Wednesday, July 10, 2013

benGkel dokuMentari - hARi perTAma, keDUa, & seTERUSnya.......


'sejenak di Bandaraya Melaka'


'melaka; rezeki di celah kehidupan'


'masjid2 di melaka'



ISNIN, 8 JULAI, Hari Terakhir Bengkel


 ISNIN, 8 JULAI, setelah beberapa hari sejak bengkel penerbitan dokumentari 
dijalankan pada  4 Julai 2013 yang lalu, maka hari ini atau lebih
 khusus petang ini, bengkel berkenaan tiba di penghujung. 
Setelah peserta dan fasilitator bersengkang mata
semalaman hingga pagi dan menjangkau tengah hari serta 
petang tadi tanpa tidur, maka akhirnya penerbitan video dokumentari 
di tayangkan dalam sesi pra tonton. Sebanyak 3 buah video telah
 disiapkan oleh kumpulan-kumpulan untuk ditayangkan pada petang tadi.

sesi pra tonton 

Dokumentari tersebut ditayang satu persatu bermula dengan kumpulan dibawah
pengendalian sdr. SHAHRUL FADLI. ISU yang dibawa oleh kumpulan
ini ialah liku-liku hidup penghuni Bandaraya Bersejarah Melaka
mencari nafkah hidup dalam kesibukan bandaraya
berkenaan. Golongan yang di videokan antaranya ialah
penarik beca, penjual air dan buahan, pemain ular, pelukis dan
sebagainya. Mereka semua ditemubual untuk mendapatkan
maklumat berkaitan pengalaman mereka
mencari rezeki di sini...


Kumpulan dua pula membawakan  perkara berkaitan bandaraya
Melaka serta hal lain yang wujud di sekitarnya. Sementara
kumpulan ketiga mengisahkan berkaitan masjid-
masjid yang wujud di sini sama ada yang baru
dan yang telah berabad wujud
di Melaka. 
Dokumentari tersebut telah diulas oleh en. hazrul abdul halim
dan en raai osman. AKHIRNYA, kumpulan satu telah 
dinilai sebagai video terbaik. Fasilitator kumpulan ini ialah sdr.
shahrul fadli abdul rahim.
NAMUN apa yang lebih utama bagi aku antaranya ialah, sejauh mana
 bengkel tersebut memberi manfaat kepada peserta yang 
mengambil bahagian. Sejauh mana mereka 
memahami kerja-kerja penerbitan video
dokumentari. Sejauh mana juga mereka dapat bekerjasama dalam
kumpulan. Itu semua adalah sebahagian daripada perkara yang penting
yang perlu difahami oleh peserta bengkel berkenaan. Sebab
penerbitan video adalah kerja berkumpulan.
Sebenarnya bukan mudah untuk menghasilkan sebuah video dokumentari
yang mantap dalam keadaan masa yang terhad dan juga faktor
 cuaca yang sentiasa boleh berubah pada bila-bila masa.
Walau apa pon aku berharap sangat bengkel tersebut mampu memberi 
manfaat se optimum mungkin kepada peserta termasuk pelajar LI Politeknik
Perlis dan F.Pengajian Islam UKM yang
turut sama dalam bengkel terbabit.
Berharap sesangat bengkel ini mampu memberi mereka
 ilmu untuk dijadikan 'tikar terbang' dalam pengembaraan yang lebih
jauh lagi dalam bidang media elektronik di masa mendatang.

*Akhirnya aku mohon maaf jika terdapat sebarang sikap 'kurang ajar' aku

dalam bentuk perkataan atau lakuan anggota yang
menyinggung sesiapa saja sama ada peserta
atau bukan peserta yang terlibat dalam BENGKEL PENERBITAN
DOKUMENTARI berkenaan....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria


 AHAD, 7 JULAI; MALAM

....menunggu pagi...
AHAD siang dan malam, tiba pula kepada proses membuat suntingan yang
 didahului dengan 'digitise' footage ke dalam komputer untuk kerja
suntingan. Ditahap ini kerja mengemaskini skrip, 
dilakukan apabila segala footage yang
dikehendaki ada dalam rakaman.
Pada keseluruhannya tahap ini termasuk dalam fasa
POST - PRODUCTION.

kemaskini skrip
ada yang perlu dilakukan bersama..

Seperti yang kita ketahui kerja-kerja penerbitan video mempunyai
tiga fasa iaitu PRE-PRODUCTION, PRODUCTION dan
POST-PRODUCTION......
Secara ringkas dalam fasa pre production, idea2 dicari
sebelum dipilih idea yang terbaik untuk
diketengahkan. Selepas idea dipilih,
penulisan skrip pula mengambil tempat.
Skrip ditulis dan dalam penerbitan dokumentari, draft
script ditulis sebelum turun untuk membuat shooting di lokasi.
penekanan dalam kerja-kerja skrip
penyuntingan...

Di fasa PRODUCTION, krew yang terlibat akan turun ke lokasi untuk membuat
kerja-kerja shooting mengikut skrip. Peralatan perlu ada seperti
kamera video, tripod, lampu, pita video, reflector
 jika perlu dan mikrofon, jika penerbitan
tersebut perlu untuk membuat temubual dengan individu-individu tertentu...
kerja penyuntingan
Di Fasa Post Production pula, semua footage yang telah dirakam di masukkan 
ke dalam komputer untuk penyuntingan. Selesai proses 'digitise'
jika perlu 'footage' tersebut di 'preview' terlebih
dahulu sebelum membuat kerja penyuntingan dan jika terdapat
footage yang tertinggal dan perlu dirakam
kembali maka krew akan turun
ke lokasi untuk membuat rakaman semula tapi..............................................
sape yang nak turun kembali ke MELAKA setelah berada di BANGI
.....ekekeke.....
Selesai segala footage di preview maka skrip di 'finalise' dan dibuat
'voice over'. Selesai kerja2 VO, ia di digitise ke dalam
komputer untuk disunting bersama 'footage'
untuk membentuk penerbitan yang
mengikut skrip yang ditulis. Kerja
ini memakan masa yang panjang...bersedialah untuk
pulang waktu pagi.....
Selesai suntingan footage dan vo, kerja penyuntingan ni masih belum
selesai sebab belum disulam dengan muzik. Oleh itu muzik
yang sesuai perlu dicari. Muzik yang akan 
dimasukkan mestilah bersesuaian 
dengan mood visual yang
digunakan.......tentu tidak sesuai jika suasana
ziarah kematian dimasukkan dengan muzik 'rock', ia tentu lebih
sesuai dimasukkan muzik 'selimut putih', itu cuma contoh....
Selesai masukkan muzik maka perlu pula 
memasukkan grafik di mana yang
perlu seperti nama orang
yang ditemu bual
serta juga tajuk penerbitan tersebut dan juga grafik untuk krew yang
terlibat di akhir program video yang diusahakan itu....
Maka setelah selesai semuanya, bolehlah
balik ke rumah dan cuba.......................................................................
lihat jam di tangan sebentar, mungkin ia menunjukkan jam
8.00 pagi iaitu kakitangan tempat anda
bekerja telah selesai  'log in'
untuk bertugas pada hari ISNIN berkenaan.........................


....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria




JUMAAT & SABTU; 5 & 6 JULAI 2013



taming sari
SEMUA kerja-kerja shooting untuk penerbitan bengkel video
dokumentari dibuat di BANDARAYA MELAKA. Semua
ketiga-tiga kumpulan merayau-rayau sekitar Bandar Melaka untuk
mencari subjek untuk dirakam.....................

bincang
kincir

cruise
BOLEH dikatakan hampir keseluruhan bandaraya tersebut diintai setiap
sudut, katakan apa saja lokasi berkenaan, semuanya telah 
di jelajah seluruhnya....yang tidak di
jengah ialah tempat
'tak elok' jer.....opst!...............................eh! adakah
tempat yang tak elok di sini....?


arah bandar dunia

cross in 15 minutes

masjid tengkera

masjid tengkera
Setiap kumpulan telah diberi satu tajuk untuk di dokumentarikan. Masing-masing 
menyiapkan 'draft script' video tersebut sebelum turun untuk 
membuat shooting. Tiga tajuk berkenaan ialah
MASJID2 DI MELAKA, TEMPAT MENARIK dan MAKANAN,
namun ada juga yang telah 'terpaksa' menukar tajuk
dokumentari mereka, bagaimana pon ia tak lari
dari tajuk di BANDARAYA
MELAKA.....


masjid tengkera

berfoto dgn ular

sysssssssssssss...

jinak
DI MELAKA kami juga membuat shooting di JONKER WALK yang
sedang hangat dibincangkan sekarang. Selain shooting aktiviti
perniagaan peniaga, penyanyi karaoke yang membuat
persembahan juga turut menjadi mangsa
kamera video PANASONIC P2.......................................
Pelbagai barangan yang dijual
di sini, semuanya ada...namakan saja......

belitan 
gelinyerrrr....
pelancong luar negara
camerawoman..
Rakaman penarik beca juga dibuat. Temubual juga dilakukan dan mereka
sangat memberi kerjasama kepada grup yang membuat
dokumentari tersebut. Penarik beca dua generasi
dibuat, yang veteran dan juga yang muda......
Menerbitkan sebuah dokumentari banyak cabaran, cabaran subjek yang
dirakam, cabaran keadaan sekeliling dan
cabaran berebut dengan cuaca.
Bila hari hujan aktiviti shooting terpaksa dihentikan, cuma
mampu merakam titisan hujan yang jatuh
dari cucur atap ke atas tempat
menapaknya pejalan
kaki........
...jikalah ketika ini lagu SUDIRMAN 'HuJaN' berkumandang...mungkin ada
yang akan berjurai air mata hati...

cameraman..
jonker walk
menguji diri
seni..
Selain daripada itu rakaman yang lain2 ialah pertunjukkan ular, pelukis yang
menyara hidup dengan menjual hasil lukisan yang mereka lukis,
peniup saxaphone, peniup alat bunyian yang dikatakan
berasal dari AUSTRALIA dan sebagainya...

mencari sesuap nasi..
Aktiviti shooting di BANDARAYA MELAKA bukan saja dilakukan waktu
siang malah juga pada waktu malam. Kebiasaannya bandaraya
sentiasa berjaga, malam atau siang sentiasa bergerak,
malam diterangi cahaya lampu sementara
siang dipanah cahaya menteari....


...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria.



KHAMIS, 4 JULAI 2013

HARI ini, Khamis 4 Julai 2013, kami mengendalikan BENGKEL VIDEO
DOKUMENTARI anjuran Bahagian Latihan Pejabat
Pendaftar dengan kerjasama PENERBIT
UKM.....

....penulisan skrip..
skrip perlu ditulis..
BENGKEL tersebut dimulai dengan taklimat Pengurus Bengkel, Haji Ismail
Ibrahim. Dia menyatakan beberapa perkara berkaitan
bengkel, penginapan di UKM dan
penginapan di MELAKA.
Dia juga memberi taklimat berkaitan lokasi rakaman di sana.
Turut serta dalam bengkel berkenaan ialah
Pelajar Latihan Industri....

idea perlu dicari..
perbincangan perlu ada...
Ceramah pertama di mulakan oleh ENCIK HAZRUL ABDUL HALIM,
Ketua Bahagian Multimedia, Penerbit UKM. Dia menceritakan
tentang penerbitan DOKUMENTARI...

makluamat perlu diselidiki.....
perlu kepada kerjasama..
Ceramah kedua oleh SDR. SHAHRUL FADLI ABD. RAHIM. Dia menjelaskan
tentang penulisan skrip dokumentari. Rasanya dia sesuai memberikan
ceramah berkaitan skrip dokumentari kerana
dia pernah menghadiri BENGKEL
PENULISAN SKRIP
di FINAS.

kerja berpasukan amat penting...
maklumat di hujung jari...
SEMENTARA itu SDR. KAMARUL BAHARIN SUPAAT pula menyampaikan
ceramah berkaitan PENGENDALIAN KAMERA. Dia menjelaskan
berkaitan penggunaan kamera video serta teknik2
membuat rakaman dan sebagainya..

....perlu rehat dan ambil angin...
 SDR. JASRIL AMRY pula menjelaskan berkaitan PROSES PENYUNTINGAN
dengan menggunakan software PREMIER PRO CS.
SELEPAS selesai sesi ceramah, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan
serta diberi 3 tajuk dokumentari berkaitan MELAKA
untuk mereka cari maklumat dan menulis
skrip seterusnya.
Ini merupakan sesi penulisan skrip
secara kasar atau 'DRAFT SCRIPT'. Mereka juga menyiapkan
STORYBOARD untuk memudahkan kerja rakaman dan penyuntingan kelak.

ESOK merupakan sesi shooting di sekitar
BANDARAYA MELAKA yang 
bersejarah......
K.............................sekian.

....terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria