Saturday, October 12, 2013

uKm iDoL 2013

SEMALAM. 11 OKTOBER 2013, jam 8.00 malam, kami membuat rakaman Multiple
Camera Production, MCP,  'UKM IDOL 2013' di PANGGUNG
SENI, DECTAR, UKM....


mimi, shahrul & jasril...
ramli....
 Sebenarnya program ini merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh
PUSAT KEBUDAYAAN UKM. Ia merupakan satu program
seni yang membolehkan kakitangan atau pelajar
yang berbakat mencuba dalam
pertandingan nyanyian.

kamarul, najwa, shahrul & jasril...
mimi & siti aisyah...
pengacara...
Rasanya aku tak perlulah coret panjang di sini kerana coretan aku macam sama jer
iaitu bercerita tentang tugas kami. Rentaknya sama
tentang kerja, tentang krew dan tentang 
waktu program tersebut
berkakhir...tak gitu...?



menyanyi... 
Aku akan edit video tersebut dan akan aku upload ke YouTube. Sapa2 yang berminat
bolehlah tonton nanti. Tapi mungkin lambat sedikit sebab aku sedang
sibuk edit program video yang lain....lagipon
kami sekarang ni sedang sibuk untuk
memikirkan tentang
rakaman MCP Majlis Konvokesyen
UKM ke 41 yang akan berlangsung di DECTAR.
KAMI merupakan antara AJK yang sibuk kerana kami akan membuat rakaman
dan rakaman tersebut ditayang ke layar secara 'live' untuk tontonan hadirin dalam dewan
serta di luar dewan nanti.....

nyanyian..
sampaikan hadiah...
juara...
ketua pusat kebudayaan & tnc hepa....
O.K berbalik kepada cerita tadi, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
krew MCP yang terlibat termasuk krew bantuan dari jabatan2 lain dalam UKM. 
Mereka ialah sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, JASRIL,
YUNUS, HATA, HJ SULIMI, HAFIZ, SHUKRI,
WATIE, HIDAYAH, MIMI, serta 2 orang pelatih dari POLITEKNIK
TUANKU SYED SIRAJUDDIN, ARAU, PERLIS iaitu SITI AISYAH ADANAN
dan NUR NAJWA MOHD RASHIDI.......

.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria