Friday, November 16, 2012

...gaZA...oh GAza...



HARI ini aku ingin menulis lagi berkaitan perkara yang bukan berkaitan
tugas harian aku.....Aku ingin menulis berkaitan
Gaza yang menjadi negara
penduduk Palestin.


Sebagaimana yang kita ketahui sekarang ini berlaku lagi pencerobohan
yahudi Israel terhadap negara Gaza Palestin tersebut.
Beberapa orang pejuang telah syahid termasuk 
AHMAD AL-JABARI, komander
bersenjata HAMAS,
Briged Izzudin al-Qassam.


Mungkin ini sebagai permulaan untuk Yahudi menceroboh kembali
GAZA setelah selesai pencerobohan dalam tahun
2008 yang lalu yang tidak mencapai
objektif antaranya untuk memusnahkan
senjata pejuang ISLAM GAZA.....


Tanah Palestin memang telah menjadi medan rebutan pelbagai pihak
sejak sebelum masehi lagi. Semenanjung Gaza ini terletak di 
sempadan Mesir di sebelah barat daya dan Israel di 
timur dan utara.
Keluasan Gaza ialah
lebih kurang 365 kilometer persegi
dengan penduduk yang berjumlah 1.7 juta
orang. Majoriti penduduk Semenanjung Gaza
ialah Palestin Islam Sunni.


Gaza pernah dijajah oleh Israel dalam peperangan 6 hari dalam tahun 1967.
Israel meninggalkan Gaza dalam tahun 2005. Sejak Julai 2007
Hamas membentuk kerajaan di gaza selepas
pilihanraya Palestin tahun 2006.
Dalam tahun tersebut
Hamas telah memenangi
pilihanraya Palestin namun Fatah
tidak mahu menyerahkan kuasa lalu Hamas
diistihar oleh Fatah sebagai kumpulan pengganas atas tekanan US.
Oleh itu Hamas mengambil kuasa secara kekerasan
dan mendirikan kerajaan di Gaza sejak tahun
2007 sementara Fatah di Tebing Barat.
Perang atau pencerobohan
terbesar berlaku terhadap Gaza oleh Yahudi Israel
dalam tahun  2008. Pencerobohan selama 22 hari tersebut
telah mengorbankan lebih kurang 1,400 orang palestin yang kebanyakan
adalah orang awam serta melemahkan ekonomi dan memusnahkan
infrastruktur Gaza. Di pihak Israel, mereka kehilangan
13 orang askar yang terbunuh dalam
pencerobohan tersebut..
Kali ini...YAHUDI ISRAEL menceroboh lagi...
dan sebagai saudara se ISLAM kita sewajarnya berdoa untuk
mereka jika kita tidak mampu berjuang
bersama mereka.....
...terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria