Wednesday, August 23, 2017

EXPERT untuk Datin

Hari ini kami membuat shooting untuk footage EXPERT untuk Pengarah
kami Prof. Datin Norizan. Kami membuat penggambaran/shooting 
berkenaan di tiga buah bangunan yang menjadi tempat
dia sebagai pensyarah, pengarah dan
bangunan baru tempat dia akan mula bertugas pada SATU SEPTEMBER
DUA RIBU TUJUH BELAS nanti......

bilik datin di Pusat Bahasa
setting...
Shooting kami bermula di Bangunan Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik.
Aku sendiri pun tak tau Datin berasal dari Pusat Bahasa.
Dia da nak berhijrah ke lain baru tau...punyala
lama dia berada kat PKK...hhaha...


masih mencari renrak
'roll tape....action...'
Selesai di Pusat Pengajian Bahasa, kami shoot pulak di PUSAT KEPIMPINAN
WANITA tempat beliau akan berkhidmat tidak berapa lama lagi.
Tak lama pun shooting kat sini........


mulanya di sini....
..akan berhijrah ke sini....

Akhir sekali kami shooting di bangunan Canselori iaitu dalam pejabat beliau
sendiri. Di sini berakhirnya shooting kami untuk video
EXPERT tersebut..........bahan bahan yang lain 
akan di shoot atau didapatkan kemudian untuk insert.........
Krew yang turun hari ini ialah aku, RAMLI, SHAHRUL dan JASRIL,
EN. HAZRUL hadir masa shooting di Pusat Bahasa...

SEKIAN
DAUD.montak.zakaria

Thursday, August 17, 2017

Sibuk gak hari ni...

HARI ini, hari KHAMIS, 17 Ogos 2017, kami diminta untuk membuat rakaman
MCP National Science Challenge Semi Final di Panggung Seni, UKM.
Awal pagi pasang peralatan kerana program bermula
jam 9.00 pagi. Namun aktiviti pagi tu
tidak perlu dirakam. Aku rakam sikit sikit untuk intro
video berkenaan.




  
Sebelah petang lebih kurang jam 2.30 petang bermulalah penjurian projek yang
telah disiapkan oleh pelajar setiap sekolah yang  mengambil
bahagian dalam program berkenaan....






Setiap sekolah akan membawa projek mereka ke atas pentas dan menjelaskannya
kepada beberapa juri yang berada di hadapan mereka. Mereka dibenarkan
membuat pembentangan selama lebih kurang 3 minit.
Setelah selesai juri akan melontarkan
soalan kepada setiap kumpulan..............................................



Program berkenaan tamat lebih kurang jam 5.30 petang. Krew tak ramai petang ni.
Cuma saudara AHMAD YUNUS sahaja krew luar yang muncul
membantu. Agak berat jugak tugas jurukamera
petang ni. Mereka terpaksa berdiri
lebih kurang 2 jam lebih...huhuhu...............
Kesian kan kalau krew tidak ramai.....................................
Terima kasih bebanyak kepada krew JURUKMERA dan AUDIO
iaitu sdr. RAMLI, SHAHRUL, JASRIL dan KAMARUL...
serta krew luar sdr. YUNUS.........ada 
krew UAV yang tak turn up...mungkin ada masalah
jiwa yang TERLALU KRONIK kut........
Petang tu jugak lebih kurang hampir jam 5.00 krew dari USIM datang
untuk meninjau lokasi mereka untuk membuat temubual
esok. Farah yang menjadi ketua kumpulan
tersebut....layan je la mana yang
boleh sebab ketika tu sedang buat keje rakaman...........
akhirnya janji dengan team tersebut
untuk jumpa malam nanti
masa raptai....

...........................................................................................................................

Waktu malam aku datang studio ukm dengan sdr. RAMLI kerana terdapat raptai
WAKON di panggung seni. Dalam mereka ber rehearsal aku lihat
shot- shot untuk rakaman MCP esok petang...

herman niiii......dari PUSKEB UKM



Dalam masa yang sama FARAH dan krew dia dari USIM buat setting dalam 
STUDIO FLOOR di STUDIO UKM. Mereka set alatan dalam tu
untuk sesi temubual yang ada kaitan dengan
program WAKON esok. Aku harap esok
ada lagi krew yang datang membantu....harap je laaaa.....




Farah dari USIM jugak mungkin dapat membantu kami dalam keje keje rakaman
MCP esok. Harap boleh bantu sebab ini keje kolaborasi
antara Pusat Kebudayaan USIM dan Pusat
Kebudayaan UKM.........


Program esok bermula jam 2.45 petang...jadi krew kena ada sebelum tu
lagi tapi entahlah... harap harap gitulah...dan harap2
ramai krew lain yang akan datang membantu kami.....................
Kadang kadang bila krew tak cukup untuk mejalankan sesuatukeje MCP
...aku rasa rimas jugak............................................
Apa yang aku harapkan esok tiada apa2 masalah yang timbul...
harap sesangat lahhh.....................

Pada sebelah malamnya pula kami akan bergerak ke LANGKAWI untuk
program retreat jabatan kami...tentu letih...da la keje tak
abis abis....haihhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria.

Tuesday, August 15, 2017

shooting untuk skrol konvo...

HARI ini, Selasa, 15 Ogos 2017, kami buat shooting penerimaan skrol oleh graduan
di atas pentas sebagai panduan graduan graduan yang akan
menerima skrol masa konvo akan datang dan
konvo konvo yang seterusnya...
Krew yang involve dalam penggambaran
tersebut ialah AKU, SHAHRUL dan JASRIL. Sementara
En. HAZRUL datang sekejap sahaja begitu juga dengan sdr. IKHWAN.
Aku involve masa masa awal sahaja dan yang membuat
shooting hingga selesai ialah sdr. SHAHRUL
dan JASRIL....

...kami la ni.....


Video berkenaan mengandungi beberapa babak atau scene. Scene yang terlibat ialah
CARA BETUL MENGAMBIL SKROL, CARA YANG DILARANG
dan PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK MEGAMBIL SKROL 
DI ATAS PENTAS....




Walaupun shooting tersebut nampak macam mudah je tapi ia mengambil
masa yang panjang jugak, maklumlah setiap scene memerlukan
shot shot yang banyak dan berulang - ulang...
ermmmm...tak payah la 
aku cite...korang bukan faham ponnnnnn......

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria

Friday, August 11, 2017

Di Unit Audio Video, PKK UKM sentiasa sibuk....

SEMALAM, Khamis, 10 Ogos 2017, kami menghadiri MESYUARAT PENGURUSAN
PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT, UKM. Banyak perkara yang dibincangkan
berkaitan pelbagai perkara. Antaranya tugas2 besar PKK
terkini dan masa mendatang. Banyaklah
lagi isu isu lain yang tentu
sekali aku takkan cerita di sini atau di sana ponnnn...opst! Rahsia
Jabatan tuuuu.....................





Haahahahahaha.....aku tangkap foto sedang nikmati minuman  sambil bermesyuarat yeee.....maaf yeeee....maaf.....Ini bukan bermakna kami tak serius
berbincang...sebab terlalu seriuslah
kami rasa cepat lapar...
Mesyuarat tu amik masa lebih dua jam...balik opis kami dibangunan
lain....ramai staf yang lain da balik...maklumlah da jam 
lima lebih....

...........................................................................................................

Hari ini, JUMAAT, 11 Ogos 2017, kami yakni aku dan sdr. KAMARUL diminta
untuk membuat rakaman video LARIAN OBOR SUKAN SEA 2017 
yang disertai oleh pihak UKM di PUTRAJAYA.
Kami bergerak ke PUTRAJAYA 
tepat jam 6.30 pagi
dan tiba di sana lebih kurang jam 7.00 pagi.
Aku parking kete kat Mc Donald dimana team UKM akan
tamatkan larian obor di lokasi berkenaan sebelum disambung oleh team
yang berikutnya.................................................
SDR. IKHWAN pula cover foto di sana..................................




baru sampai jam 7.00 pagi...

amik peluang selfie

selfie lagi...
 Dalam bergerak berjalan kaki dari Mc Donald ke Masjid besi kami sempat merakam
foto kami sendiri ler.... Hampir ke Masjid Besi sdr. IKHWAN terjumpa
sifu dia masa dia belajar kat IKBN eh! ye ke IKBN...lupa aku...
tanyalah dia........................
Dia minta tangkapkan foto dengan sifu dia tu....katanya dia lupa pulak nak 
mintak nombor untuk hubungi sifunya...ekekeke.....

IKHWAN dengan SIFU...

KAMARUL dgn.....entah....

UMI dan SUKARELAWAN lain...
 Tiba di Masjid Besi kami bersalaman dengan pegawai UKM dan sukarelawan UKM
sementara menunggu VVIP dari UKM. Bila VVIP tiba kami
ambil kesempatan untuk temubual mereka semua.
Mulanya kami temubual Tan Sri dari Kementerian Belia dan Sukan kalau tak
silap....kemuan TNC Prof. Dr. Ekhwan...kemudian Prof. dato' Riza...kemudian Prof. Dato' Imran..kemudian Prof Dato' Aziah...kemudian Tan Sri Ibrahim Saad Pengerusi
 LPU...kemudian Dato' Seri Naib Canselor....
kemudian peserta2 lain......


dia orang mintak aku snap kan foto....lupa dari mana....tolong je laaa....

NC UKM, DATO' MARZUKI, DATO RIZA ATIQ
 Tamat temubual...program bermula...pasukan dari UKM terima obor dari pasukan lain..
maaf aku tak ingat nak amik nama pasukan tersebut...Bila obor disambut..
aku terus ikut berlari untuk dapatkan footage...kalau tak lari
tentu aku takleh dapat footage kalau tak berlari...begitu
juga dengan ikhwan...kami mesti sentiasa mendahului mereka...maknanya kamilah 
yang mendahului larian tersebut...kannnn...ekekekekekeke....

ada penghibur di sini...


selfie lagi...

berfoto dgn TNC PROF. EKHWAN...
  Sebelum tiba di Mc Donald obor tersebut diberikan kepada pasukan lain....whaaaa...
laju jugak mereka berlari, rasa macam  termengah mengah jugak mendahului
kumpulan larian tersebut...Aku rasa IKHWAN dan KAMARUL pon
mungkin termengah mengah jugak kut. Jarak larian
lebih SATU KILOMETER jugak.....

aku plak selfie dgn IKHWAN...SUKARELAWAN...belakang sana TNC PROF. EKHWAN..

selfie lagi...

tak jemu lagi selfie..
 Tiba di MC DONALD aku sempat rakam obor diletakkan di pentas khas tajaan
MC DONALD sebelum larian berikutnya bermula lagi. Di sekitar Mc Donald
sempat jugak aku membuat rakaman situasi di sana yang memang
meriah ponnnnnn...........................................

hahaha...selfie...CIK YAN PTM...nampak muko sikit je...sorry arr....

oh...selfie....

whaaa...selfie...
 Sebelum kami tamatkan rakaman, kami sempatlah jugak membuat rakaman
foto bersama sukarelawan sukan SEA 2017 UKM. Kami juga membuat
temubual terakhir dengan UMI KALSOM dari Pusat Sukan
dan beberapa sukarelawan yang lain...nanti
bila siap edit aku akan upload
ke YOUTUBE...tonton la yer...... DI SINI......

kat SMART MAMAK Presint 2...sdr. KAMARUL yang belanjeeee....
Akhirnya kami minum di SMART MAMAK Presint 2 Putrajaya sebelum kami
balik ke BANGI.........sekian untuk hari hari ini........

SEKIAN jumpa lagi...

DAUD.montak.zakaria.