Sunday, June 10, 2012

Kriket ...oh...kriket..




....inilah video keseluruhan yang telah di sunting...tonton ler..

 ....kriket di bayu emas....

Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Kriket
 Undangan Universiti Antarabangsa 2012. Kejohanan ini bermula daripada
 1 Jun - 10 Jun 2012. Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama 
Kementerian Pengajian Tinggi dan Persatuan Kriket
 Melayu Malaysia. Kontijen pasukan dari luar 
negara telah tiba di lapangan
 terbang sejak 
29 Mei 2012. Semua kontinjen termasuk dari UKM dan UiTM telah diraikan
 dalam satu majlis makan malam bersama Canselor Universit
Kebangsaan Malaysia di Danau Golf Club 
pada 4 Jun 2012 jam 8.00 malam.

 ....memerhati permainan...

Sebanyak 8 buah universiti telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. 
Universiti-universiti terbabit ialah UKM, UITM, UNIVERSITY OF COLOMBO 
SRI LANGKA, NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE, CHRIST 
UNIVERSITY BANGALOW INDIA, UNIVERSITI OF LIBERAL
 ARTS BANGLADESH, FAST NATIONAL
 UNIVERSITY OF COMPUTER AND 
ENGINEERING SCIENCE
 ISLAMABAD dan
 SIAM UNIVERSITY THAILAND.

 ...cameragirl....?

Perlawanan berlangsung daripada 4 Jun hingga 10 Jun. Pertandingan ini diadakan
 di UKM Oval, Kinrara Oval dan Bayuemas Oval Klang. Pasukan yang
 bertanding dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu KUMPULAN A
 dibarisi oleh UNIVERSITY OF COLOMBO, 
UNIVERSITY OF LIBERAL
 ARTS, UITM dan FAST ISLAMABAD PAKISTAN.
Sementara KUMPULAN B diwakili oleh UKM, CHRIST UNIVERSITY INDIA, 
NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE dan 
SIAM UNIVERSITY THAILAND.

 .....kamera bekerja.....?

Di hujung kejohanan EMPAT buah universiti telah berjaya masuk ke peringkat 
separuh akhir iaitu UNIVERSITY OF COLOMBO menentang CHRIST
 UNIVERSITY INDIA di UKM OVAL sementara UKM 
menentang UNIVERSITY OF LIBERAL
 ARTS BANGLADESH
(KALAU AKU TAK SILAP LER....MAFF KALAU SILAP)
Perlawanan semi final di UKM Oval, aku dan sdr. RAMLI telah membuat rakaman.
Sementara perlawanan untuk tempat ketiga dan keempat SDR. KAMARUL 
dan AHMAD YUNUS yang membuat rakaman tersebut 
di Bayuemas pada 9 Jun.

 ....ni ler kawan aku masa rakam perlawanan akhir di Klang...

Dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval Kelang, aku membuat rakaman video 
berkenaan dengan SITI SURAYA SULAIMAN di BAYUEMAS OVAL
 KELANG. Suraya membuat rakaman awal. Berikutnya aku
 membuat rakaman permainan di atas padang 
yang sedang berlangsung. Majlis
 penutup dirakam oleh SITI SURAYA. Agak lama perlawanan akhir berkenaan 
mula dari jam 10 pagi, jam 5.00 petang baru berakhir.
 Letih merakam kriket ni....

 ...piala pusingan milik UKM.....

Hadiah yang ditawarkan dalam kejuaraan ini ialah untuk juara hingga tempat 
ke empat. Johan menerima USD 1500 dan piala pusingan, Naib
 juara menerima USD 1000, tempat ketiga menerima
 USD500 dan tempat keempat
 menerima USD 300. 

 ....terima hadiah...

Hadiah kejuaraan telah disampaikan oleh TUN AHMAD SARJI yang diiringi oleh
 TAN SRI NAIB CANSELOR serta TNC HEPA.
Pita rakaman kami yang mengandungi perlawanan di atas padang antara UKM 
dan Universiti Sri Langka telah dipinjam oleh pihak RTM kerana
mereka perlukan 'footage' rakaman di atas padang 
yang tidak sempat mereka rakam.
Mereka cuma ada rakaman penyampaian hadian jer.....dalam berat hati aku
serahkan juga dengan alasan untuk promosikan kejohanan tersebut
terutama UKM jadi juara. Aku bimbang jugak pita tu
akan hilang sebab aku perlukan untuk 
membuat suntingan video
kejohana berkenaan. Namun mereka berjanji akan pulangkan kembali.
Aku cuma harapkan pegawai PUSAT SUKAN UKM iaitu 
SDR. SUHAIMI akan memulangkan pita tersebut 
ESOK dan seorang pegawai dari KPT
iaitu sdr. NUR EKMAL BUHARY
Penyelaras Media
juga telah
memberi jaminan yang sama iaitu pita
berkenaan akan dipulangkan.
RTM perlukan 'footage' tersebut untuk disunting dan ditayangkan
dalam berita RTM esok, tak pasti jam berapa...

....bergambar dengan TUN, TAN SRI NC dan TNC HEPA...

Apa yang diharapkan ialah kejohanan ini mampu mencapai objektif yang diinginkan
 antaranya untuk mempromosi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 sebagai PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN
 KRIKET di MALASIA...

DAUDmontakzakaria.