Friday, October 28, 2011

Kenapa Cannes...?


Cannes Filem Festival;

Cannes Filem Festival, di Peranchis bermula sejak tahun 1930 an. Festival ini di asaskan oleh Jean Zay, Menteri Pendidikan Nasional Peranchis. Festival ini merupakan salah sebuah festival filem yang tertua di dunia. Pada peringkat awal festival ini diwujudkan untuk menyaingi Vernice Film Festival yang diadakan di Itali pada tahun 1932.
Dalam tahun 1939, Louis Lumiere telah dilantik sebagai presiden pertama Cannes Film Festival. Namun begitu festival berkenaan tidak dapat digerakkan kerana telah meletus perang dunia. Festival ini hanya berjaya diadakan pertama kalinya pada tahun 1946. Louis Lumiere yang ketika itu sudah berusia lebih 80 tahun telah dilantik sebagai anggota juri festival berkenaan.
Sejak dari itu Cannes Film Festival terus bergerak hingga menjadi sebuah festival filem yang terkemuka dan terkenal di dunia di hari ini. Setiap tahun lebih daripada 1500 buah filem daripada pelbagai 'gendre' termasuk dokumentari daripada lebih 100 buah negara telah dicalonkan untuk menerima anugerah di Cannes Film Festival yang berprestij dan terkemuka di dunia.

Sedikit Berkaitan Lumiere Bersaudara
Agusta dan Louis Lumiere atau Lumiere Bersaudara merupakan orang pertama yang menayangkan filem atau gambar bergerak kepada khalayak umum di Paris Peranchis pada tahun 1895. Mereka juga mencipta alat penayang filem yang dikenali sebagai CINEMATOGRAPH. Alat ini juga boleh berfungsi sebagai kamera. Mereka menayangkan lebih daripada 10 buah filem pendik yang mengambil masa selama 20 minit. Filem yang ditayangkan termasuklah filem pertama mereka yang berjudul "WORKERS LEAVING THE LUMIER FACTORY". Mereka merupakan tokoh yang sentiasa disebut dalam sejarah filem bergerak.


daudmontakzakaria