Wednesday, April 18, 2012

CAdaNGAN SKrip untuk VIdeo KUala TERENGganu.


 
Kuala Terengganu merupakan sebuah daerah di Terengganu yang mempunyai keluasan lebih kurang 60’528 hektar persegi. Ia juga merupakan ibu negeri Terengganu.
Menurut sejarah Kuala Terengganu telah dikenali sejak berates tahun yang lalu.
Ia tercatat dalam buku catatan sejarah pengembaraan sejak tahun 1178
seperti dalam buku pengembara China.


Bandaraya Kuala Terengganu kelihatan cantek dan bersih. Ketika kami tiba di bandaraya ini, ia merupakan hari cuti iaitu hari Jumaat, oleh yang demikian jalanraya kelihatan agak tenang.
Banyak lokasi yang menarik untuk dilawati di Kuala Terengganu dan antaranya ialah sebuah pasar besar yang terletak di tepi Sungai Terengganu. Pasar Kedai Payang ini lebih terkenal sebagai Pasar Payang. Pasar ini amat dikenali oleh pengunjung dalam negeri dan dari luar Terengganu.
Pasar ini menyediakan pelbagai barangan untuk pelanggan yang berkunjung ke sini. Antara barang-barang yang diperniagakan di sini ialah ikan, sayuran, kain, barang logam, barang kraftangan dan sebagainya. Pasar Payang merupakan bangunan dua tingkat yang memulakan aktiviti perniagaannya bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Di pasar ini juga pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan tempatan seperti kuih-muih, keropok dan sebagainya. Pasar Payang ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.


Di bandaraya Kuala Terengganu juga wujud Taman Monumen. Taman ini mempamerkan monumen Islam seluruh dunia terutamanya replica masjid-masjid seluruh dunia. Lokasi Taman Warisan Islam ini terletak di Pulau Wan Man. Taman yang mempunyai keluasan 23 hektar ini menempatkan 21 replika bangunan yang mempunyai kaitan dengan tamadun Islam. Antara replica bangunan yang terdapat di sini ialah Masjidil haram, Masjid Mohd Ali dan sebagainya. Masjid Kristal juga yang dibina dalam kawasan ini menjadi daya tarikan utama pengunjung. Pengunjung tidak putus-putus berkunjung ke sini untuk melihat masjid berkenaan dengan lebih dekat lagi. Masjid Kristal ini dibina daripada Kristal kaca dan keluli. Masjid ini mula dibina dalam tahun 2006 dan siap serta dirasmikan dalam tahun 2008.Masjid Kristal ini mempunyai keluasan 2146 meter persegi dan boleh memuatkan 700 orang jemaah pada sesuatu masa.Kelihatan rekabentuk luar masjid ini sangat cantik. Dari jauh kelihatan sebahagian masjid ini seperti terapung di atas air. Ia juga kelihatan cantik apabila terkena pancaran cahaya mentari.Bahagian dalam masjid ini juga sangat indah dipandang mata. Terdapat bahagian-bahagian tertentu di masjid ini diukir dengan cantik.
Seterusnya Pulau Duyung di Kuala Terengganu pula dikenali ramai bukan saja dalam Negara malah hingga ke luar Negara kerana aktiviti membina bot yang telah lama wujud di sini. Terdapat beberapa bengkel membina bot di Pulau Duyung yang dimiliki secara individu


Bengkel membina bot ini telah wujud sejak lebih kurang 25 tahun yang lalu. Ia merupakan kerja warisan yang diwarisi turun temurun.
Terdapat bot yang dibina oleh dua orang tenaga kerja. Kayu yang biasa digunakan untuk membina bot ialah kayu Cengal, seraya dan Kulim. Dikatakan bot yang dibina boleh bertahan selama lebih kurang 60 tahun.
Biasanya bot-bot yang dibina di sini panjangnya dalam lingkungan 20 hingga 99 kaki.
Bot yang mempunyai panjang yang sederhana iaitu kira-kira 60 kaki boleh disiapkan dalam masa setahun. Bot-bot yang dibina ini mempunyai nilai harga antara 100 ribu hingga 300 ribu ringgit. Tempahan untuk membina bot bukan saja dating dari orang tempatan malah juga dari luar Negara termasuk Eropah. Bot yang kelihatan ini ditempah oleh pelanggan dari luar Negara. Nilai harga bot ini ialah lebih kurang 2 juta ringgit dan ia telah berada di sini selama setahun.
Di Kuala Terengganu juga terdapat bengkel ukiran kayu. Bengkel ini menerima tempahan untuk membuat bingkai pintu atau tingkap, perabot, dan sebagainya. Tempahan bukan saja diperoleh dari pelanggan sekitar malah dari luar Terengganu. Bengkel warisan keluarga ini telah wujud di sini lebih kurang 25 tahun. Kayu-kayu yang digunakan untuk membuat ukiran ialah kayu Cengal, Seraya Hitam, Seraya Merah dan Kulim. Corak ukiran yang biasa dibuat ialah awan larat, geometrid an batik.
Seterusnya di Kuala Terengganu terdapat kilang batik. Kilang ini terletak di kawasan perindustrian Cendereng kuala Terengganu. Kilang ini bermula dari peringkat yang kecil sebelum berkembang hingga Berjaya membuka kilang seperti sekarang. Kilang batik yang dikenali sebagai Nur Arfa Batik ini diasaskan oleh En. Wan Mohamed Ariffin sejak tahun1980 mempunyai lebih 100 orang pekerja yang mahir. Pekerja di sini mampu melukis batik secara terus ke atas kain dengan idea yang terjana diminda mereka. Hasil batik di sini juga dihasilkan dengan cara mencetak. Kilang ini menghasilkan reka batik yang menarik untuk pakaian wanita dan lelaki. Batik rekaan mereka sentiasa menarik perhatian pelanggan. Di Nur Arfa Batik juga terdapat ruang yang dikhususkan untuk pelawat yang ingin mencuba untuk melukis batik. Ruang ini agak mendapat sambutan pengunjung yang ingin mencuba kebolehan mereka.
Selain lokasi-lokasi yang disebutkan, sekitar Kuala Terengganu juga terdapat lokasi-lokasi yang lain untuk dikunjungi. Boleh dikatakan Kuala Terengganu kaya dengan warisan-warisan lalu yang wujud di celah-celah kemodenan yang wujud. Kuala Terengganu sentiasa menanti kunjungan sesiapa saja untuk dating ke sini.
...terima kasih kerana membaca....
DAUDmontakzakaria