Thursday, March 30, 2017

Bicara Perdana Naib Canselor UKM 2017

Hari ini, Khamis, 30 mac. Kami membuat rakaman MCP Bicara Perdana Naib 
Canselor UKM 2017 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ia merupakan syarahan tahunan Naib Canselor. 
Hmmm....sebenarnya aku da takde idea nak tulis apa lagi....oleh
itu lihatlah apa yang ada kat bawah tuuuuu......................................................
















Krew yang bertugas agak mencukupi. Terima kasih kepada semua krew iaitu SHAHRUL,JASRIL,
RAMLI, RUHAIZAD, KAMARUL, YUNUS, HASNAH, SITI SURAYA,
SULIMI, JAMALUDDIN IBRAHIM dan lain-lain jika
ada yang aku terlupa....

Terima kasih juga kepada mereka yang singgah di blog ini....

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, March 28, 2017

Lawatan Delegasi Jepun ke ATMA, UKM

Hari ini Selasa 28 mac 17, kami membuat rakaman video Lawatan Delegasi Budaya Jepun ke Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM. Sambutan berkenaan dijalankan
di Istana Puteri Bungsu di Taman Pantun UKM.
Kali ini aku dengan sdr. RAMLI
pergi membuat rakaman berkenaan. Banyak juga
aktiviti yang disediakan oleh ATMA untuk delegasi budaya yang datang
dari Jepun tersebut. Mereka kelihatan selesa dengan sambutan dan aktiviti yang diadakan.
Selepas siap rakaman yang berakhir pada tengah hari, aku pun mulakan
proses suntingan. Digitise semua video ke dalam komputer.
Selepas siap barulah mulalah kerje memotong
di sana sini untuk video pendek.
Versi panjang akan disiapkan kemudian. Yang pendek 
perlu di upload awal ketika berita berkenaan masih dalam keadaan panas. Jika
ianya sejuk sudha tida begunha lagey...........opst!


dengan RAMLI..






selesai tugas...rasa sikit....
chef handalan....
foto sdr. RAAI yang shoot...

Terima kasih sdr. RAMLI yang sama2 membuat rakaman program tersebut....arghhhh....
esok pagi ada lagi rakaman penting...pas ni kena amik cuti....
DAUD.montak.zakaria

Saturday, March 25, 2017

...temu bual lagi...

HARI ini temu bual lagi. Hari ini Sabtu, kami membuat temu bual dengan peserta sukarelawan sukan sea 2017 di dewan gemilang ukm. Dapat menemubual
beberapa orang peserta SUKARELAWAN.
Alhamdulillah....temu bual ini untuk ditayangkan semasa Bicara Perdana
Naib Canselor UKM pada hari Khamis ni......







Buat rakaman temu bual bersama krew iaitu sdr. JASRIL AMRY & SHAHRUL FADLI.
Terima kasih semua dan terima kasih kerana singgah di blog ni....

DAUD.montak.zakaria

Thursday, March 23, 2017

Ouch! agak sibuk minggu ni...

MINGGU ni, kami agak sibuk kerana terkejar ke sana sini untuk membuat rakaman
temubual dengan AHLI LEMBAGA PENGURUSAN UNIVERSITI, UKM 
termasuk Pengerusinya. Rakaman tersebut
 untuk ditayangkan semasa Bicara Perdana Naib Canselor pada 30 Mac
nanti disamping tugas2 rutin yang lain. Video tersebut
mesti disiapkan pada selewatnya hari
Rabu. Ini bukan bermakna
kami tiada keje pada waktu2 yang lain tetapi
tugas yang ini kami kena berlumba dengan tarikh yang telah ditetapkan.
Itulah....dah dinamakan keje memanglah sibuk kan....Kalau taknak sibuk tuksahlah
keje kan....duduk jer goyang kaki............................................................


ramah mesra NC dengan ALUMNI UKM...............

Persediaan untuk rakaman RAMAH MESRA NAIB CANSELOR DGN ALUMNI UKM
EVERLY HOTEL PUTRAJAYA pada 22 Mac 2017. Aku de3ngan IZWAN

& RAMLI.....................................
foto pegawai lain....maaf.
foto pegawai lain...maaf


Kami juga ada tugas rakaman khusus untuk BICARA PERDANA NAIB CANSELOR UKM
di DECTAR, UKM nanti....

poster.....

...rakaman temubual dgn DATUK TASIR di BBBANGI, krew Haji Izad dan Izwan...Ikhwan tiada
dalam foto....
...persiapan untuk rakaman TAN SRI DATUK SERI DR. IBRAHIM SAAD
PENGERUSI LEMBAGA PENGURUSAN UNIVERSITI, UKM
di rumah beliau di Taman Tun Dr. Ismail.
...tamat temubual TAN SRI nak priview...
Aku, Amry dan Zulkifli....
...persiapan untuk rakaman di pejabat DATUK DR. HAMZAH, AHLI LPU
di pejabatnya di JALAN CENTRAL 2, KL.
aku ngan AMRY....

DATUK DR. HAMZAH juga nak preview hasil rakaman..
Terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam semua rakaman dan
terima kasih kerana singgah di blog ini....

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, March 15, 2017

Keje Edit takkan habis selagi tak bersara...huhu...

DI ANTARA video-video yang sempat di edit baru-baru ni......








Terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam penerbitan video2 ni serta terima kasih kepada mereka yang singgah di blog ni...

DAUD.montak.zakaria

Laporan Berita

Pagi tadi, Rabu, 15 Mac 2017, buat rakaman video Program 100 SME Bersama UKM
di Bangunan UKM - MTDC. Kami juga membuat laporan berita program berkenaan.
Wartawan yang membuat laporan ialah NADIA SYAHIRA SAPUAN
pelajar intern di Pusat Komunikasi Korporat....


persiapan

persiapan...jasril, shahiddan & shahrul...
sebelum mula rakaman...




Video kami yang lain-lain ada di
sini:


Terima kasih kepada semua krew dan terima kasih jugak kerana singgah di blog ini.....

DAUD.montak.zakaria

Sunday, March 12, 2017

Leadership & Entrepreneurship....

PAGI tadi, Ahad, 12 Mac 2017, kami membuat rakaman Majlis Penutup program 
LEADERSHIP & ENTREPRENEURSHIP di Dewan Canselor Tun Abdul 
Razak, Universiti Kebangsaam Malaysia.
Krew yang membantu agak mencukupi dan terima
kasih kepada semua krew termasuk krew bantuan dari jabatan lain 
iaitu sdr. FAKHRAN, ISMAHASHIMI, FAZLI & FAZLIANA. Krew UAV yang hadir
ialah sdr. SHAHRUL, JASRIL, KAMARUL, RAMLI & AKU lerrr........





minum dulu sebelum bertugas...

sedang bertugas...

Ucapan perasmian penutup....


Terima kasih kepada semua krew yang bertugas dan 
terima kasih kepada yang singgah di blog ini....

DAUD.montak.zakaria