Thursday, December 20, 2012

PERsembahan seNI Ukm 2012 (festival seni)


 .....persiapan teknikal...

Malam tadi, Rabu, 19 Disember 2012, kami membuat rakaman MCP lagi...
Mungkin ini rakaman MCP waktu malam yang terakhir untuk
tahun 2012 yang bakal melabuhkan tirainya
dalam beberapa hari lagi...

 ....persiapan teknikal...

 ...persiapan teknikal...

 ....rehat selepas persiapan....

 ....masih sempat membantu walaupun bertugas di luar kawasan...tQ.

Aku masih lagi BERCUTI panjang sebenarnya, bagaimanapun cuti aku 
 tu tidak mampu menghalang aku untuk datang membantu rakan2 dalam kerje
rakaman MCP berkenaan...kisah aku pun tidak cuti atau tidak
yang penting mana yang boleh aku bantu, akan aku
bantu.................opst!

 ....ada yang bimbang bila paparazzi pegang kamera...

 ....foto kenangan...mungkin ini MCP waktu malam
yang terakhir untuk tahun 2012 ni...

 .....tumpuan....

 ....monitor....

Seperti biasa aku gerak dari rumah jam 6 ptg dan tiba di dectar jam 6.20 ptg. lebih
kurang....Tiba di studio kelihatan sdr. shahrul dan haji izad sedang
buat persiapan...begitu juga dengan sdr. ramli...dan
kamarul baharin......

 ....program berlangsung....

 .....dikir barat....

 ....tarian....

Kami memasang tiga buah kamera serta menyelesaikan persiapan audio. Dalam panggung
seni kelihatan persiapan teknikal untuk persembahan oleh staf pusat kebudayaan
dan pelajar yang terlibat....Raptai permainan alat muzik serta raptai
nyanyian juga berlangsung sama.....

 ....pengacara...

 ....nyanyian...

 .....persembahan...

Selesai persiapan teknikal, kami berehat serta ada yang pergi makan kemudian
mengadap maha pencipta dan seterusnya tunggu persembahan bermula 
yang dijangka pada jam 8.15 malam.......
Dalam masa tersebut jurukamera
bantuan datang sorang
demi seorang...
Lebih kurang jam 8.30 malam
acara pun bermula....Terdapat pelbagai persembahan
dipersembahkan oleh pelajar kokurikulum yang mengambil subjek berkenaan
Ini merupakan persembahan mereka....
Malam ini antara krew bantuan yang dapat hadir ialah
hidayah, syarina, watie, hafiz taib, JI, hasnah....................krew UAV yang 
bertugas di kuala lumpur pun turut balik ke bangi untuk
membantu rakan2 di bangi...maklumlah kekurangan
krew akan menyukarkan tugas rakaman
mcp yamg memang perlu krew
yang agak ramai.....
terima kasihlah kerana sanggup
menempuh jalanraya yang jem untuk tiba di bangi....
Aku mengendalikan arahan dari dalam main control room hanya sejam
yang pertama sebelum diambilalih oleh sdr. kamarul hingga
tamat program tersebut berlangsung....
Antara persembahan pelajar kokurikulum berkenaan
ialah tarian, nyanyian, nasyid, cak lempong,
muzik moden dan...banyak lagi...
takpe ler nanti aku akan
buat suntingan
dan 'upload' kan video
tersebut ke 'youtube'....tunggu jer lerrr............................

....duk hotel five stars, sebijik limau jer
yang dibawak....ermmmm...opst! jangan mare...........anggap
jer sebagai sebuah gurauan dini hari.....

Rakaman tersebut tamat lebih kurang jam 11.00 malam dan kami pulang ke teratak
masing2 selepas semua peralatan disimpan....Aku ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua krew yang membantu
menyelesaikan tugas rakaman MCP berkenaan iaitu...
shahrul fadli, kamarul baharin, ramli,
haji izad, siti suraya...sian sebab
tersangkut lama dalam
jem..., hidayah, syanana, watie,
hafiz taib, hasnah dan JI......
Aku rasa agak lega kerana berharap inilah rakaman
MCP yang terakhir untuk tahun ni....tapi...
di hujung masa sebelum pulang ke
rumah muncul pulak satu
berita yang disampaikan oleh shahrul....apa2 pun tunggu jer lah berita terakhir
esok.................................................................

.....sekian...terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.