Tuesday, March 27, 2012

Video 'FOTO D' KOTA BHARU'



...video 'FOTOGRAFI D' KOTA BHARU KELANTAN'...

AKHIRNYA siap jugak aku buat penyuntingan video 'FOTOGRAFI D' KOTA BHARU'. 'Footage' untuk video ini kami rakam semasa mengikut perjalanan BENGKEL FOTO DI KOTA BHARU anjuran UNIT LATIHAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR UKM
dengan kerjasama PENERBIT UKM
dari 15 - 18 MAC 2012. Seronok juga dapat membuat rakaman segala bentuk aktiviti
yang terdapat di KOTA BHARU yang boleh anda tonton dalam 'VIDEO' di atas.
Kami sebenarnya mempunyai rancangan untuk menerbitkan sekurangnya 10 penerbitan
tahun ini.Dalam masa yang terdekat ini kami akan terbitkan video
berkaitan seni budaya di KOTA BHARU jugak yang
sedang dibuat penyuntingan oleh saudara SHAHRUL FADLI ABDUL RAHIM.
Sekarang ini jugak SDR. JASRIL AMRY ABDUL WAHID aka
HANAMICHI & SITI SURAYA SULAIMAN sedang mengikuti AKTIVITI KEMASYARAKATAN
KEJURURAWATAN PPUKM ke LANGKAWI. Mereka akan membuat rakaman
aktiviti yang dijalankan oleh mereka di LANGKAWI. Program tersebut
bermula dari 27 - 31 MAC 2012.
Selesai rakaman di sana mereka akan membuat suntingan video berkenaan,
aku akan cuba menulis skripnya walaupun aku tidak turut serta ke sana.
Aku akan berpandukan catatan yang akan dibuat oleh
SITI SURAYA SULAIMAN ketika di sana nanti.
Terdapat jugak beberapa tugas yang lain yang sedang menanti kami di sini
dalam beberapa hari ini sebelum berakhir bulan MAC ni. Nampaknya
kami amat laris dalam bulan ini.
Apa-apapun diharapkan kami dapat menjalankan tugas kami dengan
sempurna tanpa sebarang masalah, moga kami
mendapat restu dariNYA...amin...
TEriMa KasiH Kerana SuDi memBAca...........................
daudmontakzakaria...