Friday, December 2, 2016

penutup festival teater ukm 2016...

SEMALAM, Khamis, 1 Disember 2016, kami membuat rakaman video Penutup Festival Teater UKM 2016 di Panggung Seni Dectar, UKM. Majlis berkenaan dihadiri 
oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni, Universiti 
Kebangsaan Malaysia,
Prof. Dato' Noor Aziah Mohd Awal sebagai tetamu kehormat.

Sebenarnya aku bercuti sebulan kut...tapi aku datang
bekerja kerana berpandangan bercuti dan sekali sekala datang bekerja
mempunyai nikmatnya yang tersendiri...bercuti tanpa datang bekerja pon ada nikmatnya, begitu juga tidak bercuti dan datang bekerja juga ada nikmatnya.............................tapiiiii............. tidak bercuti dan
tidak datang bekerja, itu tiada nikmatnya dan perlu cepat
bersara atau berhenti jerrrr....ooooooooopst!

Krew yang terlibat agak cukup untuk
program yang memakan masa selama 2 jam tidak
termasuk persiapan teknikal kami yang bermula pada jam 6.00 petang. Lebih jam
11.00 malam kami selesai mengemaskan peralatan dan balik.
Ada beberapa krew yang turut serta dalam
jamuam bersama tetamu yang lain-lain. Krew yang hadir dalam 
tugas berkenaan ialah sdr. SHARUL, RAMLI, JASRIL, KAMARUL, YUNUS, FAKHRAN
& FAZLIANA......termasuk AKU lerrr......
.terima KASIH BAYAK2 kepada semua krew......



...bersama FAZLIANA jer....

...sebelum mula bertugas.............KAMARUL & YUNUS...
...juru audio .... RAMLI...




foto oleh  IZWAN, jurufoto PKK...JASRIL niii...
Terima kasih kerana singgah di blog serta sudi membaca.......

DAUD.montak.zakaria

No comments: