Thursday, July 26, 2012

RPP..oh....RPP..

 ....giat dan gigih nampaknyer...

25 - 27 JULAI 2012, krew AUDIO VIDEO membuat rakaman RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN di MORIB. Mereka iaitu SDR. SHAHRUL FADLI dan 
SITI SURAYA turut memberi panduan kepada PELAJAR
LATIHAN INDUSTRI iaitu FARAH NADIA,
NURUL AFIFAH, PYAN & ARIF
dari segi teknik dan pelbagai
perkara berkaitan tugas 'shooting' footage untuk penerbitan
video RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB tersebut.

...gigihnyer memberi panduan...mungkin...

Keempat-empat pelajar yang menjalankan latihan Industri di PENERBIT ialah
mereka yang sedang menuntut ilmu di JABATAN PENGAJIAN
DAKWAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM.
Kami bercadang untuk memberikan projek

.....ini tentu rakaman berkaitan kebersihan cadar
di penginapan RPP kut..


penerbitan berkenaan kepada
mereka untuk menyiap
kannya secara
berkumpulan...sememangnya kerja penerbitan video
ini merupakan tugas berkumpulan, kalau ada yang mengatakan
penerbitan video merupakan tugas seorang manusia, aku rasa pendapat
tersebut datang dari seorang yang 'MABUK'...opst! maaf. Kami inginkan mereka
menyiapkan projek tersebut dari A hingga Z tanpa sebarang sisa pun...
Kami telah minta mereka siapkan skrip kasar, membuat kerja
kerja 'shooting', melaksanakan proses penyuntingan
serta menyiapkan kerja-kerja
rakaman 'voice over'.


...camerawomen on duty...

Kami berharap dengan penglibatan mereka sepenuhnya
dalam kerja penerbitan video tersebut, akan mampu memberikan
pengetahuan kepada mereka berkaitan kerja-kerja dalam sesebuah penerbitan
atau produksi video. Harap mereka mampu menggalas tanggung jawab
ini dengan baik dan mampu menghasilkan produksi
yang lebih baik daripada yang telah kami
hasilkan sebelum ini untuk
rumah peranginan
di tempat
lain.
Hasil penerbitan tersebut akan diserahkan
kepada RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
di JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA. Urusan penyerahan
hasil penerbitan berkenaan akan dibuat oleh HAJI ISMAIL IBRAHIM yang juga
turut serta dalam berurusan dengan pihak rumah peranginan
di MORIB tersebut. Apa yang aku harapkan mereka
yang berada di MORIB tu dapat
melaksanakan tugas
dengan sempurna
maklumlah sekarang ni bulan puasa
tentu tekak akan mengalami dahaga disebabkan
cuaca panas di sana. Tentu sukar
bekerja di bawah sinaran
mentari di tepi
pantai...
Selamat berjaya laksanakan tugas masing-masing...
.....sebuah lagi rancangan kami ialah......
Minggu depan atau minggu lagi ke depan kami 
bercadang untuk membuat penerbitan video 
Multiple Camera Production pula. Program tersebut
mungkin berbentuk bual bicara berkaitan agama di mana
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI tersebut akan menjadi host dan
talent. Kerja-kerja belakang tabir akan dikendalikan oleh kami dari UNIT
AUDIO VIDEO dengan dibantu oleh pelajar LI lelaki. Harap
rancangan ini tidak tinggal sebagai angan-angan.
Aku mahukan rancangan ini dapat di
realisasikan, tak mau jadi
angan-angan Mat 
Jenin..biarlah Mat Jenin seorang
jer yang berangan-angan kerana mungkin angan-
angan amat perlu untuk Mat Jenin terus hidup tetapi bukan
untuk kita yang punyai kemahuan untuk menterjemahkan
sesuatu rancangan menjadi hasil yang
boleh kita capai......dan mungkin
hasil tersebut akan mampu
memberi manfaat
kepada semua
setelah dapat dihasilkan serta
akan aku 'youtube' kan....dengan niat moga
ia mampu memberi manfaat kepada penonton
di dunia yang tidak bersempadan
tersebut...........


.....sama-samalah kita nantikan hasilnya...InsyaALLAH...

...terima kasih kerana sudi membaca...


*Siti Suraya, terima kasih di atas foto-foto tersebut..
DAUDmontakzakaria.