Monday, June 2, 2014

Program YADIM

AHAD, semalam, 1 JUN 2014, kami membuat rakaman MCP 'PROGRAM YADIM'
lagi di DECTAR. Kali ini rakaman kami ialah PERASMIAN KONVENSYEN
KEPIMPINAN MUDA ISLAM KEBANGSAAN. Kami diminta untuk
membuat rakaman PERASMIAN jam 9.00 pagi. Namun bila dapat 
jadual baru, rupanya perasmian jam 2.00 petang. Oleh
kerana dah ada di DECTAR maka kami terus jer
tunggu di UKM hingga jam 2.00 petang. Jam dua petang barulah kami buat rakaman
MCP tersebut...........................










Jam 2.00 kami rakam majlis perasmian tersebut. Ia dirasmikan oleh MENTERI
AGAMA YB MEJ. GEN. BERSARA DATUK JAMIL
KHIR. Selepas perasmian kami terus buat rakaman
FORUM hingga jam 5.30 petang.
Kalau ikutkan memang kami diarah rakam
perasmian....pada aku mana mungkin untuk mengemas peralatan
ketika FORUM berkenaan berlangsung, tentu tak manis dan mungkin tiada adab,
ada ketikanya tolak ansur tu perlu....terutama untuk mengujudkan rasa
IKHLAS BEKERJA dalam hati. Kerja tak ikhlas tentu tiada 
PAHALA.....dapat gaji jer ler.......
Akhirnya aku nak ucap terima
kasih kepada semua krew termasuk krew bantuan NUR FAZLIANA...
bukan senang untuk datang bekerja HARI AHAD termasuklah
kami juga...tapi...tanggung jawab perlu dilaksanakan....

sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria