Tuesday, August 20, 2013

pegi BELUM lagi...


...video tanpa skrip, yg berskrip disunting kemudian...

22 OGOS - 25 OGOS 2013, aku dengan sdr. RAMLI ADNAN akan berada 
di HUTAN SIMPAN BELUM dan juga DAERAH TAIPING 
di PERAK kerana urusan kerja di sana.......
Kami akan bergerak dengan bas jam 22.00 pm  pada hari
 Rabu  21 OGOS 2013 dari UKM Bangi. Harap tiada apa-apa masalah
ketika dalam perjalanan...............INSYAA ALLAH...


Kami ke sana kerana diminta untuk membuat rakaman aktiviti GLOBAL
STUDENTS MOBILITY yang akan menjelajah sambil
menyelidik kehidupan masyarakat dan
suasana hutan di sana.
Facebook UKM - GLOBAL STUDENTS MOBILITY di bawah...https://www.facebook.com/GSMPUKM


Antara lokasi rakaman video kami di sana ialah JAKOA, KAMPUNG CHUEH 11,
MATA KAIL ISLAND, MATANG MANGROVE, dan sebagainya.
Mengikut jadual kami juga akan membuat rakaman aktiviti
pelajar dengan masyarakat orang asli di sana....


Aku juga pernah menulis di blog ini berkaitan HUTAN BELUM di PERAK.
Sila pi ke site di bawah untuk rujukan........


 Di bawah aku letakkan sedikit infor berkaitan BELUM, PERAK...

Hutan Simpan Belum terletak di utara negeri Perak. Dikatakan ia merupakan hutan simpan yang belum pernah diteroka lagi. Hutan ini  kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna. Menurut cerita, Hutan Belum mendapat namanya daripada bunyi belalang yang menghuni di hutan tersebut. Bunyi belalang tersebut telah menjadi nama sebuah perkampungan Melayu lama yang telah tenggelam akibat pembinaan Empangan Temengor berkenaan. Empangan Temengor ini telah dirasmikan pada tahun 1976. Keluasan kawasan Empangan Temengor ialah 152 kilometer persegi. Hutan Belum mempunyai keluasan 4 kali pulau Singapura. Dianggarkan terdapat lebih 3 ribu sepsis flora, 64 spesis paku pakis, 62 spesis lumut dan 23 spesis ikan terdapat di Hutan Belum.
Hutan ini dikatakan berusia lebih kurang 130 juta tahun. Keluasan hutan simpan ini lebih kurang 290 ribu hektar. Kawasan Belum terbahagi kepada dua bahagian iaitu Upper Belum dan Lower Belum. Upper Belum yang juga dikenali sebagai Royal Belum, berkeluasan 117,500 hektar yang meliputi kawasan hingga ke sempadan Thailand. 90% hutan di kawasan Upper Belum ini terdiri daripada hutan yang belum diteroka lagi atau hutan dara. Lower Belum tidak diwartakan sebagai hutan simpan. Masuk ke Hutan Simpan Belum atau Royal Belum perlukan kebenaran pihak berkuasa.
Hutan belum kaya dengan pokok-pokok balak seperti Meranti, Cengal, Keruing dan Merbau. Hutan ini juga dipercayai menyimpan tumbuhan-tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan.
Di Tasik Temengor yang termasuk dalam hutan simpan Belum terdapat beberapa ratus buah pulau. Sebenarnya tasik ini terbentuk disebabkan pembinaan Empangan Temengor yang bertujuan untuk menghasilkan tenaga letrik.
Ada di antara pulau-pulau tersebut didiami oleh suku orang asli. Salah satu suku orang asli yang mendiami pulau di Belum ialah Suku Jahai.
Antara aktiviti orang asli ialah mencari herba-herba hutan untuk dijual seperti pokok Tongkat Ali dan sebagainya. Tumbuhan Rafflesia iaitu sepsis bunga yang terbesar di dunia  juga terdapat di Hutan Belum ini.
Haiwan yang menghuni hutan Belum ini terdiri daripada harimau, seladang, badak sumbu Sumatra, gajah, beruang, dan sebagainya. Dikatakan terdapat 274 spesis burung termasuk Burung Enggang di hutan simpan ini.


Kami juga pernah membuat video berkaitan BELUM, PERAK ini...sila tonton
kalau nak...kalau taknak takper ponnnn....


.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria