Wednesday, October 31, 2012

....sONy...oh...SonY....


Minggu ini disamping sibuk dengan tugas rakaman video yang diminta oleh pelanggan,
kami juga sibuk dengan kerja penyuntingan video Majlis Konvokesyen
UKM Ke 40.....suntingan perlu dilakukan untuk membuang
visual yang tidak perlu, itu yang utama...
Ia perlu disunting sebelum diedarkan kepada pelajar yang
membuat tempahan untuk mendapatkan video
tersebut..............................


HARI ini juga aku ingin menulis  perkara yang tidak berkaitan dengan tugas
rutin kami seharian sebagai krew penerbitan video...


Apa yang aku ingin tuliskan ialah kami telah didatangi oleh seorang eksekutif
dari sony malaysia untuk membuat tinjauan berkaitan peralatan
penerbitan yang penerbit ukm miliki di bangunan 
penerbit dan di studio ukm.....


Pada umumnya dia berkunjung ke studio ukm dengan tujuan  mencari ruang 
memperkenalkan peralatan audio visual keluaran sony melalui promo 
yg mungkin diadakan di masa akan datang....mungkin dalam
masa yang terdekat.. Dia cuba mencari apa keperluan
peralatan yang kami perlu dalam kerja
penerbitan kami......
Yang hadir dalam pertemuan di dectar tersebut ialah aku, sdr. shahrul, kamarul,
jasril amry dan feisal kassim.....Perbincangan dengan eksekutif tersebut
iaitu emi hasniza dari sony malaysia mengambil masa lebih kurang 
sejam sebelum kami berserai dari studio ukm dalam 
gerimis hujan.......................
....terima kasih sebab sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria