Monday, September 3, 2012

Minggu Mesra Pelajar 2012.


kg seri pilah
 Semalam ahad 2 september 2012, pi kuala pilah n.s, dan singgah lama kat
kampung seri pilah, kuala pilah..kemudian pulang petang...

pelajar baru ukm sesi 2012
 Hari ini 3 sept. pi DECTAR pulak sebab ada rakaman program Minggu Mesra Pelajar
baru ukm sesi 2012. Pagi ni ada program taklimat Timbalan-timbalan
Naib Canselor untuk pelajar baru. Program ini juga
berakhir petang....

.....minggu akhir untuk 'afifah dan rakan-rakan...
 Persiapan peralatan bermula jam sebelum 8.00 pagi kerana program
tersebut bermula dari jam 9.00 pagi.

...tekun melihat monitor...
 Dengar ceritanya jumlah pelajar dalam dectar lebih kurang 3 ribu orang..
benarkah, aku sendiri pun tak dapat untuk
membuat sebarang kepastian.

...hari untuk 'afifah....
 Lebih kurang jam 9.00 lebih program pun bermula. Taklimat tersebut merupakan 
taklimat TNC HEPA Prof. Dr. Ir Osman Karim.

...hari 'afifah...
 Seperti kebiasaannya, waktu pejabat kami kurang menerima bantuan krew 
dari jabatan lain kerana mereka pun sibuk dan kali ini mereka
sibuk dengan tugas penerimaan pelajar di fakulti
masing-masing...apa nak buat daaaaa..

TNC HEPA...
 Krew bantuan yang berkesempatan untuk membantu ialah Yunus Misdi,
Sulimi, Hafiz, Chef dan Pelajar Latihan Amali di Penerbit
UKM......

...timbalan menteri...
 Ketiga-tiga TNC telah memberi taklimat pada sebelah pagi dan sesi tersebut tamat 
lebih kurang jam 12.30 tengah hari.

.....program bersama pemimpin....
 Di sebelah petang pula ada program bersama pemimpin yang menampilkan
seorang timbalan menteri dan juga dari Pegawai dari Biro Tatanegara.

...ustaz pian....student LI..
 Program bersama pemimpin ini memberi peluang kepada pelajar baru untuk
melontar pertanyaan kepada timbalan menteri berkenaan selepas
tamat ucapan beliau....beliau merupakan alumni ukm...
Ramai jugak yang mengambil peluang untuk
bertanya...

....faisal...pelajar LI...
 Program ini mengambil masa hingga jam enam petang. Waktu petang di studio
ukm cuma dikendalikan oleh beberapa orang staf yang
masih tinggal... Walau bagaimanapun aku
ucapkan terima kasih kepada yang telah
membantu.

...tekun bertugas...

....sedia untuk 'surprize'...eh! betul ko 'spelling' nyer...?

....memang agak surprize gak kan...?
 Seperti yang aku kata tadi hari ini hari nur 'afifah....sebab hari ini dia jadi
PENGARAH STUDIO, hari ini dia jadi SWITCHER...

....selamat hari jadi...
 .....hari ini juga dia menyambut hari kelahirannya....ada yang mengingati hari 
jadinya dan belikan kek untuk sambutan hari jadinya di
Studio UKM....bertuahnya studio ukm...
Nur 'afifah ialah salah seorang
pelajar LI Penerbit
UKM.
Minggu ini merupakan minggu
terakhir mereka di Penerbit UKM
dan minggu depan mereka akan kembali ke
fakulti pengajian Islam untuk menyambung kembali
pengajian dalam tahun tiga pulak...
moga berjaya...

....dalam konti ini bukan cuma berdua tetapi berlima...

...selalunya aku yang jadi paparazzi di studio ukm untuk upload foto2
ke FB tapi kali ini si paparazzi menjadi mangsa untuk paparazzi
yang lain dan menjadi bahan foto untuk di upload ke FB.
....sebenarnya aku tak tersinggung pun....sebab
aku telah banyak upload kan foto
paparazzi tersebut
ke FB bersama
yang lain-lain....ekekeke...opst!

....terima kasih kepada semua krew yang bertugas....dan terima
kasih kerana sudi membaca....

DAUDmontakzakaria.