Saturday, October 17, 2015

Kriket Akhir Universiti Antarabangsa..

HARI ini, Sabtu, 17 Okt. 2015, aku dan sdr. Kamarul membuat rakaman video
Perlawanan Akhir Kriket Universiti Antarabangsa di
Bayuemas Oval Kelang. Perlawanan
bermula dari jam 10.00 pagi. Perlawanan
Akhir ini adalah antara UKM dan Universiti Sri Langka. Pasukan
yang membuat pukulan dahulu ialah Universiti
Sri Langka. Perlawanan berlangsung
selama lebih kurang dua jam sebelum pukulan pasukan
Sri Langka berakhir. Kemudian pasukan UKM pula membuat pukulan.
Baru sebentar bermain, hujan pun turun dan perlawanan
dihentikan seketika. Ia disambung lebih kurang
jam 2.20 petang. Perlawanan ini memang membuatkan jantung
sentiasa berdebar kerana bimbang UKM tidak dapat memintas Sri Langka,
kerana UKM cuma tinggal 2 orang pemain sahaja, dan mata
masih di bawah pasukan Sri langka...opst! sebenarnya
aku pun bukan mahir sangat bab perkara kira mengira mata dalam sukan KRIKET
ini...saja jer aku tibai apa yang aku faham......sorry....tengok jer ler
foto foto di bawah ni....malas da nak cite.................
Program berakhir setelah penyampaian hadiah dan piala disempurnakan oleh
TNC HEPA, YBHG. PROF. DATIN DR. NOOR AZIAH MOHD AWAL,
kami sempat menemubual beliau selepas majlis penyampaian hadiah........
Video akan aku edit esok...kalau sempat aku upload ke YouTube...........
TAHNIAH KEPADA PASUKAN UKM YANG TELAH MENANG
UNTUK KALI BERTURUT-TURUT....................









Terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria