Thursday, October 29, 2015

konvo 43...minggu amat sibuk...

Minggu ni merupakan minggu yang amat sibuk. Sibuk kerana hujung minggi ni UKM
akan mengadakan Majlis Konvokesyen UKM Ke 43. Diam tak diam
UKM da  berumur lebih kurang 45 tahun........
Kami sibuk dengan pelbagai persediaan
untuk majlis berkenaan.
Malam ini saja kami telah membuat rakaman
MCP Majlis Perasmian Karnival Konvokesyen UKM Ke 43 di Panggung
Seni. Majlis ini telah dirasmikan oleh Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu
Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Terima kasih kepada semua
krew yang terlibat dalam rakaman MCP ini termasuk
krew bantuan, sdr. YUNUS, HATA, KHUSAIRI, MUFAKHRAN,
WATIE, SURAYA dan jugak krew UAV sendiri..
Malas nak tulis lagi....lihat jer lah foto-
foto di bawah ini..........

pemasangan kamera tambahan untuk rakaman MCP majlis konvo ukm ke 43
persiapan konvo ke 43 dalam dectar
persiapan grafik untuk konvo...
tunggu giliran untuk kendali kamera
zaman gajet.....
foto KHUSAIRI, suasana dalam panggung seni semasa perasmian karnival konvo ukm 2015...
foto khusairi...
foto khusairi
Minggu ini memang minggu yang amat sibuk kerana 31 okt. - 3 Nov. 2015 merupakan
Majlis Konvo UKM Ke-43...........................................................................
Kami mula akan berkampung di Dectar pada hari 
Sabtu hingga Selasa..........................


Terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam rakaman ini....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, October 24, 2015

...penyampaian CERMIN mata KEPADA pelajar SEKOLAH...

HARI ini, Sabtu, 24 Okt. 2015, aku dan sdr. KAMARUL membuat rakaman
video Penyampaian Cermin Mata kepada Pelajar Sekolah
Menengah Agama Teluk Kemang, Port Dickson.
Bergerak dari UKM dengan kereta
universiti, pada jam 7.00 pagi...............
Sampai di sana sebelum jam 9.00 pagi....................
Terus buat temubual beberapa orang yang penting di sana. Program tamat
lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Kembali semula ke UKM.
Esok aku cuba edit video tersebut dan upload ke
YouTube.............tontonlah kalau nak...
 






Terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria


Monday, October 19, 2015

pangKOR INTERnational deveLOPMENT DIALogue

HARI ini, Isnin, 19 Okt. 2015, aku dan sdr. Kamarul pergi ke IPOH untuk membuat
rakaman video Pangkor International Development Dialogue.
Program tersebut dijalankan di Casuarina Hotel.
Kami bergerak dari UKM jam 7.30
pagi waktu Malaysia.
Tiba di hotel berkenaan lebih kurang
jam 12 lebih tengah hari. Kami tidak jumpa sesiapa pun
melainkan pergi ke kaunter dan buat pendaftaran. Kami diberi beg tiap seorang
dengan maklumat program di dalamnya. Lama menunggu kami
pon masuk ke Main Hall yang ketika itu berlangsung
sebuah forum kalau tak silap.
Hampir jam 1.00 petang kami sama-sama
peserta makan tengah hari dan selepas solat kami masuk
ke dewan dan mendengar forum yang sedang berlangsung. Oleh kerana
kami tiada sebarang panduan yang mutlak, kami beranggapan
kehadiran kami diperlukan untuk merakam syarahan
YBHG Datuk Naib Canselor UKM
yang akan berlangsung pada jam 4.45 ptg. seperti dalam jadual.
Lebih kurang jam 5.00 petang Datuk NC naik pentas menyampaikan syarahannya.
Syarahan Datuk NC memakan masa lebih kurang 1 jam dan ia tamat
lebih kurang jam 6.00 petang. Kami hubungi pemandu, SDR. 
RAIS dan seterusnya bergerak ke UKM.......
Tiba di UKM lebih kurang jam 10.00 malam............................................
tu jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..............







Kamarul & Zabidi FST

Terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, October 17, 2015

Kriket Akhir Universiti Antarabangsa..

HARI ini, Sabtu, 17 Okt. 2015, aku dan sdr. Kamarul membuat rakaman video
Perlawanan Akhir Kriket Universiti Antarabangsa di
Bayuemas Oval Kelang. Perlawanan
bermula dari jam 10.00 pagi. Perlawanan
Akhir ini adalah antara UKM dan Universiti Sri Langka. Pasukan
yang membuat pukulan dahulu ialah Universiti
Sri Langka. Perlawanan berlangsung
selama lebih kurang dua jam sebelum pukulan pasukan
Sri Langka berakhir. Kemudian pasukan UKM pula membuat pukulan.
Baru sebentar bermain, hujan pun turun dan perlawanan
dihentikan seketika. Ia disambung lebih kurang
jam 2.20 petang. Perlawanan ini memang membuatkan jantung
sentiasa berdebar kerana bimbang UKM tidak dapat memintas Sri Langka,
kerana UKM cuma tinggal 2 orang pemain sahaja, dan mata
masih di bawah pasukan Sri langka...opst! sebenarnya
aku pun bukan mahir sangat bab perkara kira mengira mata dalam sukan KRIKET
ini...saja jer aku tibai apa yang aku faham......sorry....tengok jer ler
foto foto di bawah ni....malas da nak cite.................
Program berakhir setelah penyampaian hadiah dan piala disempurnakan oleh
TNC HEPA, YBHG. PROF. DATIN DR. NOOR AZIAH MOHD AWAL,
kami sempat menemubual beliau selepas majlis penyampaian hadiah........
Video akan aku edit esok...kalau sempat aku upload ke YouTube...........
TAHNIAH KEPADA PASUKAN UKM YANG TELAH MENANG
UNTUK KALI BERTURUT-TURUT....................









Terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Friday, October 16, 2015

rOY...

MALAM ni, Jumaat, 16 Okt. 2015, kami membuat rakaman nyanyian-nyanyian
RoY yang merupakan Karyawan Tamu Pusat Kebudayaan, UKM.
Ramai jugak krew yang datang membantu iaitu
sdr. KHUSAIRI, FAKHRAN, ASNAN,
ISMAHASHIMI, YAN, SURAYA & HATA. Sementara krew
kami pula ialah SHAHRUL, HJ. IZAD, JASRIL & RAMLI............................
Ermmm.....lihat jer ler foto-foto  tuuu.....

foto khusairi

foto khusairi...





Terima kasih kepada semua yang terlibat.......terima kasih jugak kerana sudi membaca...

DAUD.montak.zakaria

Thursday, October 15, 2015

samBUtan hARi asEan kE-48...

HARI ini kami membuat rakaman video MCP, sambutan hari Asean Ke-48.
Persiapan dan raptai telah dijalankan semalam iaitu Hari Rabu...
Cuti Awal Muharram.........................
Hari ini kami membuat rakaman dan awal pagi lagi
segala peralatan telah dipasang walaupun program bermula pada
jam 9.00 pagi mengikut jadual........................................................................
Ini merupakan kali pertama kami membuat kerja secara kongsi....
kongsi yang agak pelik. Kami bekerjasama dengan Jabatan
Penerangan serta RTM. Kami membuat rakaman
Perasmian hingga jam 11.00 pagi.
Forum jam 11.00 pagi dirakam oleh RTM sementara
'pitching' pula dirakam oleh Jabatan Penerangan Malaysia...................
Agak pelik...tapi takpe ler asalkan keje semua beres.........
Esok aku edit sedikit drpd video tu untuk 'upload' ke YouTube............
mungkin sependek 5 minit kut..........'short version'...
Dua orang krew membantu kami iaitu Khusairi dan Hazzril....jutaan
terima kasih bebanyak untuk mereka.......................

...harap kami satu hari nanti punyai OB VAN jugak...ekekeke......
raptai dan persiapan...








Sekian dan terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria

Monday, October 12, 2015

perBINcangan konVO kE-43.

PETANG tadi, Isnin, 12 Okt. 2015, kami dari pelbagai bahagian dipanggil
oleh Pengarah Pusat Komunikasi Korporat iaitu bos kami
untuk berbincang berkaitan pelbagai isu,
persiapan untuk Majlis Konvokesyen Ukm Ke- 43 yang akan 
berlangsung dari 31 Okt. hingga 3 Nov. 2015....
Banyak perkara yang dibincangakan selama
lebih kurang dua jam tersebut..............................................................
lihat jer foto dibawah....tak payahlah aku
panjangkan cerita.................

Pengarah kami........
antara staf yang terlibat....
...ada perkara yang diperkatakan
*foto: KAMARUL..........mendengar dan melihat.....

Sekian dan terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria

Sunday, October 11, 2015

dinNer ALumNi peRUbaTAN

MALAM tadi, Sabtu, 10 Okt. 2015, kami membuat rakaman MCP 'Majlis Makan Malam Amal Alumni Perubatan UKM 2015......................................
Tengok jer ler foto-foto di bawah tuuuu...
Terima kasih kepada 
semua krew termasuk krew yang
datang membantu kami dalam kerja rakaman mcp ini
iaitu semua krew UAV serta sdr. YUNUS, KHUSAIRI, HATA, YAN, HAZZRIL, MUFAKHRAN,
JAMALUDDIN IBRAHIM dan SITI SURAYA.............................


foto khusairi...
khusairi...

foto khusairi
foto khusairi


foto khusairi



Terima kasih kepada SEMUA KREW dan terima kerana sudi membaca.....

DAUD.montak.zakaria