Tuesday, September 11, 2012

...berMULanya BEngkEL penyUNTIngan ViDeO...


....awal pagi lagi...

HARI ini, 11 SEPT. 2012, bermulalah BENGKEL PENYUNTINGAN VIDEO
di PENERBIT UKM. Bengkel ini diadakan dari 11 - 14 SEPT. 2012,
iaitu selama 4 hari.

 ....ni lah bilangan peserta yg terdiri drpd staf ukm...

Sebenarnya bengkel ini adalah anjuran  UNIT LATIHAN PEJABAT PENDAFTAR,
tapi ia dikendalikan oleh PENERBIT UKM.


Hari pertama lebih kepada teori iaitu GERAK KERJA KAMERA, PENGENALAN
KPD PENYUNTINGAN, KERJA SUNTINGAN DGN PRO CS4...


Hari ini jugak setiap kumpulan diberi masa untuk menyiapkan SKRIP dan 
STORYBOARD pada sesi petang...


Sebenarnya setiap peserta diberi masa lebih dua jam untuk siapkan
skrip dan storyboard berkenaan. Dari pemerhatian, mereka telah
dapat menyiapkan skrip dan storyboard selepas
masing-masing memerah otak
untuk menghasilkan
idea..


 ....serius dengan idea dan skrip yang dibincangkan...


...tekun dengan kumpulan untuk selesaikan skrip dan storyboard..


....harap mereka semua faham dengan semua yang dicurahkan oleh penceramah
dan fasilitator...


...contoh 'storyboard' yang aku sertakan semasa mengendalikan sesi
percambahan idea, penulisan skrip dan storyboard tersebut...


....sempat 'posing' ketika sesi skrip dan storyboard tersebut...


...ini cuma sesi rehat...

Sebenarnya banyak faedah bengkel yang diwujudkan ini....antaranya, dapat
memberi pengetahuan kepada yang cintakan pelbagai ilmu,
dapat menambahkan jam credit untuk kehadiran
bengkel yang telah ditetapkan untuk
setiap kakitangan ukm dalam
setahun dan
tidak boleh dinafikan, bengkel 
ini mampu menemukan rakan-rakan
seperjuangan atau rakan-rakan yang telah
berpuluh tahun tidak ketemu secara 'face to face',
bukan gitu?

...k....esok sambung untuk hari kedua pula....

BENGKEL PENYUNTINGAN HARI KEDUA...12 Sept. 2012



Hari Kedua Bengkel Penyuntingan Video dipenuhi dengan kerja-kerja
shooting, dimana dalam fasa penerbitan video ia terletak
dalam FASA PRODUKSI.


Aku lebih suka bengkel ini dijalankan dengan memasukkan kerja2 kamera. Dengan cara
ini peserta akan dapat mengetahui cara kerja-kerja shooting dibuat dan dalam
masa yang sama akan mahir dan mampu mengetahui juga cara
membuat kerja-kerja penyuntingan. Semuanya dilakukan
oleh peserta dengan ditunjuk ajar oleh fasilitator... 
Kami menggalakkan mereka membuat video yang ringkas iaitu dibawah 2 minit.
Kebanyakan penerbitan yang mereka lakukan adalah dalam genre PSA.


Kumpulan-kumpulan berkenaan membuat penggambaran masing-masing
di lokasi sekitar, dalam kampus ukm sahaja.


Ada kumpulan yang membuat PSA berkaitan 'parking lot' untuk OKU...


Skrip dan storyboard telah disiapkan semalam sehingga selesai....
hari ini cuma dilakukan kerja shooting pada
awal pagi...


Dari pemerhatian aku, kebanyakan daripada mereka telah banyak mengetahui
berkaitan terma-terma dalam kerja-kerja shooting...
Perlu diingat, antara yang penting dalam
kerja shooting ialah continuity
dan jangan 'cross line'..
dan banyak lagi
terma-terma yang perlu diketahui,
nak tau? sila sertai bengkel penyuntingan video kami yang dijalankan
setahun sekali.....


continuity, frame size, cu, mcu, ms, jumping, extreme cu dan sebagainya
mungkin merupakan perkataan baru bagi yang pertama kali
mengambil bahagian dalam bengkel video dan
merupakan ungkapan yang sudah
biasa bagi mereka yang
dah lama
berkecimpung dalam kerja-kerja video...


Perlu diingat, dalam penerbitan video perlu kepada kepakaran dan peralatan,
jika kepakaran tinggi melangit tanpa peralatan, ia akan menjadi hiasan
masa pembentangan sahaja. Ia tidak akan
berguna dan cuma menjadi hiburan telinga dan mata. 
Begitu juga jika peralatan  merupakan
peralatan yg canggih tapi kepakaran
tiada, juga tidak berguna....
ia akan menjadi gajah
putih besi yang
akan berkarat...


Selesai sesi atau fasa produksi atau shooting, setiap kumpulan memulakan
kerja penyuntingan. Footage yang dirakam di digitise ke dalam
komputer penyuntingan.....


Footage yang telah di digitise di preview sebelum ia disunting mengikut
skrip yang telah di tulis dan storyboard yang selesai dilukis....


Proses penyuntingan bukanlah satu tugas yang mudah, bukan semudah makan
kacang goreng masin..... jika footage dirakam
tidak mengikut apa yang dirancang, ia tentu akan menyukarkan
kerja-kerja penyuntingan....


 Kerja penyuntingan setiap kumpulan telah ditamatkan pada jam lebih kurang
5 petang dan akan disambung lagi hari esok.....


HARI KE - 3


HARI ketiga jumlah peserta masih lagi sama bilangannya. Mereka masih
bertenaga untuk membuat kerja-kerja penyuntingan.


Mereka meneruskan suntingan dengan di tunjuk ajar sedikit sebanyak oleh
fasilitator yang sentiasa berada bilik dingin penerbit ukm.


Untuk menjadi bahan peleka ketika kerja penyuntingan, inilah dia. Apa yang
aku lihat mereka agak mampu membuat kerja suntingan projek
kumpulan berkenaan.....


Esok, hari terakhir bengkel berkenaan. Kerja kerja penyuntingan hari ini
berterusan hingga waktu akhir pejabat. Ada kumpulan yang dah
hampir selesai dengan kerja mereka. Namun ada jugak 
akan buat rakaman esok untuk 'touch up' apa
yang kurang..............
Hampir jam 5.00 petang peserta tinggalkan bilik
dingin sendiri lagi hari ini dengan
meja yang ditemani oleh
fail-fail peserta...
K...jumpa lagi esok..... 
...terima kasih kerana sudi membaca....
DAUDmontakzakaria.