Monday, October 22, 2012

SIdang 5 & 6 konVO UKm ke 40 pula....

HARI ini 22 Oktober 2012...kami menyambung tugas membuat rakaman video MCP
Majlis Konvo UKM Ke 40 di DECTAR....



Macam biasa persiapan dibuat seawal jam 7.00 pagi...'on' kan peralatan dalam studio,
pasang kamera dalam dewan, di bawah dan tingkat atas, on kan monitor
di atas pentas dan belakang pentas dan sebagainya....


Setelah semuanya selesai lebih kurang jam 7.45 am, semua krew pi minum
pagi di tingkat atas...namun ada gak yang tidak pi minum,
termasuklah aku....cuma pagi ni jer aku ikut
shahrul pi minum setelah semuanya
selesai dalam studio...


Sebenarnya aturcara majlis bermula jam 8.00 pagi iaitu perarakan graduan
masuk ke dewan..........


Sebelum rakaman, semua krew bersedia di posisi masing-masing iaitu kamera,
fm, switcher, audio, grafik dan sebagainya sebelum
perarakan bermula jam 8.00 pagi...


Semua krew berkerjasama diantara satu dengan yang lain, MCP bukan kerja 
individu tapi kerja berkumpulan....seorang buat silap akan
wujud kecacatan pada bahan rakaman...


Lorong ini akan sepi apabila masing-masing menjalankan tugas masing-masing
di posisi yang telah ditetapkan....


Selesai rakaman sidang 5, semua krew naik ke tingkat atas untuk sarapan
tengah hari. Selesai makan ada yang berehat, ada yang bukak internet 
untuk lihat fb dan sebagainya sementara menunggu
waktu solat zohor....



Sidang 6 bermula jam 2.00 petang dengan perarakan graduan masuk ke dewan...
Kali ini aku ambil peluang untuk mengendalikan kamera video. Rasa gian 
sebab lama dah tak pegang kamera MCP. Aku siapkan
tugas aku dalam konti terlebih dahulu sebelum
naik tingkat atas untuk mengendalikan
kamera 4.........


Aku tak mahu kehilangan skill mengendalikan kamera MCP jika lama
sangat aku tak mengendalikannya....aku tak kisah pun kalau ada
yang menganggap aku tidak wajar mengendalikan
kamera...kisah pun tidak.....yang penting
hati aku gumbira.....
...esok petang cuba kendalikan
kamera 2 pula jika tiada apa-apa aral.....


Selesai rakaman MCP di DECTAR...aku dan sdr. shahrul serta
jasril pi ke penerbit ukm untuk membuat suntingan
video ucapan salah seorang penerima
gelaran doktor falsafah
dari Thailand. Tan Sri Naib Canselor
hendakkan DVD tersebau pagi esok.....keje selesai
jam hampir 8.00 malam sebelum bergerak
pulang....

Dalam beberapa hari ini iaitu dah 3 hari kami mengendalikan rakaman dan
siaran 'live' dalam dewan...aku sentiasa cuba tidak menyakiti sesiapa
pun di kalangan ahli krew yang bertugas....sentiasa jer
menjaga hati setiap individu supaya tidak
terguris....ini bukan bermakna
di masa yang lain tidak
begitu, tapi dalam kerja MCP
majlis konvo ini hati masing2, perlu dijaga lebih
baik lagi. Kerja kumpulan macam ini memang perlu
bersikap sedemikian....Bayangkan kalau pengendali grafik atau switcher dan
sebagainya merajuk..... tentu susah...tugas dah tentu akan menjadi
tidak keruan...lainlah jika aku punya banyak tangan macam 
octopus, maka tak perlulah aku kepada bantuan
orang lain....sebab punyai banyak
tangan untuk kendalikan semua peralatan...tak gitu...?
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
dan maaf kiranya ada yang terguris hati.....k...?

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...dan maaf kerana tulisan yang
 tak menarik ini sebab aku bukan seorang penulis yang mampu menulis 
dengan baik...yang mampu membuai perasaan pembaca
 ketika membacanya ...........................
DAUD.montak.zakaria