Monday, February 25, 2013

...tamAN PANtun laGI...


....mula untuk rakaman..
 HARI ini aku dan sdr. shahrul fadli berkunjung lagi ke TAMAN PANTUN UKM
untuk membuat rakaman 'footage' yang masih belum dirakam
untuk suntingan multimedia ATMA...

salah satu sudut yg cantek...
 Kami bergerak ke taman berkenaan lebih kurang jam 11.00 pagi sebab awal
pagi cuaca amat mendung dan tak cantek untuk rakaman video...
Keluarkan tripod dan kamera namun kami tak 
boleh merakan kerana kamera
punyai wap air kerana
sejuk pada lens nya.

cantek kan....?
 Setelah setengah jam kami pun mulakan rakaman. Sebelum tu kami tinjau dulu
sudut yang cantek untuk untuk dirakam.

hijau....
 Dalam masa membuat tinjauan tersebut seekor 'beruk' secara perlahan-lahan
datang ke arah kami. Mungkin dia nak makan kut atau
mungkin sebelum ni ada orang
yang dah membiasakan
memberi makanan
kepadanya...

rakam...
 Beruk tersebut terus mengekori kami. Dalam masa menjauhkan diri darinya
sdr. shahrul terus membuat rakaman. Beruk tersebut masih terus
mengekori. Macam jinak jer beruk tu..........
Akhirnya beruk tu terus mengekori
pekerja kontrak yang sedang
bekerja membuat
 'renovation'
terhadap istana lama tersebut.
Selesai rakaman aku dan shahrul terus balik ke pejabat
dan shahrul terus menyambung keje-keje suntingan video berkenaan.
Esok perlu diserahkan kepada ATMA untuk ditonton
dan jika ada yang perlu diubah cuma tinggal
hari RABU jer sebab hari KHAMIS
video tu dah nak diguna....
moga semuanya selesai dengan baik...................................................

bilik senat
Waktu petang aku pergi mendengan taklimat sppu
pada jam 2.30 petang dengan en. hazrul dan haji mail. Lebih kurang
sejam taklimat tu, dapatlah jugak sedikit sebanyak
yang tersangkut di kepala maklumlah
petang-petang memanglah mengantuk sikit......

...sekian, terima kasih kerana membaca....
DAUD.montakzakaria