dalam bidang ini juga tidak mampu memegang kamera video dengan mantap ketika membuat rakaman.

Rakaman subjek statik atau tidak bergerak, dalam keadaan kamera yang dipegang dengan tidak stabil akan menghasilkan visual yang tidak stabil dan kelihatan amat buruk. Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan 'WIDE ANGLE LENS' dan rakaman dibuat lebih hampir kepda subjek yang hendak dirakam serta jangan bergantung kepada ZOOM IN atau ZOOM OUT.

Untuk menambahkan kestabilan kamera yang dipegang(hand held) ketika rakaman dibuat, berdirilah secara seimbang dengan kaki yang dijarakkan kedudukannya. Kamera video pula hendaklah dipegang dengan kedua-dua tangan secara kemas. Tekanlah kamera ke bahu atau muka dan rapatkan siku ke dada.

Perlu diingat;
Kamera yang lebih ringan memerlukan pegangan yang kemas dan tekanan yang kuat.
Elakkan pakaian yang ketat yang akan menghadkan pergerakan.

Cara memegang kamera dengan tangan yakni tanpa tripod;
1. Berdiri: Membentuk seperti tripod manusia, seimbangkan berat secara sama rata dengan menjarakkan kedua kaki serta memegang kemas kamera video dengan kedua-dua tangan.
2. Melutut: Cara ini sesuai dan ideal untuk merakam subjek yang rendah seperti orang yang sedang duduk di atas kerusi atau seorang anak kecil yang berdiri. Siku tangan kanan diletakkan di atas peha kanan yang sedang melutut. Sementara lutut kiri di atas tanah. Bagaimanapun pergerakan kamera dalam keadaan ini agak terbatas.
3. Duduk: Duduk di atas sebuah kerusi. Belakang kerusi dijadikan penyokong dengan meletakkan kedua-dua siku di atasnya.
4. Meniarap: Sambil meniarap, letakkan kedua-dua siku di atas lantai atau tanah. Kedudukan ini akan menghasilkan sudut yang dramatik subjek yang duduk dilantai seperti kucing dan sebagainya. Namun begitu pergerakan kamera agak terbatas.
5. Bertopang: Kedua-dua siku diletakkan di atas meja ketika membuat rakaman, rakaman subjek akan kelihatan lebih baik. Selain dari itu kereta, dinding yang rendah dan sebagainya boleh dijadikan tempat untuk bertopang.
6. Sokongan: Sandarkan badan ke dinding, ke tiang dan sebagainya yang akan menjadikan tempat menyokong tubuh ketika membuat rakaman. Ia akan menghasilkan rakaman yang lebih stabil lagi tanpa bergoyang, bergegar atau sebagainya.