Thursday, August 31, 2017

cuti MERDEKA tapi kena pi keje..

Hari ini Sabtu, 31 Ogos 2017...dan ia bukan saja hari cuti Sabtu tapi juga
cuti Hari Kebangsaan. Hari ini pepagi tengok infor kat HP.
Laaa...ada dua missed call tengah malam
semalam...Bukak Whatsapp...hemmmm...baca isi wasapp tu..
dari Charles Mohan...dia kata dari Pejabat Datuk Hishamuddin Tun Hussein,
dia nak footage pelancaran Malaysians United Run yang kami
rakam di DECTAR pada 29 Ogos lalu. Dia nak sebelum
petang ini.   Hermmm...nampaknya kena keje
hari ni walaupun CUTI. Yang peliknya
mana pulak dia dapat nombor HP aku tu...huhuhu.....


EMCEE..yang pompuan tu DANG SURIA...
 Gerak ke UKM jam 8.00 pagi lebih kurang dan tiba di ofis lebih kurang 15 minit selepasnya.
Leceh nak bukak pintu ofis selain mood cuti ialah kena bukak banyak
kunci pintu dan kunci mangga dua...huhuhu...Takde ke
mentera yang boleh buka pintu macam
cerita ALIBABA P.RAMLEE tuuuuuuu........?


NAIB CANSELOR KAMI...
 Sampai dalam pejabat terus bukak komputer editing. Cari pita MINGGU MESRA MAHASISWA yang ada rakaman PELANCARAN MUR yang dilabelkan 
DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN atas meja aku. 
Terus pi bilik editing. Bukak file baru premier pro.
Kemudian masukkan tape dalam VTR dan terus digitise footage tu ke dalam komputer.

...pelajar BAHARU UKM...

sumbangan untuk Puan Hawa..
 Proses digitise mengambil masa satu jam setengah sebab rakaman dalam pita berkenaan
lebih kurang sejam setengah hampir dua jam. Selepas digitise terus buat suntingan.
Aku buat dua versi...satu versi penuh dan satu lagi versi
Sumbangan Umrah Untuk Puan Hawa.
Seram juga duk kat opis ni sensorang maklumlah rasa sunyi je...bunyi aircond je...
manalah tau tengah syok buat edit.. MAK LIMAH tepuk bahu dari belakang..
huhuhu....atau bunyi anak2 belari dalam opis tu....atau..
bunyi anak2 ketawa ramai2 sambil bunyi
susun buku kat BAHAGIAN
PENERBIT ujung sana tuuu...huhuhu...semuanya serba MUNGKIN...

posing sakan....
Selesai saja footage tersebut di sunting dan di tukar kebentuk file MP4 terus aku
upload ke GOOGLE DRIVE untuk SHARE dengan MOHAN sebab
dia nak sebelum petang ni. Tak berapa lama
kemudian dia minta aku SHARE
file tersebut dengan EDITOR dia di sana...banyak sangat
terima kasihnya kat aku...nak segera kannnn....Aku cuma berharap JIKA KITA
MUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN, PENCIPTA JUGA
AKAN MUDAHKAN URUSAN KITA NANTI..
INSYAALLAAH......
Dah disebabkan aku ada kat opis aku ambil kesempatan
untuk sunting video berkenaan untuk dijadikan VERSI PENDEK untuk
di UPLOAD ke UKMTUBE......tontonlah...ada kat BAWAH niii...


Namun aku masih tertanya tanya sampai la ni...manalah si MOHAN
tu dapat NOMBOR HP aku...huhuhu...

SEKIAN..

DAUD.montak.zakaria

No comments: