Saturday, September 8, 2012

...minGGU mesRA pelaJAR, jumaat 2012


 ....krew di konti...farah, afifah & siti suraya...

Minggu ini iaitu hari Isnin dan Jumaat kami membuat rakaman Multiple 
Camera Production atau MCP di DECTAR. Program yang kami 
rakamkan ialah Program Minggu Mesra Pelajar
Baru UKM sesi 2012/2013.

....majlis ikrar pelajar...jurukamera tu pelajar LI
ustaz areef, fpi ukm....

 'Sorry to say' kami tidak berapa jelas dengan jadual program ini. Kami 
lakukan rakaman mengikut apa yang kami buat sprt tahun-tahun
yang lalu. Aku cuma sempat memohon jadual
program berkenaan dari pihak
JPPel beberapa hari 
sebelumnya....

 .....majlis ikrar pelajar baru...

Walau bagaimanapun kami lakukan tugas tersebut walaupun jadual kami
dalam kesamaran, maklumlah kami tak mahu membentuk atau
mencipta apa-apa rasa ketidak puasan hati di
kalangan sesiapa saja....itulah
tanggung jawab kami...

 ....kedua2 pelajar LI di penerbit ukm....faisal dan ustaz areef...

Program yang kami rakamkan ialah hari Isnin, taklimat TNC dan Bersama 
Pemimpin. Sementara hari Jumaat ialah Ikrar Pelajar, Penyerahan
Kad Diskaun oleh menteri dan juga Malam Seni
berputik. Semua program berlangsung
di DECTAR. Selain daripada
hari2 berkenaan, kami
tiada rakaman.

 ...penyerahan kad diskaun pelajar....

Sebenarnya bukan pelajar jer keletihan malah kami juga keletihan dalam 
rakaman MCP ini. Maklumlah peralatan perlu disiapkan
dan juga krew bantuan perlu dicari. Biasalah, waktu
pejabat kami sukar mendapatkan
khidmat staf dari jabatan
lain kerana mereka
pun mempunyai
tugas mereka sendiri, maklumlah
mereka juga menerima pelajar baru yang memerlukan
persiapan tertentu yang diperlukan.

 .....masa rakaman penyerahan kad diskaun pelajar...

Kami agak bernasib baik kerana terdapat 5 orang pelajar LI yang mampu membantu
kami. Banyak jasa mereka kepada unit kami. Mereka turut membantu
menjadi switcher dan jurukamera serta membantu
kami membuat persiapan alatan.

 ....debat antara kolej...

Pelajar LI yang aku maksudkan ialah Ustaz Areef, ustaz Pyan, ustazah Farah,
ustazah 'Afifah dan sdr. Faisal. Mereka semua dari Jab. Dakwah &
kepimpinan FPI UKM, melainkan sdr. Faisal dari UniKL.
Melainkan sdr. Faizal, pelajar LI yang lain
telah menamatkan latihan mereka
hari ini Jumaat 7 September.

 ....debat...

Mereka akan menyambung pengajian mereka untuk tahun ketiga pula...harap
mereka peroleh kejayaan cemerlang dalam keseluruhan
hidup mereka. 

 ....debat...

Saudara Faizal pula akan menamatkan LI dia dalam bulan November nanti.
Kepada Farah, Afifah, Areef & Pyan...terima kasih BANYAK di atas
semua bantuan kalian kepada kami...terima kasih.....
......terima kasih...

 .....penyampaian hadiah debat...

Kepada farah & the gang....aku mintak maaf banyak-banyak secara peribadi
atas segala kata2 aku, gurauan aku, perbuatan aku, sikap aku,
dan 'body language' aku yang telah menyinggung
hati kalian walaupun sebesar zarah
atau sebesar alam sekalipun.
Aku jugak mohon anda semua memaafkan semua krew
Unit Audio Video serta Staf Multimedia Penerbit UKM. Maafkan segalanya...
opst! sorry.... tiada sebarang melodi pepisahan untuk kalian dan
kita akan sering berhubung di alam maya tanpa sempadan...


Foto di atas ni diambil lebih kurang jam 6.00 ptg sementara menunggu program
rakaman MCP waktu malam pulak....keseorangan ketika ni.
Tidak balik rumah kerana menunggu sdr. Faisal
untuk pasang kamera dalam dewan
untuk rakaman MCP 'Malam
Seni Berputik' jam
8.00 malam..

 .....persiapan peserta untuk malam seni berputik...

Sebaik sdr. Faisal tiba 7 pm. kamera semua di pasang dalam dewan. Waktu berkenaan
peserta yang bakal membuat persembahan malam ni sedang membuat
persiapan di panggung seni....


Dalam dewan besar pula peserta sedang mengadakan raptai dengan 
dikendalikan oleh staf pusat kebudayaan ukm.


Kumpulan nasyid nampaknya sedang membuat latihan...latihan diberhentikan serta
merta apabila azan di kumandangkan di pusat islam ukm. Kami pun beredar
setelah siap memasang kamera....serta untuk menyahut seruan azan 
berkenaan.....


Selain sdr. Faisal, cik Hidayah gak tiba lebih kurang jam 6.30 petang. Krew bantuan
lain tiba seorang demi seorang selepas jam 8.00 malam...


Malam Percikan Seni ini ramai jugak krew bantuan yang dapat membantu
kami di studio ukm.


...ini ler ...ungu violet.... kalau nak kenal....



...pengacara...


....persembahan nasyid di pentas...


Terdapat pelbagai persembahan seni yang dipersembahkan oleh
pelajar baru dalam Malam Seni Berputik tersebut...


....antara persembahan tersebut ialah  tarian, muzik moden, boria, tarian gamelan,
dikir barat, kertuk dan rebana ubi....dan sebagainya lagi..


...hadiah kepada hakim dan kolej yang menang malam berkenaan telah disampaikan
oleh TNC HEPA PROF. IR. DR. OTHMAN KARIM


pemenang-pemenang...



...persembahan akhir dan penutup dalam DECTAR...


Majlis, tamat lebih kurang jam 11.30 malam dan selesai berkemas jarum jam
menunjukkan jaru 12.00 tengah malam....
Aku nak mengucapkan bebanyak terimakasih kepada semua krew
yang terdiri daripada LELAKI2 tampan dan GADIS2 cantik iaitu
YUNUS MISDI, CHEF, JI, HAFIZ, HIDAYAH, JUNIOR MASTERMID,
SULIMI, ARENIM, AREEF, PYAN, FARAH NADIA, NUR 'AFIFAH,
FAISAL serta semua KREW UAV Penerbit UKM. Harap
tiada nama yang tertinggal.
TERIMA KASIH BANYAK2 sekali lagi....

*BARU TERFIKIR NAK MASUKKAN FOTO2 INI....


....terima kasih kembali sememangnya kita perlu dan memerlukan...



Kepada rakan Unit Audio Video kami Shahrul Fadli, kami semua doakan moga
cepat sembuh dan bersabar dalam menerima ujian ini.....

.....terima kasih kerana membaca...
DAUDmontakzakaria.