Friday, September 16, 2011

Minggu ni dan minggu depan, sibuk sangattttttt....

Minggu ini dan minggu depan kami daripada Unit Video Penerbit amat sibuk dengan tugas-tugas yang dahpun tertera di 'whiteboard'.
Hari ini sdr. Kamarul, Wafiy dan Mr Moritz Bunk pergi ke Melaka untuk merakam video untuk dijadikan sebuah program video. Mr Moritz Bunk merupakan karyawan tamu penerbit yang pakar dalam bidang filem. Mereka akan berada di sana sehingga hari Ahad.
Sebelum ini kami sibuk dengan tugas-tugas rasmi seperti rakaman video Sambutan Hari Malaysia di Stadium UKM, Syarahan Umum ATMA pada 13 September, Latihan 'Touch Card' bersama Pusat Teknologi Maklumat, Penyerahan Tugas TNC pada 15 September serta latihan 'touch card' lagi.
19 September nanti, staf syarikat luar akan membuat pemasangan dan pemeriksaan teknikal untuk alatan audio video di studio ukm. Tugas ini adalah untuk memastikan peralatan dalam keadaan 'tiptop' untuk digunakan sepanjang Majlis Konvokesyen UKM nanti. 20 september 2011, rakaman video syarahan, 21 september 2011 akan diadakan mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Kecil Rakaman Majlis Konvo di Bilik Seminar Penerbit UKM. Seramai lebih kurang 40 ahli jawatankuasa akan hadir dalam mesyuarat berkenaan. Tujuan mesyuarat ialah untuk menyelaraskan tugas masing-masing semasa majlis konvo.
Pada 22 september 2011 rakaman Syarahan PPKK di B. Senat. Hari yang sama diadakan Raptai Konvo di dectar waktu pagi. Waktu petang pula ada rakaman MCP Konvo Pusat Pengajian Siswazah di dectar jugak.
Pada 23 september 2011, merupakan hari terakhir persiapan teknikal untuk rakaman majlis konvo. Persiapan ini akan dilakukan sehingga siap, biasanya hingga waktu malam, ada sapa2 nak bantu kami?. Hari yang sama juga kami akan membuat rakaman video Pelancaran Kursi Sime Darby oleh TPM dan juga lawatan kerja TPM di UKM.
Daripada 24 hingga 27 September 2011, kami akan berkampung di DECTAR untuk membuat rakaman MCP majlis konvokesyen ukm. Kalau ada sapa2 iaitu pelajar hendak memiliki salinan video konvo mengikut sidang2 masing-masing maka bolehlah ditempah di Penerbit UKM selepas majlis konvokesyen ukm dengan sedikit 'charge'.
Bagaimana sibuk sekalipun, aku sempat jugak pergi ke Pusanika untuk melihat PC Fair di sana. Niat aku jika ada apa2 yang agak murah, akan aku beli. Lagipun sdr. Shahrul pesan supaya belikan pendrive jika ada. Tiba di sana berlegar seketika sebelum mencari pendrive. Akhirnya jumpa gak yang berharga RM32 ringgit seunit. Lain pendrive yang aku nak beli lain pulak yang dapat. Penjual cadangkan jenama selain yang aku nak beli tu. Dia cadangkan yang ada anti virus dan lain2 ciri yang akhirnya aku termakan dengan kata2 manisnya walaupun dia seorang lelaki. Akhir cerita aku beli dua unit pendrive dengan harga RM58, tiap2 satu punyai 8Gig memory. Tak taulah ianya murah atau setengah murah atau mahal...
Pusanika...tak sangka aku lepas jugak ke sini, jika difikirkan aku jarang sangat singgah kat pusanika ni, ermmm...mungkin dalam setahun tak lebih daripada 2 kali kut. Bukan sebab apa, tapi sebab takde apa2 nak buat kat pusanika tu....lagipun bangunan Penerbit yang terletak berhampiran masjid ukm tu, agak jauh dengan pusanika....

*pssssst! ada student UKM yang panggil kami pak cik masa berurusan kat Pusanika tu...pada aku kalau dalam kampus eloklah panggil encik. Bila jumpa kat luar kampus, bolehlah panggil pak cik. Apa kata kalau kami pensyarah, tentu tak kena kalau panggil pakcik kan. Rasanya panggilan terhadap kakitangan universiti dalam kampus ni dah pun diberitau masa Minggu Mesra Pelajar, tentu masih ingat kut? Tak sesuai kalau dipanggil pakcik, makcik, nenek dan atuk...kan...kan...kan..Tapi kalau mat saleh atau minah saleh pandai pulak panggil sir, mister, mrs dan sebagainya. Dengan kaum sendiri payah nampaknya....
Sekian dan terima kasih kerana membaca...
daudmontakzakaria