Friday, June 16, 2017

Ramadhon & da dekat Raya pon kami masih sibuk lagi...

BULAN RAMADHON PON KAMI SIBUKKK....


ni video kami dari PKK UKM...

Bulan RAMADHON tahun ini kami sibuk jugak dengan tugas-tugas rakaman seperti. 
hari2 bukan Ramadhon. Ramadhan tahun ini seolah-olah kami terbahagi 
kepada 2 team.
Satu team selesaikan video pendek untuk HARI RAYA.
Sementara team yang satu lagi selesaikan
tugas-tugas rakaman video harian
yang lain dan juga video ucapan HARI RAYA
pegawai-pegawai kanan universiti.  Aku termasuk dalam team selesaikan
rakaman video harian dan UCAPAN HARI RAYA....

....menilai sudut shooting... FOTO SDR. KAMARUL

Rakaman Ucapan Hari Raya TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN DAN INOVASI UKM,
Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman di pejabat beliau...  
....menilai sudut shooting... FOTO SDR. KAMARUL

Rakaman Ucapan Hari Raya TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN DAN INOVASI UKM,
Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman di pejabat beliau...
....menonton bahan rakaman... FOTO SDR. KAMARUL

hasilnya..

Hari ini kami merakamkan
rakaman ucapan hari raya NAIB CANSELOR UKM, TIMBALAN NAIB CANSELOR
dan juga PENDAFTAR UKM. Sebaik saja selesai kerje rakaman aku terus edit
video tersebut dan InsyaALLAH hari ISNIN nanti aku upload ke 
YOUTUBE. Tugas shooting ucapan yang akhir ialah
hari RABU iaitu Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM........................
AKU mula cuti hari JUMAAT..............................insyaALLAH....

....menunggu untuk rakaman ucapan raya DATO' SERI NAIB CANSELOR UKM
...FOTO AKU la niiii... AKU, RAMLI & DR. SABARIAH...

Rakaman Ucapan Hari Raya NAIB CANSELOR UKM, Prof. Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
di pejabat beliau... FOTO ABD RAAI

Rakaman Ucapan Hari Raya NAIB CANSELOR UKM, Prof. Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
di pejabat beliau... FOTO ABD RAAI



hasil rakaman...
....menunggu untuk membuat rakaman Ucapan Hari Raya TUAN PENDAFTAR UKM

ni hasilnya...

Minggu yang lalu kami membuat 
rakaman video clip HARI RAYA pejabat aku lah...PUSAT
KOMUNIKASI KORPORAT, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Video ini jugak hampir siap dan akan upload ke YOUTUBE
nanti...........................tonton 'teaser' nya di 
bawah tuuu....

...ini pulak teaser video clip HARI RAYA kami dari PKK...

Team yang membuat video pendek 'SAMPOL'
Team yang membuat video pendek 'SAMPOL'
Team yang membuat video pendek 'SAMPOL'


Terima kasih kepada sdr. RAMLI & KAMARUL yang sama2 bekerja dengan AKU...
Nanti tonton je la video-video kami tu....harap dapat menghiburkan anda semua
.......huhuhu...

..........................................................................................................................................



TUGAS TERBARU..


Lupa nama pensyarah 'BULI'...ermmm...kalau tak silap DR. RAHIM dan DR. TAN...
Aku buat shooting 'BULI'
sdr. SHAHRUL gak buat shooting 'BULI'

...ni la hasilnya...

Semalam, 19 Jun 2016....kami membuat shooting 2 buah video yang tidak 
di senaraikan dalam jadual. Pertama rakaman video dalam studio
di bangunan Penerbit UKM. Pengarah kami call mengatakan
ada pensyarah ingin mendapatkan khidmat rakaman
video daripada kami. Jadi aku yang terima
call tersebut terus mengatakan YA. Waktu petang kedua-
dua pensyarah tersebut datang ke studio kami dan seterusnya kami
buat rakaman berkenaan. Topik yang mereka perkatakan ialah berkaitan 'BULI'
Video yang berdurasi lebih kurang 5 minit itu telah kami rakamkan 
serta mengambil masa tidak sampai pun sejam. Aku,
Shahrul dan Ramli telah menyelesaikan
tugas berkenaan. Penyuntingan video tersebut telah AKU dan sdr.
SHAHRUL yang akan selesaikan. Mungkin siap esok
dan akan aku uploadkan ke YOUTUBE..

Video kedua pula ialah video yang langsung tiada dalam jadual,
kerja rakaman secara AD HOC. Keja tersebut diterima oleh sdr. KHALID, seorang
pegawai GRAFIK sama sepejabat dengan aku. Dia menerima permintaan
untuk rakamkan video HARI RAYA Khazanah - UKM. Disini
aku terpaksa gunakan budi bicara walaupun
secara ad hoc tugas berkenaan, namun memikirkan tentang rakan
sepejabat dan permohonan KHAZANAH, aku paksa juga diri untuk membantu.
Oleh itu aku pergi dengan sdr. RAMLI ke Khazanah - UKM untuk membuat rakaman
berkenaan. Hampir sejam jugak baru selesai shooting. Hasil video
tersebut adalah idea pihak KHAZANAH, kami cuma
merakamkan sahaja. Video tersebut
telah selesai aku edit........

Esok, Rabu, 21 Jun 2017, kami akan membuat rakaman Ucapan Hari Raya,
PROF. DATO' NOOR AZIAH, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni UKM. Hanya dia sorang je yang
belum dirakam sementara semua
TNC yang lain telah selesai rakaman dan suntingan
serta upload ke YOUTUBE. Minggu ini banyak sangat tugas shooting dan
editing yang perlu disiapkan...huhuhu...tapi takpe la kannn....
itu baru namanya kejeeeee....haha...


...baru habis rakam 21 Jun 2017, jam 8.30 am tadi dan siap edit
dan baru je upload ke YOUTUBE....sebentar tadi...

Apa2 pon terima kasih kepada semua KREW yang sama-sama AKU,
bertungkus lumus untuk menyiapkan tugas2 penerbitan semua video tersebut..
sdr. RAMLI & KAMARUL serta sdr. SHAHRUL untuk video
BULLY tuuu...tq very2 much sekali lagi...

Oooopst! sebelum lupa...aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA
AIDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN....jangan simpan2 
kesalahan aku ye....aku taknak bawa dosa2
bila mati nanti....................


terima kasih juga kepada mereka yang singgah di blog aku niii...

DAUD.montak.zakaria