Wednesday, February 7, 2018

SUKIPT 2017...lagiii...

Hari ni RABU, 7 Feb. 2018...kami yakni krew UAV khususnya dan krew Pusat Komunikasi
Korporat amnya masih lagi sibuk dengan acara dalam universiti terutama
acara SUKIPT 2018 dimana UKM menjadi tuan rumah
kejohanan kali ini.

panaskan badan
 Hari ini aku ada 
tugas rakaman acara sukan iaitu
sukan Hoki pada jam 10.30 pagi. Sebelum tu awal pagi
aku masih membuat suntingan yang telah di rakam semalam. Aku bahagikan
rakaman berkenaan kepada acara acara yang berasingan untuk disunting berdurasi bawah
2 minit untuk di upload ke UKM TUBE.


Rakaman semalam aku bahagikan kepada
lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan acara balapan. Semua video rakaman semalam
telah berjaya aku siapkan menjelang petang sebelum balik. Bagaimana
pun sebuah pun video yang kami rakam hari ini tak sempat
disunting untuk di upload ke UKM TUBE.
...apa boleh buat laaa...masa tak
cukup untuk aku...sebab aku kena balik 4.30 petang sebab pilih W1 huhuhu...
Jadi anda boleh la kalau nak tonton video tu kat UKM TUBE..............


Jam 10.00 pagi aku dengan sdr. ramli telah pi ke gelanggang
futsal ukm untuk membuat rakaman hoki.
Kami tiba di sana dan
terus masuk gelanggang futsal berkenaan.
Masa kami sampai perlawanan da pun berjalan iaitu antara
pasukan wanita upm dan satu lagi aku da lupa pasukan dari u mana....Kemudian setelah
hoki wanita ni tamat, diadakan pula perlawanan hoki antara upm dan
pasukan politeknik. Hoki ni hoki lelaki. Kami amik
atau rakam sedikit sahaja untuk disunting
kurang 2 minit untuk di upload ke UKM TUBE. 
Tiba di opis aku mula sambung edit video semalam. Video yang aku
rakam hari ini aku masukkan ke dalam komputer untuk disunting esok dan bila siap
tentu akan di upload ke UKM TUBE. Sdr. ramli sambung pula rakaman
acara memanah pada jam 12.00 tengah hari. Sementara 
aku masih lagi dalam bilik suntingan untuk
siapkan keje keje suntingan.


Bila sdr. Ramli pulang ke opis 
waktu petang  aku terus minta footage yang dia
rakam kat padang memanah di pavilion tu. Aku digitise ke dalam komputer
untuk di sunting esok. Sementara itu menjelang balik jam 4.30 petang aku da siapkan
semua video SUKIPT yang kami rakam semalam...Pagi esok jam
9.00 pagi cadang nak rakam Bola Jaring UKM dgn sdr. ramli.
Tak tau kami pasukan ukm menentang pasukan dari 
universiti mana...tak pasti kami.....memang takde dalam jadual rakaman kami...
kami bersedia tuk buat rakaman tu bukan sebab ianya sukan majoriti
pompuan tapi apalah salahnya kami rakam pasukan ukm kan...
mungkin berguna untuk sesapa saja yang terkilan nak
 tonton pasukan bola jaring ukm bermain...kan...kan..
.tak salah kan...amik pasukan ukm je pun...
Harap semua berjalan lancar........esok pagi..........

aku dengan sdr. ramli
 Di bawah tu ada beberapa video yang aku edit hari ni...tonton je laaa.....





Terima kasih kepada sdr. RAMLI kerana sama sama membuat rakaman
dengan aku hari niii....

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria