Tuesday, October 2, 2012

Rumah Peranginan Persekutuan Morib..

RUMah peraNGInan moRIB..


HARI ini video RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB yang
telah diusahakan oleh PELAJAR LATIHAN INDUSTRI di
PENERBIT UKM telah dapat disiapkan.
PELAJAR yang terlibat ialah MOHD ARIFF MOHD SAID,
SITI FARAH NADIA SUPA'AT, NURUL AFIFAH
SAHARUDDIN dan MOHD SUFIAN WAN
ABDUL RAZAK sementara FEISAL
KASSIM menyambung kerja
penyuntingan yang telah
dimulai oleh SITI
FARAH.
Selain FEISAL KASSIM
pelajar yang lain telah meneruskan kembali
pengajian mereka di JABATAN DAKWAH FAKULTI
PENGAJIAN ISLAM UKM. Mereka memulakan kerja2 rakaman
atau produksi dan penyuntingan atau pos produksi sejak bulan puasa yang
lalu. Meraka kembali masuk kuliah untuk tahun ketiga selepas
HARI RAYA yang lalu. Kerja-kerja penyuntingan
telah disambung dan diselesaikan oleh
saudara FEISAL iaitu PELAJAR
LI TAHUN 3 dari UNIKL.
Dia akan menamatkan Latihan Industrinya
dalam bulan NOVEMBER nanti. Dalam penerbitan
ini kami bertindak sebagai pembantu untuk mereka menjayakan
projek demikian. 
Pandangan aku projek mereka telah berjaya
kerana mereka telah mampu menyiapkan sebuah penerbitan
SCP atau SINGLE CAMERA PRODUCTION
yang sempurna bagi mereka yang baru
mula dalam bidang ini.
Sebenarnya sesebuah projek 
yang  besar bermula dari tahap yang
lebih kecil terlebih dahulu. Mungkin ada sedikit
kekurangan dalam projek ini tetapi ia masih boleh diterima
dan boleh diabaikan bagi 'beginner'. Mana mungkin
sebuah projek yang besar terus terjadi tanpa
bermula dari bawah...kan gitu???
Apa-apa pun tahniah untuk mereka semua, moga pengalaman
yang telah mereka kutip semasa LI mampu menjadi
pemangkin untuk mereka terus maju....

....sekian kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria.