Thursday, July 30, 2015

WiNd OrChEsTrA

PETANG tadi, khamis, 30 Julai 2015, kami membuat rakaman MCP 'FINALE WIND
ORCHESTRA SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE - 17 / 2015.
Program tersebut dijalankan di DEWAN CANSELOR
TUN ABDUL RAZAK UKM, BANGI.

raptai
persiapan teknikal
Persiapan teknikal dilakukan waktu pagi. pasang kabel, pasang kamera, onkan semua
sistem kamera termasuk uji audio untuk rakaman.
Selesai pasang teknikal, rehat dan tunggu
program bermula......

sorang jer dalam konti...

personaliti tv3 fedry yahya..
Sekolah sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan ialah
SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEKOLAH SERI PUTERI,
MALAY COOLEGE KUALA KANGSAR, SEKOLAH
MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD dan
SEKOLAH MEN. SAINS RAJA TUN 
AZLAN.........

juri....foto khusairi...

foto khusairi
Krew jurukamera tak ramai yang membantu kerana program berkenaan diadakan
masa waktu pejabat dan sempat membantu ialah MUFAKHRAN
dan KHUSAIRI dari FST. KREW yang lain ialah
HAJI IZAD, JASRIL dan KAMARUL...
Letih dia orang berdiri kat
kamera.......
Dalam konti aku keseorangan
dan begitu juga dalam bilik audio cuma sdr. RAMLI sahaja..............................


umum pemenang
juara...tonton kat utube nanti nak tau sape yg menang...
Walaupon begitu rakaman dapat dijalankan dengan licin tanpa masalah...ALHAMDULILLAH...
RAKAMAN tersebut akan aku sunting dan akan di upload ke YouTube
secepat mungkin....................

sekian terima kasih...

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, July 29, 2015

tubewell lagi.

foto ihsan dari sdr. kamarul...
TUGAS hari ni, rabu, 29 julai 2015. Aku dan Kamarul pergi ke Kolej Burhanuddin Helmi
dan Kolej Ungku Omar untuk membuat rakaman video pembinaan
TubeWell di sana pada waktu pagi. Kami difahamkan UKM
 akan membina tubewell di tiga buah
kolej kediaman yang mengalami kesukaran
untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk keperluan harian. 

foto ihsan dari sdr. kamarul...
Kami difahamkan
terdapat dua unit atau team yang bertanggungjawab dalam pembinaan berkenaan.
Sebuah team menjalankan penggalian untuk mendapatkan sumber air
bawah tanah dan satu team lagi adalah untuk membina 
sistem paip yang akan menghantar air berkenaan
ke bangunan dalam kolej kediaman yang disediakan tubewell tersebut...................
Penggalian memakan masa beberapa hari sebelum punca air
bawah tanah ditemuai. Air ditemui di kedalaman lebih daripada 130 meter.........

foto ihsan dari sdr. kamarul...
foto ihsan dari sdr. kamarul...
Sebelah petang kami melihat raptai pertandingan orkestra pelajar sekolah di DECTAR.
Program tersebut akan berlangsung petang esok dan kami akan
membuat rakaman MCP berkenaan........
Oleh kerana program itu dijalankan dalam waktu pejabat maka
mungkin kami tidak mendapat banyak bantuan daripada krew bantuan dari jabatan
lain dalam UKM.....

sekian terima kasih....

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, July 28, 2015

...aktiviti hari ni...

HARI ini selasa, 28 julai 2015, selepas selesai buat editing 'jejak menara
peringkat negeri selangor, aku bersama rakan2 hadir
di perjumpaan PUSAT KOMUNIKASI
KORPORAT UKM
di Bilik Mesyuarat Canselori. Perjumpaan
tersebut membincangkan banyak perkara dan ia berakhir lebih kurang
jam 11.30 pagi...................................................................

Selesai mesyuarat atau perjumpaan ini, kami menikmati jamuan
raya bersama kakitangan pusat kami...................................
Makan2 tersebut tamat lebih kurang jam 12.30
tengah hari. Rasanya makanan sedap2 
belaka free atau tak payah
 bayar...opst!

Waktu petang kami membuat rakaman pembinaan Tube Well
di Kolej Burhanuddin Helmi...................
Rakaman ini mungkin mengambil masa selama beberapa hingga
projek tersebut selesai dan dijadikan sebuah program
video......................tunggu jer ler.......

perjumpaan atau mesyuarat....foto: raai
perjumpaan atau mesyuarat....foto: raai
perjumpaan atau mesyuarat....foto: raai
mesyuarat..
jamuan hari raya...
jamuan raya pkk...
pembinaan tube well...



Esok ada lagi rakaman tube well dan sebelah petang akan berada di dectar kerana
urusan rakaman mcp hari khamis nanti........

....sekian terima kasih....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, July 4, 2015

....keje suntingan...

Minggu ini aku dapat siapkan suntingan beberapa lagi video dan di upload ke utube..........
ada beberapa lagi yang perlu disunting dan harap boleh aku 
siapkan sebelum cuti raya............









...kalau nak tonton silalah tonton....sekian....

DAUD.montak.zakaria