Friday, April 21, 2017

Kuliah 2: Keusahawanan & Inovasi

Semalam, Khamis 2017, kami membuat rakaman MCP (Multipple Camera Production) Kuliah 2 Keusahawanan dan Inovasi anjuran Pusat Citra UKM. Kuliah ini 
dihadiri oleh pelajar tahun satu. Lebih 2 ribu pelajar yang terlibat.
Program ini menampilkan tokoh-tokoh
 tertentu dalam bidang keusahawanan untuk memberi syarahan
 kepada para pelajar.....
Bermula jam 2.30 ptg lebih kurang dan tamat lebih kurang jam 5.00 ptg. Selesai
saja program tersebut semua alat dikemas dan disimpan. Kamera dan 
tripod dibawa masuk ke studio. Untuk membawa kamera dan
tripod...seelok-eloknya kamera ditanggalkan daripada
tripod dan dijinjing dengan tangan manakala
tripod ditolak. Jangan sekali-kali
kamera diletakkan di atas triod dan ditolak ke dalam
studio kerana gegaran boleh menyebabkan kamera mungkin akan rosak dan 
tidak berfungsi
atau mana-mana komponen di dalamnya akan
bergegar yang akan memendekkan
 jangka hayat kamera berkenaan.
Hal ini tidak akan ditemui di dalam mana2 buku pun tapi fikirlah
secara logik. Komponen didalam kamera tersebut
dilekatkan di papan litar dengan solder,
bila2 masa sahaja boleh lekang
daripada papan litar.
Komponen-komponen lain pun boleh mengalami kerosakan jika mengalami gegaran 
yang kuat ketika melalui permukaan lantai yang tidak rata.....betul kan...

Kabel kamera pula kami tinggalkan kerana hujung minggu dan beberapa
hari minggu depan ada rakaman mcp dalam dectar.
Kabel berkenaan di susun di tepi supaya tidak
dilanggar oleh troley atau apa apa
jer yang boleh
mengoyakkan penebat kabel kamera
tersebut. Perkara ini memang perlu diberi perhatian
kerana untuk membaiki peralatan bukannya murah, ia memerlukan kos yang tinggi.
Tambahan pula bila alat tersebut rosak dan terpaksa beli yang baharu...tentu 
lebih banyak belanjannya....tak gitu..........................
Jadi...jagalah alatan kita dengan baik....

Ermmmm..........tengok je la foto2 di bawah tu... malas da jari2 
nak mengetuk keyboard ni ha.....






haji sulimi...
aku & temen temen dalam studio...





Terima kasih kepada semua krew yang terlibat iaitu sdr. SHAHRUL, KAMARUL, YUNUS, HAJI RUHAIZAD & HAJI SULIMI....jumlah krew agak terhad nampaknya...apa-apa pon semua berjalan dengan licin.....

terima kasih kerana singgah di blog ni.....

DAUD.montak.zakaria