Sunday, November 25, 2012

GENdang antaBANGSA Ukm...




HARI ini, sabtu, 24 november 2012, kami mempunyai tugas iaitu rakaman 
MCP atau Multiple Camera Production sebuah program
iaitu INTERNATIONAL DRUMS 
FESTIVAL anjuran
Pusat Kebudayaan
UKM di
Dewan Canselor Tun Abdul Razak, DECTAR,
UKM.


 ....persiapan teknikal...

 .....sebelum bertugas mesti isi perut dulu...

Macam biasa jugak persiapan teknikal dijalankan lebih awal dan ketika
aku tiba di studio jam 6.15, kelihatan sdr. shahrul, jasril dan haji izad
sedang membuat persiapan teknikal...

 .....tekun bekerja sambil wassup...opst!

 ....tumpuan mata ke screen...

 .....masa untuk mengisi ruang kamera hp....

Permulaan tiba di studio aku agak risau atau bimbang tidak ramai yang
datang membantu, maklumlah bila aku warwarkan kerja tersebut
FB dengan harapan ramai krew akan hadir, tidak ramai yang 
memberikan respon yang positif...
masing-masing ada komitmen
mereka sendiri....

 ....pengarah studio....

 .....dengan harapan tidak akan lupa lagi....'orang tu' pun
hadir keje malam ni.......

 .....bilik kawalan audio...

Krew bantuan mcp iaitu junior ada kerja dengan projek student masscom, 
JI ada kerja membantu penyelidikan di luar kawasan,
wafiy ada kenduri, khaidir pula adik bertunang
dan yang lain2 tiada jawapan yang konkrit...

 ....arenim....aku amik foto hang, jangan marah k.....

 ....arenim....aku amik lagi foto hang....

 .....mata masing2 lekat di monitor....

Nasib baik masih ada lagi beberapa orang krew yang dapat membantu
termasuk dari ukm kampus Kuala Lumpur.....tq...bebanyak....




Program ini menampilkan persembahan pukulan gendang dan tarian daripada IPT
dalam negara dan luar negara. Antara kumpulan yang
mengambil bahagian ialah UKM, UPM,
Universiti Thailand, Filipina, Indonesia,
Vietnam dan sebagainya..
Menurut krew kami dalam dewan, terdapat sebuah krew dari 
sebuah stesen tv datang  membuat liputan....
tak tau aku untuk  apa gunanya
'footage' yang dirakam tu..



Agak menarik jugak persembahan mereka pada malam tersebut. Aku
akan membuat suntingan video ini dan akan di 'upload' ke You
Tube dalam saiz fail yang kecil.......sesiapa yang berminat
 untuk mendapatkan salinan silalah berhubung 
dengan Penerbit UKM Bangi.....
Di sini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua krew iaitu YUNUS MISDI,
YUSRI, SULIMI, WATIE, HIDAYAH,
HASNAH, ARENIM, HAFIZ
TAIB,  SHAHRUL,
KAMARUL, HAJI IZAD,
JASRIL AMRY, SITI SURAYA, dan yang
aku lupa nak sebut tu harap maafkan aku....

FAESAL KASSIM yang janji nak hadir nampaknya
tidak mampu hadir mungkin berada jauh dari Selangor. Ada 
sorang lagi macam BERJANJI nak hadir untuk
melihat kami membuat rakaman MCP
nampaknya jugak tidak mampu
untuk menghadirkan diri...
k lah...mana2 lahhh...
....terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria