Thursday, August 17, 2017

Sibuk gak hari ni...

HARI ini, hari KHAMIS, 17 Ogos 2017, kami diminta untuk membuat rakaman
MCP National Science Challenge Semi Final di Panggung Seni, UKM.
Awal pagi pasang peralatan kerana program bermula
jam 9.00 pagi. Namun aktiviti pagi tu
tidak perlu dirakam. Aku rakam sikit sikit untuk intro
video berkenaan.




  
Sebelah petang lebih kurang jam 2.30 petang bermulalah penjurian projek yang
telah disiapkan oleh pelajar setiap sekolah yang  mengambil
bahagian dalam program berkenaan....






Setiap sekolah akan membawa projek mereka ke atas pentas dan menjelaskannya
kepada beberapa juri yang berada di hadapan mereka. Mereka dibenarkan
membuat pembentangan selama lebih kurang 3 minit.
Setelah selesai juri akan melontarkan
soalan kepada setiap kumpulan..............................................



Program berkenaan tamat lebih kurang jam 5.30 petang. Krew tak ramai petang ni.
Cuma saudara AHMAD YUNUS sahaja krew luar yang muncul
membantu. Agak berat jugak tugas jurukamera
petang ni. Mereka terpaksa berdiri
lebih kurang 2 jam lebih...huhuhu...............
Kesian kan kalau krew tidak ramai.....................................
Terima kasih bebanyak kepada krew JURUKMERA dan AUDIO
iaitu sdr. RAMLI, SHAHRUL, JASRIL dan KAMARUL...
serta krew luar sdr. YUNUS.........ada 
krew UAV yang tak turn up...mungkin ada masalah
jiwa yang TERLALU KRONIK kut........
Petang tu jugak lebih kurang hampir jam 5.00 krew dari USIM datang
untuk meninjau lokasi mereka untuk membuat temubual
esok. Farah yang menjadi ketua kumpulan
tersebut....layan je la mana yang
boleh sebab ketika tu sedang buat keje rakaman...........
akhirnya janji dengan team tersebut
untuk jumpa malam nanti
masa raptai....

...........................................................................................................................

Waktu malam aku datang studio ukm dengan sdr. RAMLI kerana terdapat raptai
WAKON di panggung seni. Dalam mereka ber rehearsal aku lihat
shot- shot untuk rakaman MCP esok petang...

herman niiii......dari PUSKEB UKM



Dalam masa yang sama FARAH dan krew dia dari USIM buat setting dalam 
STUDIO FLOOR di STUDIO UKM. Mereka set alatan dalam tu
untuk sesi temubual yang ada kaitan dengan
program WAKON esok. Aku harap esok
ada lagi krew yang datang membantu....harap je laaaa.....




Farah dari USIM jugak mungkin dapat membantu kami dalam keje keje rakaman
MCP esok. Harap boleh bantu sebab ini keje kolaborasi
antara Pusat Kebudayaan USIM dan Pusat
Kebudayaan UKM.........


Program esok bermula jam 2.45 petang...jadi krew kena ada sebelum tu
lagi tapi entahlah... harap harap gitulah...dan harap2
ramai krew lain yang akan datang membantu kami.....................
Kadang kadang bila krew tak cukup untuk mejalankan sesuatukeje MCP
...aku rasa rimas jugak............................................
Apa yang aku harapkan esok tiada apa2 masalah yang timbul...
harap sesangat lahhh.....................

Pada sebelah malamnya pula kami akan bergerak ke LANGKAWI untuk
program retreat jabatan kami...tentu letih...da la keje tak
abis abis....haihhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria.