Tuesday, November 26, 2013

cUTi juGak waLau beLom luLus..

HARI INI dan ESOK aku cuti sebab ada hal yang tak boleh nak dielakkan. Bagaimana
pon permohonan cuti da aku buat beberapa hari yang lalu. Walau pon belum
diluluskan aku terpaksa gak cuti, tiada pilihan. Aku pon tak tahu
nape cuti aku belom diluluskan...mungkin pihak pengurusan
terlepas pandang kot.....bersangka baik jer kan...?

kamarul
shahrul
SEMALAM kami membuat shooting untuk PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG
UKM. Video tersebut merupakan video promo untuk DANA ENDAWNMENT
PTSL. Kami membuat rakaman dengan menggunakan kamera DSLR,
tidak menggunakan kamera video biasa yang kami
gunakan. Projek ini adalah dibawah ketua unit 
kami EN. HAZRUL ABDUL HALIM.

ptsl

Sebenarnya kebanyakan daripada kami, melainkan En. Hazrul, amat kurang pengetahuan
berkaitan pembikinan video dengan menggunakan DSLR. Kami biasanya guna
kamera video biasa. Oleh itu kami, TERUTAMANYA AKU, hanya
mampu membantu mana yang aku tau jer...terhad sangat
kemampuan aku dalam hal pembikinan video
menggunakan DSLR ni...jadi
banyak masa aku hanya melihat jer apa yang mereka lakukan.


HARI ini pon shooting di teruskan di Perpustakaan tersebut, tapi aku tak turut
serta kerana bercuti hari ini dan esok...............................

terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montakzakaria

Sunday, November 24, 2013

asEan jAZz FesTivAL

MALAM tadi, SABTU, 23 November 2013, kami membuat rakaman multiple
camera production atau MCP, program ASEAN JAZZ FESTIVAL di
DECTAR anjuran PUSAT KEBUDAYAAN UKM.

persiapan dan raptai....
persiapan teknikal
Persiapan awal iaitu pemasangan kamera-kamera dibuat seawal jam 6.00 petang 
bersama krew-krew yang lain. Kami gunakan 3 buah kamera.
Krew jabatan lain yang datang membantu
ialah sdr. SHOHAIMI, ROSLI,
YUNUS, YAN, SULIMI
dan HIDAYAH...

mula rakaman...
program berlangsung.. 
Malam ni, sdr SHOHAIMI dari PUSAT PENGAJIAN MEDIA DAN KOMUNIKASI,
FSSK bertindak sebagai PENGARAH STUDIO. YAN sebagai SWITCHER,
AMRY sebagai GRAFIK dan RAMLI serta SULIMI sebagai
JURU AUDIO sementara yang lain sebagai
JURUKAMERA....
MALAM tu aku sempat menjadi jurukamera
menggantikan HIDAYAH....Whaaaaa.....da lama tak pegang kamera,
terasa kekok pulak....Macam mana pon aku mampu kendalikan kamera selama
SATU JAM SETENGAH....o.k gak tu.....Bukan setakat lama
tak pegang kamera tapi dengan intercom tak
boleh dengar arahan, aku mampu
jugak buat shot secara by hearth...............bunyi persembahan
dalam dewan yang kuat bergema menyebabkan arahan pengarah studio
terus tenggelam........................

persembahan vietnam...
persembahan..
Rakaman kami berakhir lebih kurang jam sebelas setengah malam.
Selesai berkemas jam hampir menunjukkan jam 12.00
tengah malam. Tiba rumah da jam lebih 12.00
tengah malam..................
Tulah...pegi keje masih ada cahaya matahari, balik rumah da muncul cahaya bulan....
Jadi..................jika ganjaran 'tak diluluskan' tak taulah.......harus
diingat 'bayarlah upah sebelum keringatnya kering....'
Aku nak ucapkan TERIMA KASIH BEBANYAK kepada semua krew terutama
mereka yang datang membantu kami menyelesaikan tugas tersebut
dengan baik dan seterusnya mengelakkan jabatan terhindar
daripada 'complain'.................................
Aku akan edit video ni dan seterusnya tentu di upload ke YouTube.......tungguuuu....

....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.

Friday, November 22, 2013

5 sidang da siap....tinggal 3 lagi...

SETAKAT hari ini, JUMAAT, suntingan video MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE-41 
telah dapat disiapkan sebanyak 5 sidang. Kelima-limanya telah aku 'upload' 
ke YouTube. Jadi cuma tinggal 3 sidang jer lagi, sidang 6, 7 & 8.
Bagi mereka yang berkenaan silalah tonton di YouTube.

Esok pula, hari SABTU, kami akan membuat rakaman
MCP 'ASEAN JAZZ FESTIVAL' di
DECTAR, UKM.....

Kalau ada kesempatan aku akan
edit video ini dan 'upload' ke YouTube. Namun begitu bukan
dalam masa yang terdekat kerana ada tugas lain yang perlu diselesaikan
dahulu iaitu VIDEO KONVENSYEN KUMPULAN
INOVATIF DAN KREATIF peringkat UKM.
Jadi rajin2 ler pi ke channel YouTube
aku tu untuk semak video2
baru nanti.....






...k...terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Thursday, November 21, 2013

KumPULan inOVatiF & krEATif 2013

SEMALAM, Rabu, 20 November 2013, kami membuat rakaman MCP program
'Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Ke 18 UKM 2013.
Sebenarnya sebelum itu pada hari Selasa
 kami telah memasang peralatan teknikal di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh




Rancangan asal, program tersebut akan dirakam secara SCP, namun ada yang berpandangan
rakaman SCP akan menghadapi kesukaran kerana banyak screen digunakan
dan ramai peserta kumpulan yang akan bercakap
dalam program tersebut.
Jika gunakan secara SCP rakaman akan sukar dibuat. 
Jika rakaman SCP dibuat, ia akan membebankan pengendali kamera SCP
yang akan membuat rakaman tersebut dari pagi sampai petang. Jadi MCP adalah jalan
yang terbaik yang dapat berkongsi beban kerja berkenaan secara bersama
serta memperoleh hasil rakaman yang
terbaik..................



Oleh itu keputusan diambil untuk membuat rakaman program tersebut secara MCP. Jadi akhirnya
kami membuat tugas tersebut dengan menggunakan 3 kamera. Tugas MCP perlukan
kerjasama daripada semua ahli bermula dari perancangan
dan juga pemasangan alatan. Tanpa kerjasama,
tentu akan membebankan ahli
yang lain...


Kerja MCP perlu kepada kerjasama dalam merancang. Rancangan secara bersama dan
melakukan secara bersama akan menguntungkan semua. Rancangan awal perlu 
supaya tidak berlaku masalah kemudian. Kita perlu merancang bersama
untuk mengelakkan daripada meletakkan sesuatu kesalahan
kepada orang lain bila timbul masalah. Pendek kata
tugas MCP ialah merancang bersama
dan bekerja bersama....
Program tersebut telah kami rakam dengan
licin dan lancar bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Sudah ada
yang inginkan salinan video tersebut. Namun video tersebut perlu disunting sebelum
diedarkan kepada mereka yang ingin memiliki salinannya. Aku juga bercadang
untuk upload video tersebut ke YouTube setelah diedit...tunggu jer...
La ni tengah sibuk membuat suntingan video KONVO
UKM KE 41, masih belum siap...
ada lebih kurang 3 sidang sahaja..............................................
Apa-apa pon terima kasih kepada semua krew yang
terlibat dalam rakaman MCP KIK tersebut.........................................

* Keputusan penuh KIK boleh didapati di SINI

....terima kasih kerana sudi membaca.............
DAUD.montak.zakaria.

Wednesday, November 13, 2013

iViC.....?

HARI ini, 13 November 2013, kami membuat rakaman MCP di Hotel Equatorial Bangi.
Persiapan teknikal telah kami buat semalam(selasa) hingga jam 9.30 malam
baru selesai. Banyak masalah yang berlaku,
tapi ALHAMDULLLAH, hingga 
kerja rakaman pagi ni dibuat, hampir sepenuhnya dapat diatasi.




Bukan saja rakaman dibuat malah ia terus dipancarkan ke layar. Ini bermakna
apa2 kelemahan yang berlaku akan kelihatan semuanya
di layar tayangan. Orang lain tak mau taupon
apa masalah kita ketika siapkan
peralatan tersebut.....
Itulah cabarannya bila kita melakukan
tugasan untuk program 'live' untuk layar tayangan. Ia mesti diselesaikan
dengan sempurna. Oleh itu jika kita masih belum mahir melakukan kerja2 macam ni
eloklah cari tempat lain untuk buat kerja....oooopppsstt.....!
Aku pon kena pindah gamaknyer...ekeke...




Program yang kami rakamkan tu ialah 3rd. INTERNATIONAL VISUAL INFORMATICS CONFERENCE. Kami cuma membuat rakaman semasa majlis perasmian jer.
Dijangkakan MENTERI PENDIDKAN II yang merasmikan
program berkenaan. Oleh kerana masalah
tertentu, dia tidak dapat hadir
dan wakilnya yang
telah merasmikan program berkenaan......




Apa2 pon terima kasih kepada semua krew iaitu sdr. SHAHRUL, JASRIL, RAMLI, 
KAMARUL dan tak lupa HAJI IZAD......

sekian, terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Sunday, November 10, 2013

fesTIval gaMELan daTAng LaGi...



HARI ini, Sabtu, 9 Oktober 2013, kami membuat rakaman 'FESTIVAL GAMELAN
MALAYSIA 2013' di PANGGUNG SENI UKM. Sebenarnya kami
memang setiap tahun membuat rakaman festival
gamelan ini......

scp  jer.....
pembukaan...
tnc diperkenalkan kepada universiti2...
Kebiasaannya kami membuat rakaman penuh festival gamelan ini dengan menggunakan
berbilang kamera atau MCP. Namun malam ini jam 8.30 lebih
kurang, kami cuma membuat rakaman penuh
dengan menggunakan sebuah kamera
sahaja..........



kisah gamelan...
HAL sedemikian berlaku kerana satu masalah yang tidak dapat kami elakkan, terpaksa
rakam program ini dengan SCP jer....apa nak buat.....
Namun begitu SCP yang kami jalankan
ini mungkin jugak mampu
menghiburkan bila aku telah siapkan proses
suntingannya dan juga bila aku 'upload' kan ke YouTube nanti....nantikan jer
video ini di YouTube tidak berapa lama lagi.....

universiti petronas....
penutup...
penutup...
Kami membuat rakaman tersebut lebih kurang 2 jam lebih. Dalam jangka masa tersebut
kami melekat jer kat kerusi di PANGGUNG SENI tu....nak kuar pon
tak boleh sebab di kiri dan kanan sesak dengan penonton...
ramai jugak penonton pada malam tu....tak sangka
ramai gak peminat gamelan ni...

sesi fotografi...
Sebenarnya semasa rakaman MCP, yang lepas-lepas, aku memang tidak berpeluang
 duk dalam dewan ni
sebab sibuk mengendalikan MCP dari dalam studio bersama
rakan-rakan...Malam ni aku berpeluang
duk bersama-sama penonton...
Persembahan malam ni agak menarik, disamping muzik gamelan
klassik terdapat juga alunan muzik gamelan yang moden dan rancak....aku suka 
dengan persembahan gamelan dari universiti petronas yang
rancak dan gamelan ukm yang tidak
kurang rancaknya
dengan pelbagai alat muzik selain daripada alat muzik gamelan....
nantikan videonya yang akan aku 'upload' ke
YouTube..........
Terima kasih bebanyak kepada sdr. SHAHRUL dan KAMARUL......

....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.

Friday, November 8, 2013

suKum ke-38 LaGi...



HARI ini, Jumaat, 8 oktober 2013, kami membuat rakaman SUKUM 38.
Sebelah pagi kami membuat rakaman FINAL PING PONG
antara UKM dan UiTM di DEWAN
GEMILANG UKM





Kami berada di DEWAN GEMILANG tak lama ponnnnn......mungkin
lebih kurang sejam kut. Kami kemudia kembali ke pejabat.
Aku selesaikan tugas transfer KONVO UKM
SIDANG 2 ke pita untuk
arkib.....ada yang kata rakaman untuk arkib
tak penting sangat pon kerana tak menyumbang kepada pengantarabangsaan..
opst! betul ker ayat aku tuuuu.....



KEMUDIAN selepas solat Jumaat kami bergerak pula ke UPM iaitu DEWAN
SERBAGUNA, PUSAT SUKAN UPM untuk membuat rakaman
video FINAL TAKRAW ....UKM masuk
final..........................
Kami rakam hingga regu kedua sebelum kami
gerak kembali ke UKM... Tiba UKM jam hampir pukul lima............
Aku bercadang untuk gunakan 'footage' yang sedia ada pada kami ni untuk membuat
penerbitan video...mungkin tak menarik tapi ada jugak ler untuk
ditonton di YouTube nanti...............

....sekian kerana sudia membaca dan TERIMA KASIH BANYAK
kepada SDR. SHAHRUL & KAMARUL....esok, Sabtu
ada assignment lagi......

DAUD.momtak.zakaria

Wednesday, November 6, 2013

suKum 38



HARI ni, RABU, 6 OKT. 2013, kami membuat rakaman beberapa acara sukan
dalam kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia. Tak banyak pon
acara yang kami rakam........




Sebelah pagi kami membuat rakaman perlawanan Ping Pong di DEWAN GEMILANG.
Sebelum tu kami cuba membuat rakaman perlawanan bola sepak.
Namun disebabkan hujan turun, kami terus bergerak ke 
DEWAN GEMILANG.




Selepas membuat rakaman acara pingpong, kami bergerak kembali ke padang
A untuk membuat rakaman bola sepak. Dapatlah juga membuat sedikit
rakaman perlawanan bola sepak yang dah tinggal
beberapa minit jer lagi..



Sebelah petang kami membuat rakaman perlawanan acara tarik tali pula. acara
ini bermula pada jam 4.00 petang. Tak lama pon kami berada
di sini. Dalam acara ni UKM tewas kepada UM.
Malam ni sdr. SHAHRUL dan KAMARUL membuat rakaman
perasmian SUKUM KE - 38 di STADIUM UKM pula.................................
...esok kami akan turun lagi untuk membuat rakaman acara sukan berkenaan.....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria