Friday, October 31, 2014

konvo datang lagi...ke-42


....cokmar ukm...

KONVOKESYEN UKM muncul lagi, kali ini ialah keli ke-42. ! hingga 4 November
majlis ini akan berlangsung. Kami dari Unit Audio Visual, Pusat Komunikasi
Korporat, sama seperti staf lain yang terlibat, agak sibuk sebelum
majlis berlangsung. Persiapan dijalankan lebih seminggu
sebelum berlangsung majlis bermula dengan
mesyuarat dengan krew AJKK
Kecil Rakaman
yang terdiri daripada krew
UAV dan juga staf UKM yang terdiri
daripada pelbagai jabatan dan fakulti dalam UKM, 
lebih kurang empat puluh orang jumlah kesemuanya.
Kami dari UAV membuat pelbagai persiapan teknikal iaitu
persiapan alatan rakaman dan tayangan. Kali ini kami menggunakan
lebih kurang enam buah kamera termasuk kamera yang disewa kerana kami hanya
mempunyai empat buat kamera sahaja. Apa yang kami harapkan
kerja2 rakaman selama 4 hari tersebut tidak terdapat
sebarang perkara buruk yang timbul
dan tugas kami berjalan
lancar. Doa sentiasa bermain dibibir
agar tidak timbul sebarang perkara buruk yang
berkaitan dengan peralatan teknikal dan ada yang telah
pon berusia agak lama. Harapkan segala peralatan yang agak dah berusia
ini akan diganti baru supaya tidak berlaku sebarang perkara
yang tidak diingini ketika majlis berlangsung, yang
akan mencacatkan majlis yang
sedang berlangsung.......

.....terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam persiapan dan yang akan bertugas nanti
dan terima kasih jugak kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria.