Sunday, February 24, 2013

sunTING...SUNting....sunTING....

HARI ini dan semalam datang pejabat bersama sdr. shahrul fadli kerana
cuba menyiapkan suntingan video untuk ATMA yang
akan digunakan pada 28 FEB. 2013 ini...

sdr. shahrul....

taman pantun...
 RASAnya kami perlukan masa lagi untuk siapkan suntingan multimedia untuk
ATMA ini. Ada 'footage' yang perlu dirakam esok pagi.
Harap ada yang membantu kami membuat rakaman
esok. Aku bercadang untuk mengajak
rakan buat rakaman tersebut
sementara sdr. shahrul terus
buat suntingan...namun
aku belum bincang
hal ini dengan
sdr. shahrul...


pesta ang pau..
 Esok pulak tu macam sibuk jer, sebelah petang ada taklimat SPPU yang aku harus 
hadir bersama en. hazrul dan haji ismail....Esok petang ada pulak mesyuarat,
tak tau sape yang akan pegi, harap ada krew UAV yang sanggup pegi.
Petang esok juga ada rakaman rombongan dari Abu Dhabi
untuk melawat PERMATA PINTAR dan ini akan
dirakam oleh sdr. JASRIL dan RAMLI..

angpau

angpau


HARI ini, disamping berbincang dari segi idea ketika sdr. shahrul membuat suntingan

TAMAN PANTUN aku membuat suntingan video PESTA ANGPAU.
Suntingan itu hampir siap, mungkin esok akan siap dan
akan cuba di 'upload' ke YOUTUBE...
HARI ini dan semalam aku balik ke rumah lebih kurang
jam 1.00 petang sementara sdr. shahrul fadli terus membuat suntingan.
Suntingan ini masih belum dapat disiapkan, muzik kena cari, 'footage' tambahan
juga kena cari. Video tu mesti disiapkan hari SELASA untuk diserahkan kepada ATMA.
Jika ada sebarang perubahan, ia hanya tinggal satu hari saja iaitu hari RABU.
Hari KHAMIS tak boleh buat apa-apa kerana hari berkenaan
akan digunakan untuk program di TAMAN PANTUN..


Sekian terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montakzakaria.