Friday, October 6, 2017

Bengkel MCP Day Two.

Hari ini, Jumaat, 6 Oktober 2017, kami sambung kembali pengendalian Bengkel
Penerbitan MCP di Studio UKM di DECTAR. Awal pagi singgah opis PKK
di Bangunan Penerbit untuk mengambil 2 pita mini DV
untuk latihan amali Bengkel MCP di
Studio UKM.
Pita mini DV yang diambil aku catat
dibuku log untuk memudahkan staf yang menjaga masuk dan
keluar pita berkenaan. Kemudian terus pi studio selepas tinggalkan pesanan
kepada akak pencuci di opis PKK tu...

bincang skrip...
skrip
skrip..
Sampai di Studio UKM masih awal pagi. On kan sistem mcp dalam studio
dan pasang kamera. Sebenarnya semalam semua tripod dan kabel
aku dah pasang dengan SHARUL sebelum
sesi pengenalan kepada MCP disampaikan kepada peserta semalam.
Hari ini aku cuma on kan sistem dan tunggu peserta tiba. Tiba muncul pulak ALIA
yang membawa abang catering masuk ke studio. Aku tak tau abang catering tu da 
tunggu lebih sejam kat luar DECTAR kerana tak boleh masuk sebab pintu
DECTAR berkunci. Sib baik ALIA talipon firdaus
minta bukakkan kunci dectar. Haha ...sorry ALIA...sorry jugak abang 
CATERING. Sebenarnya pagi ni pintu utama je yang dibuka sementara
pintu yang lain2 berkunci....biasalah kan...kalau ada pintu 
mestilah dikunci....

tunggu nak latihan mcp ni...
tengah bincang lagi ni...
masih menunggu...

 Tak lama tunggu dalam studio sorang sorang peserta tiba di studio. Kami sarapan dulu
sebelum mulakan aktiviti. Selesai sarapan semua peserta berkumpul antara
mereka untuk berbincang bagi menyiapkan skrip mcp.
Mereka semuanya memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada tugas
tugas mereka.

masa latihan on air...
latihan..
hos gantian..CIK SURAYA...

Selesai saja skrip ditulis maka kami pun mulakan latihan amali penerbitan MCP
tersebut. Pada mulanya agak sukar namun bila da berlaku
beberapa kesilapan maka akhirnya dapat
disempurnakan dengan baik.
Sebenarnya yang kami amalikan hari ini merupakan bual
bicara berkaitan videographer. Talent atau tetamu ialah tetamu yang
sebenarnya sementara hos nya merupakan hos gantian. Hos gantian ialah CIK SURAYA
sementara hos sebenarnya ialah sdr. SHAHIDDAN (shidan jangan lupa pulak 
hari SELASA nanti...) yang akan muncul
pada rakaman sebenar pada hari SELASA nanti.
Jadi hari ISNIN kami akan beramali lagi....

Terima kasih kepada semua yan g terlibat. SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria