Sunday, May 6, 2012

PENERbitan VIdeo KESElamatan BANGUnan UKm.


HARI ini 6 MEI 2012, kami membuat rakaman video untuk penerbitan video 
KESELAMATAN BANGUNAN untuk JABATAN KESELAMATAN & 
KESIHATAN PEKERJAAN UKM.


Dalam mesyuarat dengan jabatan berkenaan kami dilantik sebagai ahli jawatankuasa 
dalam bidang rakaman. Kami diminta untuk membuat rakaman semua 
bangunan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan.


Boleh dikatakan semua dewan dalam UKM akan kami rakamkan untuk penerbitan video
 terbabit. Bangunan tersebut termasuklah bangunan 
di kolej-kolej kediaman pelajar.


Hari ini kami telah 'cover' untuk rakaman di BILIK SENAT dan BILIK MAJLIS di PARAS 
5 BANGUNAN CANSELORI UKM. Rakaman bermula jam 9.00 pagi.


Krew rakaman yang terlibat ialah AKU, sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, JASRIL
 & SITI SURAYA. Kami juga dibantu oleh EN. AZHAR yang telah membuka 
pintu kedua-dua bilik berkenaan.


Penyuntingan 'off-line' video tersebut akan aku lakukan pada hari Isnin nanti. Bila suara latar sudah dimasukkan, kami akan serahkan video berkenaan kepada pihak
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UKM yang 
akan membuat 'finishing' video tersebut.
Mungkin rakaman semua bangunan berkenaan akan dapat kami siapkan 
penerbitannyadalam pertengahan kedua
 tahun 2012...InstaALLAH...
Terima kasih kepada semua krew yang terlibat termasuk EN. AZHAR
dari PEJABAT PENDAFTAR UKM.
...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria