Tuesday, May 9, 2017

Malam Anugerah Gemilang Kolej Za'ba "MAGIZ 2017"

MALAM tadi ISNIN, 8 Mei 2017, kamai sekali lagi membuat rakaman MCP Malam
Anugerah Gemilang Kolej Pendeta Za'ba di DEWAN CANSELOR TUN
ABDUL RAZAK, UKM, Bangi.  Program ni bermula 
pukul lebih 8.00 malam. Namun seperti
biasa persiapan teknikal kami
sediakan lebih awal, lebih kurang jam 6.00 petang.
Persiapan awal amat perlu dalam kerja2  rakaman dan penerbitan 
video apa jua event yang minta kita untuk membuat rakaman. Agak ramai juga krew
yang dapat hadir pada malam tu. Aku nak ucapkan terima kasih
banyak2 kepada semua krew luar dan krew Unit 
Video, Pusat Komunikasi Korporat.
Mereka semua ialah sdr. FAZLIANA, YUNUS, AIZAT, HATTA,
JAMALUDIN IBRAHIM & ISMAHASHIMI. Sementara itu krew UAV PKK 
pula terdiri drpd AKU, SHAHRUL, RAMLI, JASRIL & KAMARUL.
Kerja rakaman tersebut berakhir pada jam lebih 11.00 malam.
Selepas selesai kemas peralatan kami semua balik.
Tidak seperti semalam pintu utama keluar dari UKM Masih lagi
terbuka. Maka tidaklah perlu pergi pintu kedua yang lebih jauh serta mengambil masa
sedikit. Bulan Mei ini akan lebih banyak rakaman mcp program pelajar 
akan kami rakamkan.
Ini berlaku kerana untuk mengejar masa sebelum bulan RAMADHAN. Pelajar juga
akan menduduki pepereksaan akhir semester kedua. Oleh itu semua
program mereka perlu diselesaikan dalam bulan Mei ini.....
Ermmmm...nampaknya itu aje yang sempat aku tulis...da nak pagi ni. Esok aku
cuti kerana urusan keluarga tapi aku akan pi opis sebelah pagi untuk membuat kerja suntingan
video yang masih belum siap. Aku nak guna cuti tu pada waktu petang untuk selesaika
hal keluarga tuuuu.....
Ermmmm...idea menulis pon da abis...tengok2 aje foto2 yang sempat
aku rakamkan, tak banyak pon sebab busy dengan tugas...




foto AIZAT


















Terima kasih kepada semua krew dan terima kasih kepada mereka yang singgah
di blog ini........................................................

DAUD.montak.zakaria